[DRAMA] Menanti Februari

Sinopsis

Drama yang mengisahkan perjalanan hidup 3 orang kawan iaitu Arie, Fiza dan Edi . Mereka merupakan kawan baik sejak di Universiti. Kemudian Arie berkahwin dengan fiza . Si edi pula terpaksa memendam rasa cintanya terhadap Fiza.

Fiza yang mengidamkan kebahagian hidup bersama Arie se akan-akan tidak mampu mengecapinya. Dengan sikap Arie yang lebih mengutamakan kerjanya menyebabkan Fiza tidak dapat hidup bahagia. Segala yang buruk berlaku dan perkara manis berlaku dalam kehidupan fiza tertumpu pada bulan Februari.

Sehinggalah satu ketika Arie di laporkan hilang di lautan selama 6 bulan dalam satu kemalangan yang berlaku. Dan sepanjang 6 bulan itulah Fiza mula rapat dengan Edi .Akhirnya mereka di satukan sebagai suami dan isteri.

Tetapi apa yang mengejutkan adalah Arie yang dikatakan hilang itu sebenarnya ditemui selamat. Dan akhirnya dia terpaksa berdepan dengan Fiza dan Edi yang sudah berkahwin. Arie mahukan fiza kembali.

Apakah yang akan terjadi kepada pasangan ini

**************************

Ok… malas nak kupas pasal jalan cite.. tp memang best… haha.. errkk.. mcm kene kupas gak ni..kah3

Pelakon best.. semua.. Fathia kan dah berhijab.. memang x der aksi gedik2… sedap mata memandang… tak der aksi manja2.. aksi pegang2.. peluk.2… best tengok…

Menjiwai watak sungguh.. suka tengok Zul Ariffin berlakon.. bersahaja jer… bestttttttttt!!!

Memang plot citer macam tak logik.. tapi mungkin dalam 1000 org ada kot 1 ..2 org macam tu kan.. laki dah hilang .. kawan baik lamar.. terus terima…. mana tahu kan…

Jadi apa2 pun syabas penerbit drama ni… agak2.. ada tak tuk MENANTI FEBRUARI RAYA? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge