Hari Pertama Huzaiman bersekolah rendah

Alhamdulilah…. dah masuk hari ke 8 bagi tahun 2018… maaf le lambat update…. sibuk uruskan persekolahan Huzaiman….

Kalau ikutkan Huzaiman sepatutnya bersekolah rendah kerajaan… erkk… kerajaan la kan.. Tapi myIR bercadang nak cuba hantar ke sekolah rendah agama swasta yang dari pagi sampai petang belajar akademik dan agama sekali…

Jadi setelah mencari-cari… jumpa 1 di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi….. jadi.. moh la kita tengok gambar-gambar Huzaiman pada hari pertama persekolahan…

Sampai jer sekolah ada perhimpunan….

Di sekolah ni hanya ada 2 kelas jer… jadi tak ramai pelajar… harap2 Huzaiman dapat belajar dengan baik di situ

Setelah perhimpunan.. terus masuk kelas…

Hari pertama ada ujian .. untuk tentukan kelas…

Tak kisah la mana2 kelas.. janjji dia boleh belajar… sebab lama-lama akan belajar juga kan… nanti akan cepat juga memahami…

Lepas tu rehat pagi dalam jam 10 pagi…

Hari pertama tak tau ada jual kat kantin.. dah beli nasi lemak di luar… untuk esok danseterusnya.. baru saya ajar dia membeli…

Waktu tengahari pula ada disediakan makanan…. pihak sekolah sediakan..

Jadi anak-anak tak perlu berebut nak membeli…..

Dalam jam 5 petang … waktu balik….. saya stay sampai hari ke 3 aja.. untuk lihat segalanya berjalan lancar…

Hari ke-2 pula

Tengok Huzaiman beli sendiri….

Makanan situ dalam 50sen dan RM 1.00 .. jadi mudah…

Akhirnya dia berjaya membeli makanan sendiri….

Jadi saya dah tak risau lagi la… semoga dia dapat menyesuaikan diri…..

Sebab saya hantarkan Huzaiman ke sekolah swasta adalah :

  • Pelajar dalam kelas tak ramai
  • Kelas pula ada 2 buah sahaja untuk Tahun 1
  • Tak perlu pakai uniform sekolah
  • Berkasut hitam
  • Tengahari di sediakan makanan
  • Belajar dari jam 8 pagi – 5 petang waktu office jadi amat mudah hantar dan jemput
Rasa itu jerla kot… walaupun berbayar… tak perla.. cuba mana yang terbaik…

Selamat kembali ke sekolah yek Huzaiman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge