Menginap di The Haven, Ipoh Perak

Ok.. agak lama dah tak update blog ni… emm.. makin malas rupanya dah yek.

Meh la sambung citer.. nanti tak der pula kenangan dalam blog….

Kan hari tu g hari keluarga opis.. alhamdulilah, dapat la merasa duduk di The Haven… selalu tengok dan baca review orang.. kali ni dapat merasa menginap di situ.

Mesti ramai yang dah tahu The Haven ni kan… Sebuah kediaman “condominium luxury” 5 bintang dengan 512 unit dari 3 buah tower setinggi 26 tingkat.. Keluasan setiap unit dari 968 hingga 2,840 kaki pesegi.

Jadi jom kita tengok sekitar dalam apartment ni…

Ruang tamu….

Terdapat ruang makan sekali… besar dan luas…

Pantry…

Ada microwave dan sinki.. peti ais pun ada sekali…

Ada tempat memasak….

Cari juga periuk belanga nya.. emm.. x jumpa.. risau juga bawa sendiri punya.. nanti x leh guna lak…

Tapi bukan nak masak pun.. saja je nak tengok..hik3

Ok.. jom tengok bilik pula… ada 3 bilik dalam apartment ni….

Ni bilik utama…

Katil KING… besar la kan… mestila bilik ni ibu dan ayah tido…

Tapi macam biasa.. ada budak nak numpang tido… hahaha.. tapi tak berjaya la..

Sebab banyak bilik kosong kan….

Ni bilik air nya…

Ada bathtub kan… emm.. anak2 la yang rasmikan…

Mana ada masa nak berendam… sibuk nak mandi kolam lak kan….

Ni bilik no 2 pula

Ada katil QUEEN… jadi Huzaiman dan Iskandar nak tido dalam bilik ni… nak kongsi bilik kan..

Siap pesan.. ko jangan kencing sudah.. ni hotel kot.. jangna buat pasal..hahaha

Ni bilik no 3…

Ada katil SINGLE… suka la Zulfadhli… dia dah pilih siap2 nak tido sini…

Dan kesemua bilik terdapat air cond… apa lagi.. memang lena la tido masing2 kan…

Ni bilik air..

Bilik no 2 dan bilik no 3 kongsi bilik air ni… tapi bilik air ni terletak kat luar la..

Maka kene keluar la kan kalau nak ke bilik air…

Amacam.. lawa kan bilik nya….

Law abilik..harga nya pun lawa juga…

Bermula RM546.00

Jadi rasanya.. bilik yang saya sekeluarga menginap adalah bilik 3 bedroom lakeview executive suite rasanya… berdasarkan keterangan di gambar ada 1 king, 1 queen, 1 single

RM 1,560.00 x 2 malam = RM 3,040.00

Perghh…. RM3K.. mujur la opis sponsor.. kalu g sendiri.. mesti berkira2..hik3

Ok.. jom tengok keliling kolam renang lak…

Kolam renang kanak2

Mujur ada slide situ.. maka berulang2 la main tu jerla…

Ni pula kolam dewasa, besar juga….

Mengadap tasik…

Ingatkan anak-2 x pergi sini.. berani sungguh derang masuk kolam dewasa… adeh… dah la ibunya tak tukar baju…

Terus halau balik masuk ke kolam kanak2

Ini pula sekita taman di situ…

Jalan2 juga la… dah anak2 nak jalan…

Ingatkan besar nak keliling tasik tu.. sekali kecik je.. tak terasa pun…

Memang di kelilingi pokok dan bukit bukau la…

Rasa tenang dan sunyi jer… nyaman tau…

Jadi setelah 3H 2M kami berada di sini.. harusla pulangkan…

Anak2 la paling seronok… kira rezeki anak-2 juga kan…

Sayang nya.. Danial jer tak dapat ikut.. sebab tak dapat pelepasan pulang….

Terima kasih atas penginapan yang menarik ini…

Memang sesuai la The Haven ni menjadi antara tempat penginapan yang terbaik di Tambun

Maka tidak hairanlah hotel The Haven tercalon di 2015 World Luxury Hotel Awards Nomination dalam 3 ketegori iaitu :-

a) Luxury Family All-Inclusive Hotel
b) Luxury Hotel – Best Scenic Environment
c) Luxury Suite Hotel1. Best High-Rise Residential Development (Readers’ Choice Malaysian Reserve Property Press Awards 2014)

Dan The Haven Hotel sudah pun berjaya merakul lebih 20 anugerah terbaik di peringkat negara mahu pun antarangbangsa.. Antaranya :-

1. Malaysia’s Top 10 Outstanding Property Developers Award 2014
2. Eco Developer Of The Year 2013 (Malaysia)
3. South East Asia Property Awards 2012
4. Best Managed Condo Resort 2014 ( Malaysia)
5. Malaysia’s Best High Rise Residential Development 2014
6. Best Green Development 2014 (Malaysia)
7. Quality & Excellence (The Diamond Eye Award 2011, Geneva)
8. Quality & Innovation (International Arch of Europe Gold Award 2011, Frankfurt)
9. Best State Developer – Perak (Editors Choice Malaysian Reserve Property Awards 2012)

Jadi pada mereka yang menuju ke Tambun atau ke Lost World Of Tambun.. boleh la mencuba menginap di sini…

Rasai la sendiri.. baru boleh tahu…hik3

BEST WESTERN PREMIER The Haven Ipoh
Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan),
31150 Tambun, Ipoh, Perak, Malaysia
Phone: +605 220 9000
Hotline: +60 1700-8-1700-0
Fax: +605 220 9011
Email: reservations@bestwesternhaven.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply