Selamat Hari Jadi Danial yang ke 12!

Alhamdulilah….  syukur pada hadrat ilahi… anak sulung saya hari ni sudah berusia 12 tahun!! yeahhh!! hahaha… terlebih pulak..

Selamat Hari Jadi Muhammad Danial B Mohd Zaire… semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang lebih baik…. semoga menjadi anak yang soleh …..

Jadi…ini bermakna… dia dah boleh tuntut hadiah dari kerajaan…  KAD PENGENALAN MALAYSIA hahahahaha. Yela.. sebelum ni kan pakai mykid.. lepas ni pakai mykad la…

Ok… nampaknya kene cari masa yang sesuai tuk buat kad pengenalan untuk Danial…

“Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap orang yang bertaraf Pemastautin Tetap adalah wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh berumur genap 12 tahun atau dari tarikh rujukan di Permit Masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. – JPN Malaysia”

Jadi kene la buat dalam masa 30 hari,,,, kene wat juga awal.. sebab start Tahun 2017, kebanyakkan urusan memerlukan salinan kad pengenalan dah…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge