[RESEPI] Mee Kari

Sebenarnya dari dulu nak sangat belajar masak mee kari ni… tapi selalu tengok dalam resepi … macam2 bahan pula nak buh.. last-2 terkubur begitu sahaja…

Kemudian baru-baru ni… macam tak tahan la.. nak gak buat walaupun rasa macam susah kan…. cari habis simple la resepinya… akhirnya jadi gak Mee Kari yang saya buat…hahahaha

Resepi MEE KARI

Bahan-bahan untuk kuah kari:

  • Isi ayam, udang, kerang atau apa2 la rasa nak bubuh….
  • bebola ikan, fishcake (goreng separuh masak)
  • tauhu kering belah 2
  • bawang merah dan bawang putih serta halia (tumbuk halus @ hiris)
  • rempah ratus… bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih
  • cili giling, serbuk kari daging (guna jenama Babas) satukan dengan sedikit air asam jawa
  • minyak, garam, gula,
  • Santan (guna 250grm)
  • air

Bahan-bahan hiasan:

  • Daun bawang, tauhu, dan tauge, cili merah/hijau hiris, telur rebus, sayur sawi (ikut la suka masing2)

Cara memasak kuah:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk.
  2. Dah naik bau, masukkan cili giling sekali dengan serbuk kari yang dibancuh dengan air asam jawa
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan isi ayam, kerang, udang dan juga santan…
  4. Kemudian tambahkan air untuk jadikan kuah.
  5. Bila mendidih, masukkan garam, gula dan fishcake serta fishball yang telah digoreng dan dipotong kecil.
  6. Biarkan mendidih hingga masak dan siap untuk dihidang.

Tadaaaaaaaa….. siap juga mee kari saya…hehehe

Ingatkan susah la sangatkan..rupanya senang weiii…. pastu buat la lagi..hahaha… ok.. next menu boleh la try wat mee kari tuk open house…. eeemmm.. leceh ker tak tuk buat masa rumah terbuka.. sbb biasa saya buat mee soto jer…hehehehe

Okla.. selamat mencuba yek…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge