Archive for the ‘Baby’ Category

POLL RESULT 2: Berjaya @ tidak?

Saturday, March 13th, 2010

Pernah x korang perasan POLL kat sebelah sidebar kanan aku nie??

ishk…x perasan?? memang la korang…saja jer kan??

mesti x pernah nak tolong aku Vote… ada ker tidak??

poll

Penat jer NUFFNANG bagi aku POLL nie??

Penat juga aku g letak kat sidbar aku nie… x tgk ker wei??

img

Setelah genap 1 tahun pada 25.02.2010 tempoh hari..

aku berjaya menyusukan ZULFADHLI selama setahun.. nampaknya MISI aku dh berjaya..

Dan aku akan terus…terus…dn terus menyusu sehingga boleh…

Dan keputusan nya ialah :

88% – Berjaya

11% – Tidak berjaya

Kene tukar POLL nie lagi… nak tulih apa yek??

“POLL : KORANG MASUK SUMIJELLY KERANA APA?”

hahaha,….. pas tu korang isi sendiri jawapan..mesti berlambak2 jawapan aku dpt..hahaha

Ok..nanti2 la aku wat POLL baru lak..

apa pun..terima kasih pada yg sudi mengundi…  :love:

  • Share/Bookmark

Setahun sudah anak ku!

Thursday, February 25th, 2010

img

Hari ni 25.02.2010 genap la usia Zulfadhli SETAHUN!

Yer..sudah setahun rupanya… cepat sungguh masa berlalu.. sudah membesar si kecik ini yek..

img

Gamba rini ketikaberusia 9 hari.. masa ni aku dh pulan g ke rumah.. my IR yang mandi kan dia.. aku tukang jirus jer..hehehe

Ingat lagi aku ketika ia di lahirkan.. kecil jer… comel jer. dan masih kemerah-merahan lagi..

Oh ya..anak aku di lahirkan secara pemedahan, sbb di asongsang dalam kandungan.. kiranya 25.02.2009 tu, aku dtg ke Hospital Kajang menyerah diri la..hehehe

img

Gambar ni pula ketika berusia 2 bulan 14 hari..

Masa nie dia dh celik dn mula lasak… comel jer bila di bedung..tp sekejap jer..pas tu meronta2 nak bebaskan tangan..hehehe

sebaik aku menyambung cuti lagi 30 hari kerana nak bersama lebih lama ngan Zulfadhli..hehehe

img

Gambar ni ketika berusia 11 bulan…

tgk..tgk..cepatkan dia membesar.. x sangka betul..

geram aku nengok gelagat nya.. dan alhamdulilah..sehingga sekarang.. masih lagi menyusu badan.. aku harap dapat teruskan penyusuan untuk anak aku nie..

img

Semoga anak aku akan membesar…membesar dan memebsesar serta menjadi anak yang dapat membantu ibu dan ayahnya ketika dewasa kelak.

Semoga menjadi anak yang berguna dan di sayangi oleh semua org…

Ibu sentiasa mendoakan yan gterbaik untuk anak2 ibu… semoga ceria dan sihat selalu serta di panjang kan usia wahai anak aku..

img

Selamat Hari Jadi Zulfadhli yang Pertama!

p/s : Oh ya..hari ni aku bercuti, sbb bawa Zulfadhli Check Up SETAHUN. Hadiah di hari jadi adalah SUNTIKAN SETAHUN…hehehehe

  • Share/Bookmark

Cutest Baby Contest by My Little Diva Boutique

Friday, February 19th, 2010

Sedang asyik berblog walking…tetiba terjumpa la pulak peraduan yg amat senang ni..hehehe nak la mencuba…

Sempena pembukaan rasmi My Little Diva Boutique yg dh mula mendapat sambutan ini..tuan umah telah menganjurkan Cutest Baby Contest!!

Syarat2nya.. sgtlah mudah:
1. Be a MyLittleDiva Boutique Follower <done!>
2.Place official banner for this contest kt side bar anda <done!>
3.Buat entry pasal contest ini beserta pic baby comel anda, berapa byk pic u all nk upload pun ikut suka la, berapa panjang story pasal keletah baby u all pun up to u, setelah selesai sila tinggalkan link kepada ruang komen di bwh entry ni. <done!>
4.Pic tu tk kisah ape jenis pun, edit ke tak ke, tk kisah.. photo shoot kt studio pun tk kisah. Byk mana korg nk wat dlm entry korg pun tk kisah. <done!>
5.Penyertaan terbuka kepada newborn baby till 2thn sahaja. <done!>
6.Contest bermula sbln dr skrg, so ibu2,bapak2 cepatlah start membuat photo shoot utk anak anda skrg… <done!>
7.Jgn menipu guna gambo anak org lain mengaku anak korg. I will check whole blog korg make sure tu betul2 anak korg. Kalau diragui, aku mintak pengesahan surat beranak. <done!>
8.I will choose the winner myself. Base on the cutest!! Okay!! Selamat Berjaya to all!!!
9. War2kan pd member2 also k… <done!>

So…dengan ini aku sertakan entry untuk peraduan ini.

Smile

Nama : Muhammad Zulfadhli b Mohd Zaire

D.O.B : 25.02.2009 – 1 tahun

Anak yang amat senang di jaga kerana masih menyusu badan sepenuhnya walaupun sudah hampir 1 tahun usianya yg bakal menjelma pada 25.02.2010 ini. Sangat comel dan cute sehingga di buli oleh abang2 nya dan ibunya sekali. Ibu harap, anak ibu ini akan menjadi anak yang berguna, berjaya dan di sayangi ramai.

Hadiah : RM100.00 voucher dr MyLittleDiva Boutique!!!
Shoppingler baju utk sicomel tu puas2!!! Gud Luck You All!!! —> Bak kata penganjur….hehehe

Contest end 1st April 2010.

And winner will be announce 1week after!!!

So pada sesiapa yang nak masuk contest nie…meh meh joint…

sila layari : MyLittle Diva Boutique Cutest Baby Contest untuk keterangan lanjut!

  • Share/Bookmark

Menangi Sambutan Hari Jadi

Monday, February 8th, 2010

Wah….bestnya…

Drypers wee wee dry  menganjurkan perduan yang perlu di rebut oleh para ibu bapa kat luar tu…

sapa yang memakai kan anakya lampin Drypers wajib masuk ni…

Hadiah pun amat luamayan ko……….

Kami amat menghargai sokongan anda selama ini, justeru kami membuat keputusan untuk menganjurkan 100 Parti Hari Jadi untuk anda!

Dari sekarang hingga 15 Nov 2010, hantarkan seberapa banyak gambar si manja comel anda memakai Drypers Wee Wee DRY dan anda berpeluang memenangi Parti Hari Jadi untuk jemputan 30 orang yang hendaklah diraikan pada tahun 2010 di KFC terdekat anda.

Segalanya akan diatur rapi – termasuk kad jemputan, perhiasan, makanan lazat sehingga menjilat jari, permainan dan juga beg hadiah – kerana andalah yang menjadikan kami jenama lampin bayi No.1 di Malaysia.

Untuk pertanyaan, sila hubungi agensi terpilih kami di 03-5635 1391 (Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang, kecuali hari cuti umum) atau Talian Khidmat Pelanggan Drypers di 1-800-88-9988

1. Tangkap gambar si manja comel anda yang memakai lampin Drypers Wee Wee DRY.

2. Hantarkan gambarnya kepada kami melalui cara-cara berikut:

a) MMS :

1. Ambil gambar,
2. sertakan maklumat dengan format berikut: Drypers <,> nama penuh ibu atau bapa <,> No. KP ibu atau bapa <,> nama penuh anak <,> No. MyKid anak
3. hantarkan ke 016-3399950.

b) Pos :

1. Ambil gambar,
2. sertakan maklumat berikut: Nama penuh ibu atau bapa,No. KP ibu atau bapa, nama penuh anak & No. MyKid anak.
3. Hantarkan ke Alamat di bawah:

Peraduan “Snap, Send & Win” Drypers Wee Wee DRY,
Peti Surat 3030,
47509 Subang Jaya,
Selangor.

3. Kami akan menelefon anda jika anda memenangi Parti Hari Jadi!

Wah…sonokla kalu pakai Drypers… tp anak aku pakai Huggies..huhu..  x der chance la nak masuk..

tp apa salahnya sebarkan kebaikan bersama untuk mereka yang ingin menyertai nya..hehehe

Pada yang pemakai lampin Drypers nie..wajib masuk..untung seh.. nanti dh menang, jgn lupa jemput aku yek.. leh gak hadiri parti hari jadi tu..hehehe

Good luck!

  • Share/Bookmark

Anda kagum dgn diri sendiri? Tunjukkan…

Saturday, January 23rd, 2010

zul

zul

zul

zul

Ibu…muker Zulfadhli masuk blog la…

Terima kasih la pada sumer uncle2 ngan auntie2 kat luar sana, sbb sudi jengah blog Ibu Zul dan terima kasih juga sbb sudi tgk gambar Zul tgh tersengih… :)

  • Share/Bookmark

Bila azan berkumandang

Tuesday, December 22nd, 2009

Secara kebetulan sdg aku membaca surat khabar, anak aku Zulfadli duk mengadap TV, jam pun hampir pukul 7 malam.. dalam beberapa minit waktu mahgrib akan tiba..

Aku selalu bukak TV9 kalu nak dengar azan, sbb TV 9 kebanyakanya yg melaungkan azan akan berubah2 org..

img

Kali ni Allahyarham Ustaz Asri yg melaungkan.. mendayu jer aku dengar sore dia… Mesti isteri dia lagi sedih sbb suare suaminya diperdengarkan oleh seluruh rakyat malaysia..

Semoga jasadnya bersemadi dengan penuh keamana (eemm…betul ker aku tulih nie?? huhuhu) – Al -Fatihah

img

Si kecik ni pun leka jugak mendengar laungan azan. Yer..seperti yang kita ketahui, anak yg baru lahir telah di perdengarkan laungan azan seperti bapa2 kita buat pada kita semasa lahir..

Kelebihan kita mengazankan bayi ketika baru di lahirkan ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini.

Sabda Rasulullah saw: “Siapa yang diberikan bayi kemudian diadzankan di telinga kanan dan mengiqomatkan di telinga kiri maka tidak akan terkena bahaya gangguan setan.”

img

Jadi aku x kisah kalu anak2 bukak TV untuk mendengar azan. Kekadang saja aku kuatkan volume TV tu untuk anak aku menghayati bait2 azan itu..

Emm… tetiba masuk dalam bab agama lak aku nie..hehehe.. dh mcm ceramah lak.. maaf yek kalu ada yg tersentuh dengan artikel aku ni..

Aku bukan nya alim sangat nak membicarakan soal agama..tetapi secara kebetulan sahja.. harap jgn salah faham yek.

  • Share/Bookmark

Bila mak su yang menjaga

Sunday, December 20th, 2009

Ini lah jadinya bila ku serahkan mak sunya menjaga ke tiga2 anak aku..

hahaha…habis.. sumer pakat duk satu tempat…

anak

anak

anak

anak

suker tul aku nengok si kecik nie…

alahai…bila la nak tumbuh rambut yek Zulfadhli..hehehe :)

  • Share/Bookmark

Zulfadhli – 9 bulan

Wednesday, November 25th, 2009

Yer hari nie 25.11.2009 genapla umur Zulfadhli 9 bulan.. sekejap jer kan.. dh besar dah anak bongu aku nie err….bongsu ker?? kehkehkeh… :)

Still lagi menyusu badan… dan skrg kuat meragam…asyik nak berkelek jer.. sebaik ada mak su nya.. leh gak tolong jagakan.. kalu nak harap my IR.. kejap2 kang pass kat aku gak.. hahahaha :)

zul

Semoga anak aku semakin sihat dan montel…. sekarang dh pandai panjat tangga, selongkar beg.. kutip barang mainan…

Dan sekarang mulut x habis2 bercakap entah apa2 ntah… bising jer…tp sonok tgk reaksi wajah dia kalu bercakap2 tu….

zul

Oh…cepat sungguh anak ibu dah besar… nanti dah besar jangan nakal2 yek… harap aku dapat menyusukan Zulfadhli setakat yang mampu.. kalu dapat 2 tahun sepenuhnya.. aku amat bersyukur…… :D

  • Share/Bookmark

Bertambah lagi anak buah ku!

Tuesday, November 24th, 2009

baby

Pada 23.11.2009 lahirkan seorang bayi perempuan di HUKM oleh kakak ipar ku. Anak yang ke tiga selepas kelahiran pada tahun 2004.

baby

Sebelum nie abang sulung aku mempunyai 2 orang anak perempuan, Diana dan Qaisara. Rezeki kali nie perempuan juga. x perla, x der rezeki nak dapat lelaki. emm… mcm mana la pulak aku yek nanti kalu aku ngandung anak ke 4..dapatkah anak perempuan?? :)

K..k…lupakan kisah aku nak mengandung yek.. lambat lagi tau..

baby

Baby comel ni di lahirkan di HUKM secara normal. Beratnya hanya 2.80kg sahaja…kecik kan… comel jer ….

Tadi petang aku singgah umah mak aku kat PI g jenguk kakak ipar aku. Dia dah balik dr HUKM, jadi better g umah mak aku kan..dpt makan. lama x makan masakan mak aku.. hehehehe

baby

Sekarang Qaisara x leh panggil kakak lagi, kene panggil Kak Ngah @ kakak Qaisara.. aku lupa la pulak apa nama anak buah aku nie…

Dengan kelahiran kali ini maka genaplah 12 orang cucu mak aku… Tahun depan kakak aku lak akan beersalin untuk anak yang ke – 6… bertambah lagi….hehehe..

ishk..ishk..dh nak masuk 6 org dah kau kak Ida.. hehe..sebaik aku ada gak yang bedah… kalu tidak, semendang jer ngandung salin, ngandung salin.. ishk..ishk..ishkk… :)

baby

Ohw….itu bukan ibunya yek.. kalu aku yang bersalin confrim korang lebih awal dah tahu kan?? …itu adalah mak teh nya yang comel lagi cun yek…hehehe :)

Selamat berpantang la pada kakak ipar ku… :love:

  • Share/Bookmark

Berusaha di tangga membuah kejayaan

Tuesday, November 17th, 2009

Erkk..aku malas nak wat entry pepanjang..

korang tgk gambar, korang nilaila sendiri yek … :)

Ditanggalah segala usaha tercapai!

usaha

usaha

usaha

usaha

usaha

usaha

usaha

Akhirnya, sampai jua ke menara tangga…

sebaik ada palang.. kalu tidak mau kat tingkat atas aku rasa…… :)

  • Share/Bookmark