A&W muncul kembali di Kajang

Dulu masa kecik2 rajin g A&W kat seremban….

Suka airnya dan juga kentang goreng kerinting tu..kah3

Lepas tu agak susah nak dapatkan A&W, banyak kedai dah tutup kan….

Tapi baru-baru ni… muncul kembali… area KAJANG….

Akhirnyaaaa.. dapat juga saya merasa kembali A&W ini.. setelah sekian lama tak makan… sbb sekarang McDonald’s dah menguasai setiap tempat….

Jom tengok menu nya.. harga memang dah banyak berubah ….

Makanan peberet saya mestilah MOZZA BURGER… memang sedap tak terkata.. lain dari yang lain la kan … pastu dengan curly fries dia…lagi la dapat pula air root bear tambah eskrim atasnya…

Ok.. sangat sedap la weiiiiiii

Sempat la bawa Danial pergi makan bersama….

Air root bear tu yang dia syka… dia tak tahu.. dulu2 ibunya paling gemar minum tu.. sebab dulu A&W jer senang pergi …

Sekadar melepaskan hajat sahaja …..

Dapat la merasa kan….

Harga untuk 2 berger + air + fries sahaja dah RM 25.60 .. perghhhh….. harga memang boleh tahan kan…

Dulu harga A&W semua tak sampai pun RM10 perset…. iye.. nampak tak harga makin lama makin meningkat….

Jadi lepas ni boleh la sekali sekala makan kat A&W kan?

Betul2 terletak depan Hospital Kajang aja… jadi sangat mudah nak ke sana.. melintas aja….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge