Belajar sambil berhibur di Little Kingdom

Bila mula jer hujung minggu pening kepala nak atur kegiatan mereka… hahaha. Maklumla saya kan bekerja… hanya hujung minggu jer ada masa itu pun kalau tak penuh jadual la…hahaha

Jadi baru-baru ni.. saya ada urusan ke KL.. jadi ikutkan malas nak pergi sebab bawa anak-anak takut mereka bosan… pastu teringat pula ada taman tema dalam bangunan kat Parkson Maju Junction Shopping Mall kan…

Apa lagi.. bila cakap jom pergi LITTLE KINGDOM!! semua cakap horeyyy!!!

Ini adalah kali ke 2 saya pergi… sebelum ni bulan Jun yang lalu… saya suka ke sini sebab kawasan ni selamat sikit.. kene pakai wristband dan anak-anak tak boleh keluar sesuka hati la kan…..

Ni pintu masuknya…

Tapi sebelum masuk kene la beli tiket masuk nya dahulu….harga tiket seperti berikut :

  • 1 pass – RM80.00
  • 2 pass – RM 130.00
  • Pass keluarga (4 pass) – RM 200.00
  • Kanak-kanak bawah 3 tahun – PERCUMA
  • Warga emas 60 tahun ke atas – PERCUMA

Tapi sekarang ada promosi potongan diskaun 30% sehingga TAMAT PROMOSI untuk pemegang kad IKEA… jadi boleh la pergi sementara promosi masih berlangsung.

Setelah dapatkan tiket… kene pakai wristband pula…

Ada pelbagai warna.. tak pula saya tanya kenapa ada pelbagai warna..hahahaa

Ada carta ketinggian… beza antara anak sulung dengan anak bongsu… hahahaha

Rasa nak tahu ketinggian anak.. leh la ukur…hehehehe

Memang menarik perhatian la kalau nak masuk… ala2 nak masuk gua gituew…hehehehe

Dengan pussy cat kat tepi pintu… kancil.. bunga matahari… comel..hahaha

Dah masuk dalam pun masih lagi kagum… jalan sambil menganga mulut.. sebab memang betul2 macam dalam fantasi… hahahahaha

Dengan backdrop belakang nya macam kedai kat hollywood ko… lampu.. warna warni..hahahaha

Anak-anak singgah sekejap di “BRAINY PLAY”

Tempat menguji minda anak-anak jap…hahahaha semua saya suh join sekali… no excuse

Zulfadhli, Danial dan Huzaiman main puzzle.. di mana atas kertas dah ada corak.. kemudian bagi papan yang di potong2… untuk cantum kene tengok sama tak ukuran nya…

Susah juga kalau buat dalam keadaan kelam kabut.. stress.. malas.. memang x akan jumpa la penyelesaian….

Tapi akhirnya mereka berjaya selesaikan… GOOD JOB!!

Iskandar pula kerja nya masukkan katak dalam bekas… tekan2 kasi lompat jer.. nampak senang.. tapi kalau x dapat masuk stress kot..hahaha. Tapi berjaya la dia masukkan semua… GOOD JOB!! hahaha

Ni pula pentas… “MAGICAL STAGE”

Ada waktu2 tertentu akan ada persembahan… kene tengok jadual.. persembahan mereka menarik.. aa menyanyi.. ada silap mata.. ada drama…

Jadi tak la bosan.. sebb sambil tu kita sebagai ibubapa boleh la layan sekali..hehehe.Persembahan mereka tidak membosan kan.. dan yang bestnya.. anak-anak boleh ikut serta sekali jika mereka ajak untuk bersama-sama di pentas.

Sepanjang di Little Kingdom ni… ada je tempat yang menarik untuk bergambar.. latar belakang nya memang lain dari yang lain… anak-anak suka la.. sebab kejap kat zaman KOBOI… kejap kat PERPUSTAKAAN… hahahaha

Tapi kalau guna kamera hp x berapa cantik .. guna camera DSLR atau kamera digital gambar memang superb!!!

Kalau nak belajar memasak ke decoratioan makanan ker.. boleh la belajar di LITTLE T-REX KITCHEN… chef nya memang sangat peramah dan mesra sangat dengan anak-anak tau..

Ada jadual kelas juga.. kene rujuk dulu dekat kaunter untuk mendaftar… tapi memang sangat seronok… lepas belajar dapat bawa balik makanan tersebut…

Kalau bernasib baik..nanti dapat jumpa maskot LITTLE KINGDOM… kebetulan hari tu maskot ni kuar.. sempat la suh anak2 bergambar kejap.

Sebenarnya di Little Kingdom ni.. selain tempat bermain.. ada juga dean makan di mana jika nak smabut hari jadi anak-anak boleh la buat di “MAGICAL CASTLE”

Pakej yang di tawarkan sempena Sambutan Hari Jadi bermula RM2,400.00 untuk 30 orang… selain itu boleh juga buat Hari Keluarga, Team Building atau trip sekolah.

Kalau berminat boleh rujuk dengan khidmat pelanggan Little Kingdom untuk maklumat lanjut.

Sebelah Little T-Rex Kitchen ada “FANTASY DRIVE” di mana anak-anak akan memandu kenderaan sendiri.

Suka anak-anak sebab dapat memandu kenderaan.. sebelum masuk mereka akan di tayangkan vedio pendek pendedahan mengenai lalulintas dan jalanraya…

Selepas itu mereka akan menaiki kenderaan sendiri sambil di temani oleh ibubapa dan memandu di sekitar FANTASY tersebut….

Selepas itu sebelum balik.. mereka akan cuba untuk MELETAKKAN KENDERAAN tersebut dengan betul….

Masing-masing berjaya meletak kan kenderaan tersebut dengan baik… yeahh!!!!

Sebenarnya di Fantasy Drive ni.. memang seronok sebab ibubapa ikut serta dalam permainan ni… secara tak langsung dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan lagi.. yela masing-masing dapat berkomunikasi dalam memberi dan menerima arahan.

Ikutkan dapat lesen kenderaan… tapi selepas 2 minggu baru boleh ambik… kene la datang balik la macam ni kan?? hahahaha

Ini pula adalah “MAZE RUN”

Mencari jalan keluar… berpusing-pusing la anak-anak mencari jalan keluar.. dari 4 orang.. tak semua dapat keluar dengan cepat… hehehehe

Sebenarnya tempat ni 2 tingkat.. memang besar.. jadi kami naik ke atas pula iaitu “TALES OF MARTIAN”

Naik tangga ni pun boleh juga jadi mainan oleh anak-anak.. sebab cahaya nya menjadikan gigi kita menjadi putih.. hahaha… macam glow in the dark la….

Ini adalah ruang “LITLE BEAST FIELD”

Sesuai la anak2 main lompat-lompat… main panjat-panjat….

Tempat ni selamat dan semua barang-barang nya lembut dan tak keras…

Ini pula “LITTLE CINDERELLA BALLROOM”

Tempat menari…bersenam… alatan bersenam ada di sediakan dan sesuai untuk anak-anak….

Ada juga kelas untuk anak-anak sertainya… kene rujuk jadual pembelajaran di kaunter khidmat pelanggan untuk mendaftar…

Jangan risau.. tingkat atas masih ada lagi ruang mainan….

“MYSTERIOUS MARS”

Main tembak-tembak…

Isi bola dalam tempat tembak tu.. pastu tembak ke bawah…. gigih anak-anak g kutip bola isi jadi peluru…hahahaha

Untuk ibubapa.. jangan risau.. ada tempat charge HP di sediakan….

Cari jer mesin ni… di setiap tingkat mesti ada…. hanya bawa USB jer… hehehehe. Kira 3 dalam satu la mesin ni… tempat charge, tong sampah dan tempat buang putung rokok…hehehe

Sempat lagi tu berposing…

Kan saya dah cakap….. sini memang banyak tempat nak bergambar… lawa-lawan latarbelakang nya…

Ok… tempat terakhir,.. sebelum nak balik… anak-anak mesti lepak kat sini lama…….

“SECRET ISLAND”

Tempat yang paling anak-anak suka….

Tempat ni ada pasir.. tapi ni bukan pasir.. saya tak sure apa benda…

Tapi warna hitam… memang tak berdebu dan selamat….

Anak-anak kalau di biarkan di sini memang leka la…..

Sini boleh lompat, berlari, memanjat dan juga mengelungsur…. jadi saya tinggalkan mereka di sini untuk beberapa jam sementara saya keluar untuk bersiar-siar di luar…

Selepas tu baru la jemput mereka pulang…

Dekat jam  5.30 petang baru la kami beransur pulang…..

Itu pun anak-anak tak puas nak bermain lagi.. tak mengapa… Little Kingdom ni terletak di KL aja.. mudah untu kesana menaiki teksi, LRT atau bas. Malah jika membawa kenderaan sendiri boleh park di Parkson Maju Junction Shopping Mall tersebut…

Parking boleh rujuk di jadual bawah

Jadi macam mana? seronok untuk anak-anak… tak perlu pergi jauh-jauh pun….

Tapi kalau boleh alamila sendiri dan rasai la keseronokan sendiri… sebab kalau baca sahaja tak sama jika merasainya….

Little Kingdom
Parkson Maju Junction Shopping Mall,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
No tel : 03220281501
Waktu operasi :
ISNIN – JUMAAT, AHAD – 10.00 pagi hingga 6.00 petang
SABTU DAN CUTI SEKOLAH – 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Facebokk : Little Kingdom

Ohya… sebelum lupa.. jangan lupa PAKAI STOKIN sepanjang masa di LITTLE KINGDOM!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge