Mari sertai rekruit M.A.T.A di KidZania

Siapa yang tak kenal Ejen Ali? Rasanya sekarang cerita kartun yang sangat popular adalah Ejen Ali selain Upin-ipin dan Boboiboy….

Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).

Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut.

Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya daripada sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

Jadi pada minggu lepas, anak saya telah pun menjadi ejen baru M.A.T.A di Kidzania dan menyelamatkan Bandar Cyberaya di Kidzania…

Meta Advance Tactical Agency ialah sebuah institut untuk ejen rahsia. Setiap ejen dalam M.A.T.A ditaksir dan mendapat pangkat sebagai sama ada NEURO, TEKNO, INVISO atau KOMBAT bergantung pada kebolehan teras mereka.

Jadi apa lagi.. anak-anak saya mencuba nasib untuk menjadi ejen dan mencuba segala kebolehan mereka…

Anak-anak akan di berikan kad untuk melengkapkan misi mereka….

Terdapat 4 cabaran yang mereka perlu lakukan.. dan untuk menganalisa kebolehan masing-masing, mereka akan di akhir stage…

Memula mereka perlu ke NEURO

Neuro Agents ialah pegawai risik. Mereka terdiri dari orang yang mempunyai satu bakat untuk mengekalkan, menganalisis dan mendapatkan maklumat.

Neuro Agents baik di perancangan strategik dan penyelesaian masalah.

Belajar untuk menyelesaikan misteri dan teka-teki dengan sahabat anda untuk menyiapkan misi kool ini. Program ini mengajar anak akal logik berguna, perancangan strategik, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan.

kemudian mereka ke TEKNO

Ejen-ejen TEKNO ialah pakar-pakar teknikal. Mereka membangunkan alat-alat paling maju, menggunakan senjata-senjata rumit dan melaksanakan tugas-tugas khas yang sangat sedikit mampu buat.

Mereka ialah peramal-peramal kreatif yang berfikir di luar kotak.

Bergabung pasukan dengan ahli pasukan anda untuk menyelesaikan satu kes khusus. Anda akan hendaklah mengguna keberanian anda yang kreatif dan mental melalui latihan ini.

kemudian mereka ke INVISO

Ejen-ejen INVISO cepat dan mencuri-curi. Mereka merupakan pakar-pakar dalam seni penyembunyian, penyusupan dan rahsia. Mereka mampu menusuk barisan musuh dengan berpadu.

Mereka cemerlang dalam kemahiran sosial dan baik di membaca orang.

Membaiki kemahiran sosial anda dan belajar bagaimana untuk berpadu oleh simpannya asal tanpa mendedahkan identiti sebenar anda, menguasai seni menyamar.

kemudian terus ke KOMBAT

Ejen-ejen KOMBAT ialah pejuang terbaik dan terkuat. Sering ada kekuatan fizikal dan teknik menembusi mana-mana penentang atau halangan, mereka juga kuat dalam kerja berpasukan, penyelarasan, dan keupayaan fikir dan bertindak pantas di kaki mereka.

dan yang terkakhir… Peringkat Akhir Kemungkinan Misi

Peringkat akhir Mission Possible oleh Ejen Ali. Berpeluang memenangi barangan eksklusif Ejen Ali dan memperakui diri sendiri menjadi seperti Agent Rasmi M.A.T.A !

Akhirnya… anak-anak berjaya menyelesaikan misi-misi Ejen Ali dengan jayanya!!!

Nak tahu… apa kebolehan anak-anak ni setelah mereka selesaikan misi-misi tersebut…

2 orang berjaya di iktiraf sebagai KOMBAT dan 2 orang lagi di iktiraf sebagai INVISO…. hehehehe

Seronok anak-anak kerana dapat menjadi Ejen Rasmi M.A.T.A

Dapatla sorang satu barangan esklusif dari Ejen Ali –> PENSIL BOX…hehehe

Jadi… masih sempat lagi untuk anak-anak korang menyertai nya….

Misi Ejen Ali di Kidzania bermula dari 18.03.2017 – 31.03.2017… dan semua kanak-kanak di alu-alukan untuk menjadi ejen baru di M.A.T.A ini…

Dan untuk masa sekarang.. dapatkan tiket Kidzania dengan potongan sebanyak 30% dari harga pembelian.

Jadi…Misi ini akan mencabar penyelarasan badan anda dan tahap kesihatan. Adakah anda siap untuk ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply