Jalan-jalan naik ERL

Ni cerita dah lama…tapi nak update gak..hahaha..

Kenangan kot… nanti leh tengok dalam blog kalau nak cari info….hik3

Hari tu KLIA Express ada wat promosi… naik ERL secara percuma pada 17.03.2018 – 18.03.2018, masa tu awal-awal cuti sekolah…

Memandangkan tak der plan ke mana-mana dan sempat pula baca… maka saya bawa la anak-anak naik ERL…

Ialah… nak pergi saja-saja .. harga tiket.. perghh.. boleh tahan ko.. mahal tau.

Tu harga tiket… KLIA Express sahaja pun dewasa pergi balik dah RM 100.00, kanak-lamal RM 45.00.. jadi bila ada peluang naik ERL secara percuma ni.. jangan la lepaskan peluang kan….

Kalau dari Bangi.. kami naik ERL Putrajaya… jadi untuk trip pertama.. dari PUTRAJAYA –> KLIA 2…

Memang transit ke KLIA 2… penghujung terus derang suh g… tiket pula valid sebelum pukul 5 petang… tapi dia bagi tiket pergi sahaja.. masa balik kene redeem tiket lagi sekali

Ini adalah pertama kali anak-anak naik ERL Transit… ialah.. nak kemana pula kalau saya nak g kalau naik ERL ni kan… tak der tujuan lak..

Pergi pun dah beratus2.. baik naik kereta je ke KLIA..hahahaha

Sampai KLIA ada pula booth sempena cuti sekolah kat situ…

Jalan-jalan kejap je.. tengok ada gula-gula kapas di berikan percuma.. ambik la sorang satu kan…

Bawa anak-anak pusing jer….

Tunjuk la kat mana kapal terbang.. tempat masuk ke kapal terbang.. ada laluan.. eh.. dah macam cikgu bawa anak sekolah pusing KLIA la…hahahaa

Habis semua tempat derang g jalan….

Siap cakap.. nanti kalau semua belajar luar negara… sini la tempat nya nak naik kapal terbang… jadi kalau nak naik.. belajar la rajin2.. boleh ibu ayah hantar ke KLIA ni..hik3

Dah pusing-pusing.. perut pun lapar….

Mana boleh makan kat KLIA.. mahal kan… maka kami naik ERL menuju ke KL SENTRAL terus… menaiki ERL Express

Maka trip ke-2 pula KLIA 2 –> KL SENTRAL

Sampai je kat KL Sentral.. terus masuk ke NU Sentral mencari tempat makan… NU Sentral pun pest time gak sampai..hahaha. Jadi pusing-pusing sambil tengok apa yang menarik kat situ kan…

Makan kat food court NU Sentral je…

Makan sizzling mee jer anak-anak.. dah itu jer kegemaran masing-masing…

Ibu mana boleh tak makan nasi.. nanti lapar..hik3

Lepas makan.. masa untuk pulang… jadi trip ke 3 KL SENTRAL –> PUTRAJAYa menaiki ERL Transit

Memang ramai la juga keluarga yang naik ERL ni bersama anak-anak…

Yang untung juga.. siapa yang memang otw nak ke KLIA pun dapat tiket percuma dengan syarat.. ada anak kecik…

Sebab perjalanan ni percuma untuk kanak-kanak.. jadi penjaga termasuk sekali la..hik3

Selesai sudah trip menaiki ERL…

Alhamdulilah.. terima kasih ERL kerana buat promosi begini.. yeala.. nak pergi sesaja memang tak la.. pergi balik pun mahal tiket nya… melainkan memang nak naik kapal terbang tak per.. berbaloi..hik3

Anak-anak seronok kerana dapat jalan-jalan naik ERL…

TERIMA KASIH ERL!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply