3H2M di Legoland Malaysia

Alhamdulilah… dapat gak bercuti lagi bersama anak-anak…hahaha.. tapi saya bercuti lebih awal sikit dari cuti sekolah…heheheh

Ini adalah kali ke 2 saya pergi ke Legoland… pertama kali pergi bulan 6 2015 … jadi dah tahu la mana yang best mana yang tak best dan mana yang tak sempat nak main .. apa lagi kali ni kali ulang laaa…hahahaha

20 – 22 November 2016 

Macam biasa pergi awal… sebab terus ke Legoland… dan tempat pertama pergi kene Hotel untuk check in dahulu…  lagi pun nak letak barang kan.. senang..

Nanti dah habis main terus masuk bilik.. macam biasa hotel kalau nak check in kat Legoland ni pukul 4.00 petang.. dan check out jam  11 pagi..hehehe

Hotel kali ni saya ambik bilik Tema KINGDOM pula…sebelum ni pernah duduk bilik Tema PIRATE.. jadi tukar selera sikit.. ada hati anak-anak nak minta cuba tido di bilik Tema ADVENTURE pula… emm.. nanti la fkir.. entah tahun bila nak pergi.. sebab dah 2 kali pergi mereka dah mula bosan..hahaha

Bilik masih sama… ada 1 master room dengan katil KING dan 2 double decker ada lagi 1 katil taril di bawah nya… jadi lepas la untuk 4 kanak-kanak kan…ala.. kalau masuk lagi 1 org pun masih cukup… hehehe

Pastu peti harta karun ni gak yang derang sibuk nak buka… hahahaha…. dalam nya ada la 1 lego dan poster.. tp tengok nasib gak.. ada yang dpt extra lego..hehehe

Nanti saya bagi tahu jumlah keseluruhan untuk menginap di Hotel Legoland dan Tiket masuk ok.. skrg jom kita layan gambar dan cerita lagi..kah3

TAMAN TEMA LEGOLAND

Alhamdulilah… cuaca baik hari tu walaupun tanda-tanda nak hujan tu ada… jadi sampai2 lepas letak beg kami terus ke taman tema..hehehe

Ada tempat nak sewa stroller kat dalam tu…

Hari tu anak saya kakinya bersimen.. maka kami request la kerusi roda.. deposit RM50 aja.. tapi akan di pulangkan balik RM50 tu lepas pulangkan kerusi roda..

Yang lain2 kene sewa dan deposit sekali.. hanya deosit di pulangkan.. duit sewa x pulang la..hehehe Tapi nak bawa stroller anak2 sendiri tu boleh aja.. cuma jadi penuh kete jerla kan.

Lalu miniland pun tengok2 gitu jer.. sebb anak-anak dah bosan tengok..

Hanya tengok yang baru jerla.. yang lelain tu sekali pandang jer..hehehe

Ha………ini la tempat yang pertama sekali pergi…

NINJAGO!!!

Banyak kali la main dalam ni.. tengok nasib juga.. ramai kene la beratur.. tak panjang. kejap jerla beratur…

Tapi penat tul.. pukul angin dan kumpul markah…. jadi berebut2 la ngan anak-anak tengok siapa markah paling tinggi…hahaha

Okla…. dapat no 3..

Ayahnya dapat no 4….kah3… mana taknya.. rupa-rupanya tak reti main kah3…

Okla kan.. tempat baru… jadi seronokla sikit…

Anak-anak pun pilih mana yang dia tak puas main jer.. yang lain2 dia malas nak g…hahahaa

Terjumpa pula maskot Lego ni..

Ikut waktu Lego sebenarnya.. nanti adala maskot Lego berlegar2…

Layan budak ni jerla.. .main kereta ni berkali-kali…

Maklumla tak ramai orang… dia pusing kereta tu macam kat F1 sepang ko…hahahahha…. Saya biarkan sementara abang-abang nya main benda lain…

pastu belah petang g ke taman tema air pula.. esoknya pula.. pagi mandi manda dulu.. belah petang pergi ke main game pula…

TAMAN TEMA AIR

Anak-anak kalau dapat air.. memang tak ingat apa.. baik yang besar dan kecik…

Semua duk berendam… saya suka naik pelampung pastu pusing2 1 kolam tu.. rileks jer……

Dapat la main gelungsur air ni kejap….

Cuma yang saya frust, tak dapat main yang anak-anak saya naik ngan ayahnya jer… sebab anak-anak tak nak naik sekali ngan saya…hahaha

Pastu tetiba sekumpulan pelajar sekolah datang.. terus penuh dan saya malas nak berebut naik….

Alhamdulilah…… saya suka waktu makan pagi…

Memang kenyang giler dan banayak pilihan.. sampai tak terpilih.. minum sampai kembung dan kenyang…

Anak-anak suka la.. sebab saya tak perlu nak pening pala nak suh derang pilih apa.. pergi cari sendiri la makanan … saya macam biasa.. makan mana yang jarang dapat makan jerla..kah3

Sempat la celebrate hari jadi Danial dan kawan dia Aliff yang ke 12 di Legoland.. sebenarnya tarikh lahir derang bulan 12.. tapi dah awal ke Legoland tu.. kira kita celebrate jerla..

Kek pun pihak Hotel Legoland yang bagi.. suh hantar kan ke bilik..hehehe

Yang paling penting.. kat Lobi Hotel penuh dengan blok lego…

Anak-anak ni kalau di berikan seharian duduk situ pun tak jemu.. sebab macam-macam derang boleh bina… boleh buat pedang la.. boleh buat robot la boleh buat rumah la boleh buat kereta la..

Ishk.. macam-macam la.. dan pekerja-pekerja di Hotel semua peramah-peramah dan suka melayan kanak-kanak…

Secara keseluruhannya… memang sesuai la untuk kanak-kanak datang menginap dan berhibur di Legoland ni…

Cuma mungkin kalau pergi 1 @ 2 kali ok kot.. rasnaya kalau kali ke 3 tu kene pergi lambat lagi.. mungkin selepas 3 @ 4 tahun ker.. sebab saya baru pergi tahun lepas.. jadi bila pergi tahun ni.. kemeriahan tu tak sama macam pergi pertama kali..hahaha

ok.. meh la tengok jumlah keseluruhan

HOTEL LEGOLAND

Sebenarnya,,, nak menginap ni kene pandai cari harga… antara beli di website online dengan MATTA FAIR.. murah la lagi MATTA FAIR hehehe :

  • RM1,599.00 termasuk 5 tiket kombo untuk 2 hari  dan breakfast tapi bilik tak der la hiasan penuh dinding.. kosong jer…
  • RM1,699.00 termasuk 5 tiket kombo untuk 2 hari dan breakfast bilik ada hiasan penuh dan ada 2 sinki dalam bilik air.. tu jer

Kalau ONLINE…paling murah RM670.00 sebilik 5 orang dengan breakfast sahaja tanpa tiket

Boleh buat tambahan tiket
  • Dewasa RM 224.00
  • Kanak-kanak RM180.00
Tapi kalau untuk penginap hotel Legoland ada harga spesial.. untuk 2 hari tiket kombo
  • Dewasa RM 245.00
  • Kanak-kanak RM195.00
Berbanding beli di kaunter legoland luar tu
  • Dewasa RM305.00
  • Kanak-kanak RM 245.00

Nampak tak perbezaan harga tersebut…. jadi kalau dah ada 5 tiket tu… nak tambah tiket tuk kanak-kanak beli jer kat kaunter hotel masa check in tu… dapat harga murah lagi…berbanding beli kat pintu masuk kaunter tiket legoland tu

Tahun 2015 jumlah saya untuk 2H1M 6 beranak = RM 1,545.00 sahaja…

Tapi untuk Tahun 2016 jumlah saya 3H2M 6 beranak = RM1,915.00 sahaja… perbezaan RM370.00 dapat 2 malam.

Haa… macam mana dapat murah gitu.. sebb hari tu opis saya ada kunjungan dari Legoland jadi mereka buat promosi untuk STAFF jadi memang buat jualan murah untuk hotel dan tiket .. jadi bila kira2 berbaloi.. terus ambik 2 malam.. lagi murah dari harga MATTA FAIR.

Jadi terima kasih la Legoland atas pengalaman yang menyeronokkan… sekurang-kurang nya dapat gak bawa anak bercuti-cuti dalam Negara sendiri.. sebab masih belum mampu nak bawa mereka ke Luar Negara…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge