[RESEPI] Kuih Keria Gula Putih

Adoiii… lama nya tak update blog..hahahaha

Dah bersawang.. dah la next month nak kene renew hosting..hahahha.. Ok jom buat entry…

Dari hari tu nak try sangat wat kuih keria.. cuma tak sempat nak membeli keledek putih.. akhirnya kawan opis sedekahkan keledek putih… terus buat kuih keria yang diidamkan..hahaha

Senang rupanya buat wei… jom tengok resepinya..hahaha

RESEPI KUIH KERIA

  • Keledek Putih
  • Tepung Gandum
  • Garam
  • Air
CARA-CARANYA

Memula kene rebus keledek putih yang dah di parut kulitnya bersama air dan garam… potong kecik-kecik sikit supaya mudah empuk cepat…

Dah empuk.. toskan kasi sejuk…

Kemudian lenyek-lenyek kan keledek tu…. dah sebati tambah tepung gandum. Jangan banyak sangat… buh sikit jer.. nanti rasa tepung lak dari keledek…hehehe

Dah tu jangan lupa goreng lak…. jangan terlalu besar apinya…

Goreng sampai rasa gelap2 la sikit kan..hehehe. Dah tu boleh la buat gula nya..untuk salut pada kuih keria tersebut

Letak gula 2 sudu + 2 sudu air dalam kuali… kemudian baru pasangkan api… dan kacau sampai berbuih2 dan nak likat sikit…

Terus ambik keria masukkan dalam kuali.. kasi salut.. dan padam api… sambil tu kacau2 supaya gula kering …

Taraaaaaaaaaaaa…………………

Siap juga kuih keria gula putih ni…  punya la lama nak buat sendiri.. akhirnya tercapai juga… hahahaha

Sebenarnya saya suka lagi gula putih berbanding gula melaka… mungkin dari segi warna kot tu yang menyebabkan suka gula putih…hahaha

Ok.. selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge