Bunga Lawang Cafe (BLC) makanan ala-ala ‘masakan mak’

Siapa tak kenal Ruhil Shafinaz? Isteri kepada Gibran Agi dan kakak kepada penyanyi Ruhil Amani. Setelah hampir 13 tahun berkhidmat, pada tahun 2008, ketika namanya sudah pun dikenali ramai, dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri demi memberi masa dan ruang untuk bersama keluarga terutama anak tunggalnya, Ruhil Batrisya Agi.

Kini Ruhil Shafinaz telah menceburi bidang perniagaan makanan dengan membuka restoran iaitu Bunga Lawang Cafe yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Bunga Lawang Cafe…. bila sebut sahaja bunga lawang terus teringat rempah ratus masakan melayu mesti akan bubuh bunga lawang… buat nasi minyak, buat nasi ayam, buat sup, buat kari… mesti melibatkan bunga lawang… menggunakan nama bunga lawang sesuatu yang unik dan sinonim dengan orang melayu.

Sesuai dengan cafe tersebut di mana ia mengetengahkan resipi turun temurun daripada ibunya yang sememangnya pandai memasak

Saya di beri kesempatan untuk mencuba menu-menu di Bunga Lawang Cafe ini bersama rakan blogger yang lain… rasanya memang sedap dan kene dengan tekak saya… sambil makan sambil bergosip… sebab agak lama tak berjumpa rakan blogger…

Jadi tak salah kan jika saya rekomenkan antara menu-menu yang menarik dan menyelerakan untuk di cuba bersama, Jika anda berkunjung ke Bunga Lawang Cafe ini amat rugi jika tidak mencuba beberapa menu masakan yang memikat hati dan kene dengan selera tekak ‘melayu’ kita ni. Antara nya

Kari kepala ikan Jenahak stail Johor

Daging tetel goreng jintan

Sotong masak hitam

Taugeh goreng (pinjam gambar dari eznakhalili.com)

Di makan pula bsersama dengan nasi panas,telur asin, sambal dan ulam-ulam memang membuka selera sungguh… makan sampai bertambah-tambah la…

Tak lupa juga minuman untuk membasah tekak…

Ada pelbagai perisa dan size, pilih saja yang mana satu.. semua sedap dan manis belaka….

Selesai sahaja menikmati makan malam.. kami juga di jamu dengan pencuci mulut seperti

Lempeng pisang

Cucur ikan bilis

Di nikmati bersama secawan kopi panas dan biskut…. memang betul-betul santai dan tenang sahaja….

Bagaimana? Pilihan menu-menu yang di sajikan? Ada yang menepati citarasa korang? Jika ingin mencuba menu-menu yang di hidang ini.. boleh terus ke

Bunga Lawang Cafe
50G, Jalan 7/7B, Seskeyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Jadi kalau teringin mencuba sesuatu yang baru seperti merasa masakan mak, boleh la cuba ke sini.. memang sangat di syorkan dengan harga yang berpatutan serta lokasi yang menarik.

Jadi boleh la bawa keluarga atau kawan untuk ke sini… sesuai untuk semua. Walaupun kedainya tidak besar tapi sangat selesa dan tenang dengan dekorasi cafe yang simple, cantik dan kemas. Boleh pilih nak duduk di dalam yang ada aircond atau di luar.

Mana tahu ada rezeki dapat jumpa Ruhil Shafinaz dan Gibran Agi kan? Macam saya……heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply