Cabaran 14 hari bebas jerawat menggunakan Eucerin

Alhamdulilahhhhhh…….. sudah melepasi 14 hari menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ….

Sebenarnya, wajah saya ni tidak la mengalami masalah kulit. Tapi biasalah perempuan, mana lepas dari masalah jerawat yang suka-suka hati muncul kan?

Masa zaman sekolah… lagi la, jerawat penuh 1 muka… hahahaha. Kemudian bila sudah bekerja tahu penjagaan wajah semasa bekerja. Kemudian bila berkahwin, tak der masa pula nak jaga muka.

Mujur muka jenis tak der masalah sangat…. cuma bila dah meningkat usia ni … biasalah.. wajah tak la selicin seperti zaman muda -muda kan?

Jadi saya di beri peluang untuk menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni.

Masa menerima Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni , terfikir juga… betul ke boleh mengatasi masalah jerawat di muka kan?  Ialah perempuan ni mana tak lari dari masalah jerawat.

Kalau period berjerawat, masalah pun berjerawat.. kadang-kadang tak der masalah pun boleh berjerawat..bila masanya tak berjerawat kan? hik3

Jadi bila saya terima jer Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni.. tak sabar ok nak pakai. Jadi sebelum tidur, saya cuci muka bersih-bersih-bersih dan sapu krim ini di muka sebelum tidur.

Krim nya tidak berbau malah lembut… menjadikan wajah saya tidak kering. Sentiasa lembab je…. seronok rasa.

Maka saya pakai selama 14 hari setiap malam….

Hasilnyaaaaaaa………………….

Seperti yang tertera di kotak Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ini… menyatakan membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati.

Jadi betul la.. ia berkesan di wajah saya di mana kurang pori-pori dah di muka…. jerawat memang susah nak timbul selepas pakai Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment …. nampak ketara la.. bila di tegur oleh kawan pejabat… tetiba terasa.. berkesan juga produk ni yek…

Malah formula yang di hasilkan juga mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Kesimpulan bagi saya selepas menggunakan produk ini, wajah saya kini bebas jerawat, malah kulit muka saya juga dapat membersikan pori-pori di wajah.. yang itu lah menjadikan wajah kita ada perubahan…secara tak langsung dapat juga menanggalkan sel kulit mati di wajah kita kan?

Kalau menggunakan produk Eucerin yang lain mungkin lebih baik dan dapat menjaga dan merawat muka dengan lebih baik.

Produk ini boleh didapati di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Jadi pada mereka yang ingin mencuba, boleh beli di farmasi ya.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply