[RESEPI] Cekodok Pisang

Wah… sedar tak sedar dah 6 Ramadan 1438H yek….

Semalam sempat la masak cekodok pisang.. google lak resepi ka Azlita Masam Manis tu..hik3

Pisang dah beli.. main beli jer…

Tanya kedai dia cakap ni pisang emas.. tanya kat FB ramai cakap pisang lemak manis.. hahaha

Lantak la.. saya suh anak saya kupas sebahagian jer.. dia gi bantai kupas semua.. nak tak nak masak la semua.. rezeki jiran sebelah la kan dapat cekodok pisang dari saya…hahahaha

***********************

RESEPI CEKODOK PISANG

  • 8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh
  • 3/4 camca teh soda bicarbonat
  • 1 sudu teh baking powder ~ ita tambah
  • 1 camca besar gula peerang
  • 1/3 camca besar gula halus
  • 1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
  • 1/4 camca teh garam halus
  • Minyak untuk menggoreng

Dah kupas.. lenyek kan… campur semua kecuali TEPUNG GANDUM la… sebab nak kasi sebati kan… Dah sebati baru la sikit demi sikit buh tepung gandum….

Ni semua main agak-agak jer.. tak ikut sukatan cuma ikut bahan jer…hahahaha

Tu dia…. sebelum nak masukkan adunan tu dalam kuali.. basahkan ujung jari dulu… hehehe…

Bila dah masuk kuali.. cantik tul kejadian nya.. bulat2… so baru la tahu selama ni derang buk 2 bahan rahsia tu…hahahahaha

Ulang la sampai habis adunan tu….

Banyak la dapat.. sebab bubuh dlm kuali sikit.. tp dia mengembang kan.. so dapat la bagi kat jiran sebelah..hik3

So… amacam? senang rupanya buat cekodok pisang….hahahaha. Maklum la jarang-jarang buat…hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge