Johor Bahru mempunyai tarikan tersendiri

Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations
Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations. View the interactive version here

JOHOR BAHRU

Bila sebut Johor Bahru mesti ramai yang tahu di situ banyak tempat-tempat yang menarik boleh di kunjungi dan di lawati…..

Johor Darul Ta’zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.

Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.

Johor merupakan negeri yang sangat luas iaitu berkeluasan kira-kira 7,4200 batu persegi. Ia merupakan negeri yang kelima paling besar di negara kita. Oleh kerana keluasannya yang besar, negeri Johor mempunyai jumlah peduduk yang sangat besar dan berada pada tangga kedua bagi jumlah penduduk di negara.

Secara umumnya, Johor Bharu merupakan ibu negeri bagi negeri Johor dan Kota Iskandar di Iskandar Puteri pula menjadi pusat pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Johor.

Wah… tetiba kita belajar sejarah dan geografi lak…hehehehehe… Sesekali baca mengenai fakta tak salah kan? Maka semestinya Johor Bahru mempunyai banyak tarikan kan?

Antara tarikan yang sentiasa disebut-sebut semestinya Legoland, Senrio Hello Kitty, Johor Premium Outlet serta Angry Bird Park… Itu tempat-tempat yang biasa kita pergi kan?

Anak-anak kalau ajak ke Johor Bahru mesti nak pergi tempat-tempat yang ada taman tema terutamanya Legoland, di mana semua permainan di situ mereka boleh main tanpa had. Tapi kalau pergi waktu cuaca tak sesuai seperti hujan, memang rugi la sebab bila hujan semua permainan yang terletak di luar tak dapat guna atas faktor cuaca.

Jadi bila bercuti saya pastikan merancang mengikut waktu yang sesuai supaya tidak ada perasaan kecewa di hati anak-anak bila tak dapat main taman tema.

Tapi pernah tak terfikir pergi ke Johor menerokai alam semulajadi pula? Sebenarnya di Johor Bahru banyak tempat-tempat yang cantik permandangan serta mempunyai tempat yang bersejarah juga.

Sebenarnya banyak gak tempat-tempat lain yang tak pernah saya sekeluarga pergi seperti :

  • Kahang Organic Rice Eco Farm (KOREF), Kluang
  • UK Agro Farm, Kluang
  • Canopy Tribes, Ulu Sungai
  • Firefly Valley Leisure Park, Kota Tinggi
Mungkin suatu hari saya ingin bawa keluarga saya pergi ke Kahang Organic Rice Eco Farm (KOREF) yang terletak di Kluang, Johor
(kredit : Sini.com.my)

Tempat ini merupakan ladang eko beras organik yang pertama seumpamanya dan menerima pengiktirafan sebagai Ladang Beras Organik di Malaysia.

Dengan keluasan 260 ekar, ia dikelilingi oleh petak-petak sawah yang mana punca airnya datang dari Gunung Belumut dan masih terpelihara daripada pencemaran.

(kredit : Sini.com.my)

Ladang ini menawarkan pelbagai aktiviti ‘hijau’ dan lasak seperti memanjat gunung, day & night jungle trekking, river trail, bamboo rafting, drum rafting, tree climbing dan mempelajari cara memajak sawah, menangkap ikan serta menghasilkan kraf mengguna bahan semula jadi.

Sesekali bawa anak ke tempat begini seronok juga. Suasana di sini umpama kita balik ke kampung dan kembali ke nature dengan suasana yang nyaman dan sejuk.

Seronok pula bila tengok antara aktiviti yang boleh di lakukan di KOREF ni…. Kalau bawa anak-anak mesti seronok, maklumla anak-anak saya semua lelaki kan… jadi sangat sesuai la dengna aktiviti tersebut…. nak pula berpeluang tinggal di chalet terapung atau berkhemah di kawasan ladang atau boleh cuba berkhemah di dalam hutan, nak merasa suasana alam pula kan. Asyik duduk hotel je.. jemu juga.

Siapa lagi tidak kenal dengan tempat ini yang menjadi tumpuan penduduk Johor Bahru tidak kira siang atau malam. Kawasan perairan yang giat membangun ini menyediakan pelbagai tarikan seperti tempat rekreasi, aktiviti kebudayaan, dan taman permainan untuk kanak-kanak. Selain itu, terdapat banyak pilihan makanan di sini di mana anda boleh memilih daripada gerai tepi jalan hingga restoran mewah bertaraf lima bintang.

Terdapat juga Danga City Mall iaitu pusat membeli belah yang terletak berdekatan dengan kawasan ini. Pemandangan indah dengan limpahan lampu pada waktu malam, pelbagai pilihan makanan, dan angin nyaman dari laut, Danga Bay sudah pasti menjadi salah satu tempat yang wajib dilawati jika anda datang ke Johor Bahru.

Danga Bay ada pelbagai aktiviti dan tarikan yang berkonsep glamor dan mewah di samping kawasan membeli-belah dan restorannya tak kira siang atau malam. Ia juga adalah pusat rekreasi terbesar di Johor Bahru dengan tempat dan aktiviti yang sesuai untuk semua golongan.

Banyak yang perlu korang tahu mengenai Johor Bahru bukan sekadar tempat hiburan sahaja.

Penginapan di bandar raya itu ada banyak pilihan, daripada hotel bertaraf lima bintang sehinggalah hotel bajet yang terdapat di sepanjang jalan-jalan utama di bandar raya itu.

Johor Bahru Hotel near Singapore yang memudahkan pengujung dari Johor ke Singapura tanpa perlu menginap di Singapore ini kerana Tambak Johor hanya terletak 500 meter dari kawasan tersebut jadi bolehla lihat bandaraya Singapura di seberang Selat Tebrau.

Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia, kini makin banyak tempat menarik di Johor Bahru yang ditawarkan untuk pengunjung. Banyak tempat juga sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa pusat pelancongan terbaru.

Pusat Bandar yang semakin berkembang pesatseiring dengan Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor atau Iskandar Malaysia ini ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur yang menawarkan lebih daripada yang anda jangka. Daripada yang menggemari aktiviti lasak, aktiviti santai sehingga ke membeli-belah, ia wajar dijadikan destinasi percutian seisi keluarga atau bersama rakan untuk pengalaman yang menakjubkan!

Jadi, apa tunggu lagi? Kemas barang korang dan terus tuju ke selatan tanah air Malaysia ini. Nescaya korang akan mengalami suatu percutian yang tidak dapat dilupakan.

Jom cuti-cuti Malaysia, dekat aja hanya di JOHOR BAHRU……

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge