ASNB – Labur Raya Ria 2017

Kelayakan

  1. Kempen ini dianjurkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”).
  2. Kempen ini bermula pada 28 Jun 2017 (jam 12.01 minit tengah malam) hingga 31 Ogos 2017 (jam 12 tengah malam) (“Tempoh Kempen”).
  3. Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali semua kakitangan Kumpulan PNB iaitu Permodalan Nasional Berhad, ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Amanah Mutual Berhad, PNB Management Services Sdn Bhd, PNB Value Homes Sdn Bhd dan PNB Investment Institute Sdn Bhd.
Pemenang dan Hadiah
  1. Untuk layak menyertai Kempen ini, peserta mesti memenuhi syarat-syarat berikut: i. Peserta mestilah berusia enam (6) bulan hingga lapan belas (18) tahun ke bawah dan merupakan pemegang Akaun Remaja mana-mana tabung unit amanah ASNB; ii. Peserta mestilah layak melabur dalam Akaun Remaja bagi Amanah Saham Bumiputera (“ASB”) atau Akaun Bijak Amanah Saham Bumiputera 2 (“ASB 2”); iii. Peserta mestilah membuat pelaburan minima sekurang-kurangnya RM10 dalam ASB atau ASB 2; IV. Pelaburan mestilah dibuat menerusi perkhidmatan kaunter ASNB/ejen ASNB berdaftar atau perbankan internet ; dan V. Penyertaan adalah secara automatik dan pelaburan mesti dibuat dalam tempoh kempen.
  2. Tiada had penyertaan untuk setiap peserta.
  3. Untuk layak sebagai pemenang, peserta perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  4. Sebanyak empat (4) kategori hadiah boleh dimenangi (“Hadiah Kempen”) berdasarkan kategori-kategori berikut: I. Kategori Satu Hadiah Kempen dalam bentuk unit amanah ASB atau ASB 2 bernilai RM50.00 akan diberikan kepada lima ratus (500) pemenang yang membuat pelaburan permulaan atau tambahan sebanyak RM10.00 – RM300.00 sepanjang Tempoh Kempen. II. Kategori Dua Hadiah Kempen dalam bentuk unit amanah ASB atau ASB 2 bernilai RM100.00 akan diberikan kepada dua ratus lima puluh (250) pemenang yang membuat permulaan atau tambahan melebihi RM301.00 – RM500.00 sepanjang Tempoh Kempen. III. Kategori Tiga Hadiah Kempen dalam bentuk unit amanah ASB atau ASB 2 bernilai RM200.00 akan diberikan kepada seratus dua puluh lima (125) pemenang yang membuat pelaburan permulaan atau tambahan melebihi RM501.00 – RM1,000.00 sepanjang Tempoh Kempen. IV. Kategori Empat Hadiah Kempen dalam bentuk unit amanah ASB atau ASB 2 bernilai RM500.00 akan diberikan kepada lima puluh (50) pemenang yang membuat pelaburan permulaan atau tambahan RM1,001.00 dan ke atas sepanjang Tempoh Kempen.
  5. Seramai sembilan ratus dua puluh lima (925) pemenang akan dipilih secara rawak melalui sistem yang diuruskan oleh pihak ASNB.
  6. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit hadiah sepanjang Tempoh Kempen.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Pihak ASNB berhak menukar mana-mana hadiah dengan nilai yang sama.
  8. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan serta dihubungi oleh pihak ASNB melalui mana-mana kaedah komunikasi yang bersesuaian. Senarai pemenang juga akan disiarkan dalam laman web ASNB.

Terma dan Syarat

  1. Dengan menyertai Kempen ini, peserta telah bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen ini. Keputusan pemenang adalah muktamad dan sebarang rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan.
  2. Peserta juga bersetuju bahawa melalui penyertaan di dalam Kempen ini, peserta membenarkan ASNB menggunakan gambar, nama dan butiran peribadi peserta, menurut peruntukan perundangan berkaitan untuk tujuan pentadbiran, pemasaran dan publisiti tanpa sebarang kos atau pampasan.
  3. Semua pemenang Kempen ini bertanggungjawab ke atas segala cukai, kadar, fi atau sebarang bayaran yang mungkin dikenakan ke atas mereka menurut undang-undang berkaitan dengan hadiah-hadiah dan Kempen ini.
  4. Pihak ASNB berhak membuat pindaan terhadap terma dan syarat Kempen menggunakan apa-apa kaedah yang difikir sesuai oleh ASNB tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.
  5. ASNB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh peserta yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan peserta dalam Kempen ini.
  6.  ASNB juga tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kejadian bencana semula jadi, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, rebut, teknikal atau sistem atau sebarang kejadian di luar kawalan ASNB.
  7. Terma dan syarat Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.
Jom melabur!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply to Mama Hakim Cancel reply