Kisah Iskandar – Jari kaki terkehel

Sebenarnya kisah Iskandar ni dah lama.. dah sebulan pun berlalu…hehehe tapi nak citer gak.. nak buat kenangan.. nanti mana tahu dia besar, dia leh tengok kisah nya dalam blog gituewww….hahaha

05 November 2016 – Sabtu

Hari sabtu tu ada Karnival kat SKJ4… so sebelum balik tu Danial ngan Iskandar nak perabihkan kupon karnival jadi mereka nak g masuk umah hantu la….

Tetiba dapat call dari Danial.. bagi tau Iskandar jatuh.. adeh.. terkocoh-koch la mencari mereka dengna bawa lagi 2 org tu kan..  tengok2 dia mengerang tunjuk kaki sakit.. adeh.. takut tengok jari kaki dia masa tu.. sebab macam terkulai..huhuhu

Cikgu nya suh bawa ke klinik.. saya ni memang x suka lengah2… mujur memang bawa kereta.. sebb ayahnya masa tu g repair kereta lagi satu…. terus ke klinik area rumah… doktor kata takut atah.. buat surat rujukan terus ke Hospital Kajang..

Pergi la memana.. saya tetap nak ke Hospital Kajang.. entah.. mungkin dah selesa dengn persekitaran dan kedudukan nya strategik walaupun orang kata sesak…hahaha

Tu dia… mujur gak sempat saya nak snap gambar… tengah kalut-kalut kan…. anak2 yang lain saya suh tinggal kat umah…ada Danial tolong tengokkan sementara tunggu ayah nya balik…

Kene g x-ray… tu belakang tu tempat x-ray la…

Muka dah cuak.. dia ingat x-ray tu sakit…hahahaha

Dah tegok x-ray tu… doktor cakap tak patah.. cuma lari jer dari sendi…

Entah la.. x dapat saya bayangkan.. ngeri jer…hahahaha.. Jadi doktor pakar kata kene tarik.. dengan bius la.. 3 cucuk la juga di bius sekitar jari nya…

Dah tarik… kemudian doktor balut kakinya…

Hanya guna kain dengan kapas jer.. dengna harapan akan sembuh dalam masa 1 minggu sebab bukan patah kan….

Terus dapat MC sampai 14.11.2016 ….

Emm.. kene stay kat sekolah KAFA la.. sebab ada exam…tapi lepas tu duduk la rumah… mujur dah akhir persekolahan.. jadi datang tak datang sekolah cikgu tak kisah..

Maka bergilir2 la dengan Danial dan Zulfadhli duduk rumah teman Iskandar….hehehe, So.. next appointment 14.11.2016

14.11.2016 – Isnin

Temujanjji pukul 9.00 pagi.. panggil jam 10.30 pagi… azab tul….

Bila dah jumpa doktor… emmm.. x elok lagi.. masih lari lari jari kaki nya.. x lurus… ialah.. sakit pun masih melasak jalan sana sini..

Dah suruh duduk diam x mahu…

Sudahnya… saya minta tolong simen kan kaki nya…

Tak mahu balut dengan kain sahaja.. nanti tak baik lagi….

Dapat lagisambung MC sehingga cuti sekolah….hahaha

Dia jerla cuti awal dari kawan-kawan…. tapi rindu juga dia kat sekolah…. terpaksa guna perantaraan adiknya untuk pemulangan buku teks dan pengambilan buku teks juga…

 

Terpaksa belikan tongkat kanak-kanak.. harga dalam RM70.00.

Habis tu.. dari melompat-lompat. baik pakai tongkat kan….. masuk tandas suruh pakai plastik nak balut kaki tu dari terkena najis atau benda kotor di bilik air…

 

Pastu.. g jenjalan ke Legoland dan JPO haa.. berbalut la kaki … semua duk tanya.. letih nak jawab…

Suh jawab sendiri la.. dah kaki sendiri…hahaha… kemudian g appointment balik ke Hospital…

05.12.2016 – Isnin

Lepas x-ray…… alhamdulilah… dah lurus jari kakinya…

Haaa… tengok la balik kaki yang berbalut tu…

Kemain kotor…hahaha.. pastu dah bg amaran.. jaga la jari kaki tu.. boleh jadi balik kalu lasak2… saya ni dah la seriau.. dia boleh rileks jer…

Adoi la.. dulu Zulfadhli sikunya retak, kemudian Danial.. sikunya terkoyak situ.. ni Iskandar jari kaki lak terkehel… harap2 x ada la lagi benda2 macam ni berlaku minta di jauhkan la.

Itu jerla cerita saya untuk kisha Iskandar…hahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge