Melawat Istana Kellie Castle, Perak

Ok..sambung lagi kisah masa di Ipoh, Perak.. tak habis lagi ni… hik3

Dapat la juga saya ke Kellie Castle.. setelah memujuk myIR ke sana…susah wei nak ajak.. dia tak gemar sangat sebenarnya…

Jadi saya dan anak2 melawat la sebentar ke Kelllie Castle

Istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak. Jadi dari Tambun terus ke Batu Gajah menjejak sejarah Kellie Castle…

Suasana ketika saya sampai sangat panas….

Memang terik menjadikan rasa bahang dengan keadaan sekitar Kellie Castle ni…

Kellie’s Castle atau Istana Kellie’s yang terletak di Batu Gajah, Perak telah dibina pada tahun 1905 milik seorang peladang Scotland yang bernama William Kellie Smith.

Walaupun sudah berusia 107 tahun, istana lama ini masih kukuh berdiri di puncak bukit yang menghadap estet getah. Istana Kellie’s ini dibina oleh tenaga buruh india termasuklah artisan yang dibawa khas dari India Selatan.

William Kellie Smith dilahirkan pada 1 Mac 1870 di Scotland. Dilahirkan dalam keluarga petani dan merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. Pada 1 Mac 1890, sewaktu berumur 20 tahun, William telah datang merantau ke Malaya untuk menambah baik taraf kehidupannya. Beliau bermula dengan bekerja sebagai Jurutera awam dengan kontrak 2 tahun dengan kerajaan untuk membina laluan keretapi,malangnya projek itu terpaksa diberhentikan.

Bagaimanapun, beliau telah bekerjasama dengan seorang kontraktor iaitu Charles Alma Baker untuk membuat projek membina jalan raya di Perak.Dari situ beliau telah menjadi seorang peladang dengan menanam kopi, dan mengusakan ladang getah.

Kellie Smith telah berkahwin dengan isterinya iaitu Agnes yang merupakan pewaris kepada perniagaan kapas yang diusahakan oleh keluarga beliau dan bakal mewarisi dana sebanyak 300 000 pound. Kellie telah dikurniakan 2 orang anak iaitu, Helen dan Antony.

Di dalam Kellie Castle ini ada di paparkan sejarah dan juga kisah2 pembinaan oleh pemilik nya William Kellie Smith.

Boleh baca sambil memahami setiap cerita di sebalik nya…

Semasa saya datang… ramai pelajar Konvo datang untuk bergambar bersama jubah masing-masing…

Merakam detik kegembiraan di sini… memang seusai juga di jadikan lokasi bergambar… kene pula dengan cuaca yang panas.. gambar semestinya menjadi lagi cantik kan?

Kellie telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan wang dan ideanya untuk memastikan rumah ini lain dari yang lain.

Kellie berhasrat ingin meletakkan lif didalam istana tersebut agar menjadi lif yang pertama di Malaya ketika itu.

Disamping itu juga, istana ini juga bilik khas untuk menyimpan arak, kain linen, dapur memasak dan kandang kuda.

Selain itu juga, istana ini mempunyai ruang untuk bermain tenis di atas bumbung.

Istana ini bukan saha mendapat perhatian Malaya ketika itu, tetapi mendapat perhatian diluar negara hinggakan surat khabar The London Financier juga menulis tentang istana ini pada awal pembinaannya.

Apa yang menarik tentang istana ini, istana ini dibina dengan mengambil kira cuaca Malaya yang panas. Walaupun kawasan luar panas dan terik, anda pasti berasa selasa jika berada dikawasan dalam istana ini kerana mempunyai ruang angin yang banyak.

Dengan kedudukan istana yang dibina di atas bukit dan juga kedudkan yang strategik, Kellie dan juga pengawal beliau telah bersiap sedia untuk melarikan liri jika berlaku apa-apa serangan orang tempatan terhadap beliau.

Bilik-bilik ahli keluarga Kellie mempunyai laluan rahsia didalam bilik mandi untuk membolehkan ahli keluarganya melarikan diri melalui tangga sempit ke tingkat bawah.

Bukan itu sahaja, kawasan taman istana tersebut juga dibina beberapa laluan terowong bawah tanah rahsia yang boleh keluarga Kellie lari dari istana ke kuil berdekatan.

Hajat Kellie ingin melihat istananya siap akhirnya tidak kesampaian. Istana ini akhirnya terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunh ramai pekerja Kellie. 11 tahun selepas ia mula dibina, istana ini masih belum dapat disiapkan.

Kellie tidak sempat merasai tinggal di istana tersebut kerana semasa perjalan beliau ke Lisbon, beliau telah meniggal duia kerana penyakit pneumonia

Apabila datang ke istana ini, pasti anda dapat tahu lebih banyak sejarah tentang istana ini. Anda juga boleh merasai dan melihat sendiri istana ini dengan lebih dekat.

Anda juga boleh melihat bangunan yang terbengkalai atau bangunan yang tidak sempat disiapkan di istana ini. Malahan, pengunjung boleh juga melihat terowong rahsia yang ada didalam istana Kellie ini.

Jika anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, anda perlu keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.

Bayaran masuk : RM5.00 dewasa, RM3.00 kanak-kanak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply