Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli Tawas Kelahiran 2011

Haaa… sapa pernah dengar perkataan TAWAS?

TAWAS bermaksud Tabung Warisan Anak Selangor… untuk anak-anak kelahiran di Negeri Selangor. Dapatla nanti apa2 yang berkaitan dengan TAWAS dari semasa ke semasa…

Jadi bagi tahun ni… bantuan persekolahan bagi anak-anak sesi persekolahan Tahun 2018 pula dapat beg sekolah pemberian TAWAS

Lawa kan beg nya?

Ok la kan….. boleh la bawa ke sekolah agama nanti.. sekarang ni kene sekolah pagi dan petang, maka beg sekolah kene la ada lebih kan….

Ni la pemilik beg tersebut….

Ishk.. dah besar anak bongsu saya ni.. tahun depan dah Tahun 1…. tapiiiiiiii… kalau kat rumah mengada-ngada ngalahkan budak kecik…

Jadi, kepada ibubapa yang anaknya telah pun di daftarkan dengan tawas, boleh la buat semakan di laman web mereka

http://tawas.org.my/tawas/semakan_pbms.php

Masuk je laman web tu ada dah banner untuk buat semakan nya…

Kene cepat-cepat pergi… beg sekolah nya pun tak banyak pun.. siapa cepat dia dapat la…

Masa waktu Zulfadhli nya pemberian, dapatla baucer RM50.00 untuk pembelian barangan sekolah di Giant. Kali ni dapat beg pula…

Boleh la dari tak ada kan.. orang memberi kita merasa ye dak?

Jadi pada mereka yang melahirkan anak di Negeri Selangor… jika anak belum di daftarkan dengan TAWAS, boleh la berbuat demikian sebelum usia anak mencecah 3 tahun selepasa tarikh kelahiran.

Selepas tarikh tersebut.. tak dapat di daftarkan lagi…. jadi ambil la peluang selagi ada kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply