Feb
26th

Salam Maulidur Rasul 1431H

Salam Maulidur Rasul 1431H kepada sumer pembaca dan kengkawan sumijelly.com

Selamat berhujung minggu yek…. hari ni hari jumaat…seok sabtu kendian ahad..

senin kerja la balik yek..hehehehe,……….

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
25th

Setahun sudah anak ku!

img

Hari ni 25.02.2010 genap la usia Zulfadhli SETAHUN!

Yer..sudah setahun rupanya… cepat sungguh masa berlalu.. sudah membesar si kecik ini yek..

img

Gamba rini ketikaberusia 9 hari.. masa ni aku dh pulan g ke rumah.. my IR yang mandi kan dia.. aku tukang jirus jer..hehehe

Ingat lagi aku ketika ia di lahirkan.. kecil jer… comel jer. dan masih kemerah-merahan lagi..

Oh ya..anak aku di lahirkan secara pemedahan, sbb di asongsang dalam kandungan.. kiranya 25.02.2009 tu, aku dtg ke Hospital Kajang menyerah diri la..hehehe

img

Gambar ni pula ketika berusia 2 bulan 14 hari..

Masa nie dia dh celik dn mula lasak… comel jer bila di bedung..tp sekejap jer..pas tu meronta2 nak bebaskan tangan..hehehe

sebaik aku menyambung cuti lagi 30 hari kerana nak bersama lebih lama ngan Zulfadhli..hehehe

img

Gambar ni ketika berusia 11 bulan…

tgk..tgk..cepatkan dia membesar.. x sangka betul..

geram aku nengok gelagat nya.. dan alhamdulilah..sehingga sekarang.. masih lagi menyusu badan.. aku harap dapat teruskan penyusuan untuk anak aku nie..

img

Semoga anak aku akan membesar…membesar dan memebsesar serta menjadi anak yang dapat membantu ibu dan ayahnya ketika dewasa kelak.

Semoga menjadi anak yang berguna dan di sayangi oleh semua org…

Ibu sentiasa mendoakan yan gterbaik untuk anak2 ibu… semoga ceria dan sihat selalu serta di panjang kan usia wahai anak aku..

img

Selamat Hari Jadi Zulfadhli yang Pertama!

p/s : Oh ya..hari ni aku bercuti, sbb bawa Zulfadhli Check Up SETAHUN. Hadiah di hari jadi adalah SUNTIKAN SETAHUN…hehehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
14th

Happy Chinese New Year 2010

Yer.. di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kengkawan aku yang menyambutnya.

Tahun ini adalah tahun HARIMAU

Harimau ialah bintang haiwan yang ketiga dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang harimau dilambangkan oleh dahan duniawi.

CNY

Tahun-tahun dan Lima Unsur

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada “Tahun Harimau,” serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

  • 8 Februari 1902 – 28 Januari 1903: Harimau Air
  • 26 Januari 1914 – 13 Februari 1915: Harimau Kayu
  • 13 Februari 1926 – 1 Februari 1927: Harimau Api
  • 31 Januari 1938 – 18 Februari 1939: Harimau Tanah
  • 17 Februari 1950 – 5 Februari 1951: Harimau Logam
  • 5 Februari 1962 – 24 Januari 1963: Harimau Air
  • 23 Januari 1974 – 10 Februari 1975: Harimau Kayu
  • 9 Februari 1986 – 28 Januari 1987: Harimau Api
  • 28 Januari 1998 – 15 Februari 1999: Harimau Tanah
  • 15 Februari 2010 – 3 Februari 2011: Harimau Logam
  • 2022 – 2023: Harimau Air

Siapa yang melahirkan anak pada tahun ini , di kategori HARIMAU LOGAM. hehehe…

Cuti selama 3 hari ni akan terasa panjang… maka manfaat kan la cuti dengan sebaiknya… aku juga sudah lama x dpt limau sekotak..dulu masa kerja tempat lama dpt berkotak2.. hehehe

apa2 pun semoga sumer bergembira di hari cuti yg panjang ini.. pada yang berjalan jauh.. utamakan keselamatan.. pada yang lain, selamat bercuti yek…..!!

SELAMAT TAHU BARU CINA!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
14th

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-6

Ulang tahun perkahwinan merupakan ulang tahun yang jatuh pada hari bulan berlakunya perkahwinan yang disambut setiap tahun kecuali mereka yang berkahwin pada 29 Februari. Orang yang berkahwin menganggap hari tersebut penting dengan cara yang tersendiri

img

Yer..seperti jugak aku…hari ini, 14 Februari 2010 genapla usia perkahwinan aku ngan my IR yang berusia 6 tahun. Yer..hampir sama dengan usia si Danial yang akan meninjak 6 tahun pada ujung tahun ini.

Ingat lagi waktu aku di nikahkan oleh ayah ku… Kemudian, aku di sandingkan bersama untuk meraikan perkahwinan kami.. ramai juga yang hadir masa tu… terima kasih semua kerana sudi memeriahkan majlis aku…..

anak

Kemudian pada 15.12.2004 lahirlah anak pertama kami yang di beri nama Muhammad Danial seterusnya pada 28.01.2007 lahirlah anak kedua kami yang di beri nama Muhammad Iskandar dan yang terkini pada 25.02.2009 lahirlah anak ketiga kami yang di beri nama Muhamad Zulfadhli…

img

X sangka sungguh aku…dah 3 orang permata rupanya….semoga anak2 inilah pemyambung ikatan kami bersama…sehingga ahkir hayat…

Aku x mahu apa2 pun dari suami ku…hanya kasih sayang, dan tanggungjawab lagi penting dari kebendaan (tp..kalu nak bagi apa salahnya kan??kan??muahahah)

img

Semoga perkahwinan kami akan kekal selamanya, hanya mati dan maut sahaja pemisah antara kami… terima kasih kepada kengkawan yang x putus mendoakan kesejahteraan keluarga kami.. hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya…

emmm…walaupun lirik lagu nie ada menyimpang lari sikit…tp sekadar hiburan semata..meh kita menghayati lirik lagu Imran Ajmain ni hehehe

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Selamat ulangtahun sayang……………….

pssstt……….aku x sambut VALENTINE day yek..tp sambut ULANGTAHUN PERKAHWINAN tau… nak wat cam ner..dh jatuh pada hari yang sama..heheheh.. beruntung aku.. lagi rasa romantik la pulak..hahaha

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
8th

Sambutan yang sederhana sahaja

Lupa nak update… kan 28 Januari yang lepas..

Anak ke -2  ku menyambut ulang tahun kelahiran ke 3…

IMG

Jadi tahun ni aku menyambut dengan penuh kesederhanaan…

aku biasa buat makan2 untuk sambutan pertama sahaja..bila ke 2 ,3 dan seterusnya..hanya kami berlima sahaja…

IMG

Sebenarnya apa yang penting bagi anak2 adalah mengembirakan hatinya..

mereka bukan kisah benda lain…

yg mereka tahu..KEK dan LILIN…tu aja..

ada kek..ada lilin cukupla..janjji dapat tiup.. walaupun kek yg aku beli x mahal..

janjji aku tetap ingat anak aku pada hari kelahiran nya..

IMG

Aku just beli bakso jer…hehe..dh hari tu ada pasar malam..

beli jerla kan..wat pe beli benda x makan kan?? hehehe

IMG

Apa2 pun… selamat panjang umur Muhammad Iskandar…

Semoga menjadi anak yang soleh dan taat pada ibu dan ayah..

semoga dikau membesar bagai johan..hehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
28th

Selamat Hari Jadi Iskandar yang ke 3!

img

Yer…sedar x sedar… dh 3 tahun rupanya anak aku yang ke dua ni. X sangka tul….

Cepat tul anak ibu membesar….

img

(Gambar ketika berumur 3.5 bulan…)

Dia aja la yang ku lahirkan secara normal. Terasa juga aku nikmat allah ketika melahirkan Iskandar… Syukur..

Walaupun sakit, tp alhamdulilah..selamat juga.. dengan berat nya 3.54kg.. anak yang berat di kalangan adik beradiknya..hehehe (penat tu ko aku push..push…hahah)

Iskandar 3 tahun

Semoga anak ibu cepat membersar dan menjadi anak yang berjaya dan membanggakan ibu dan ayah yek..

Bila la nak cakap betul2 ni…kekadang ibu paham..kekadang x paham..hahahaha… (sekali cakap jerman daaa………..)

Selamat membesar Muhammad Iskandar.. Ibu sayang Iskandar…

img

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
13th

Berita kematian : Pengasuh lama ku meninggal dunia

Assalamualaikum sumer….

Semalam aku mendapat khabar berita yang mat mengejutkan…

memang seperti tidak percaya khabar yg kawan aku sampaikan melalui telefon..sebaik aku berjaya menghubungi Mimi untuk kepastian.

img

yup…betull…tengahari semalam…perginya ibu tercinta kawan baik ku Mimi Norzaini @Mek ke rahmatullah kerana jatuh dan sesak nafas.

Mak Mimi ni dulunya pengasuh anak aku Danial dahulu. Ingat lagi aku, mak dia la org pertama yg aku hubungi untuk menjaga Danial.

Rasa cepat masa berlalu,walaupun mak dia x menjaga lagi Danial sebb masa tu aku sudah berpindah tempat kerja di Putrajya..hubungan aku tetap erat…

Aku dh anggap dia macam mak aku dan nenek kepada anak aku….

img

Aku x sangaka…cepat sungguh dia pergi menyahut panggilan ilahi..

Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah masa  hari raya,di mana SATU family datang ke rumah aku kat bangi.

Itu lah kali pertama dan terakhir dia sampai kerumah aku….

(dalam keadaan sebak aku cuba juga menaip)

img

Lepas nie, x tahu lah aku…sama ada lepas ini aku sanggup lagi pergi bertandang ke rumah dia  atau tidak lagi??

Mampu kah aku??

Pasti aku akan merindui suara nya…

dulu aku juga rajin menelefon arwah bertanya khabar dan berborak kosong…..

img

Kalau anak2 dia x mampu menahan sebak di dada…

apatah lagi aku,apabila mengingati kenangan bersama arwah….

Pasti bercucuran air mata ku….=(

img

Aku harap…anak2 serta suaminya tabah menghadapi dugaan ini..

Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh…

Aku tak semparnak menatapwajah arwah…kerana ahli keluarganya mahukan segera pengembumian di lakukan. Arwah di semadikan di Kg Cheras Baru, chera.

img 

Kepada Mimi :

Aku ucapkan TAKZIAH di atas kehilangan ibu tercinta..

Setiap yang hidup pasti akan pergi jua, tabahkan hati dan redha dengan pemergian nya..

Al-fatihah

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
9th

Flea Market Carboot Sale

Pernah dengar PASAR TEBUKA @ FLA MARKET CARBOOT SALE? Ha..jangan korang x tahu… tahun lepas (mcm la dh bertahun yek..hehehe) aku pernah berniaga kat FLEA MARKET nie tau.

Tapi aku x pernah nak war2kan sangat…sbb aku bukan meniaga besar2 an pun. Sekadar CLOTH DIAPER (CD) dan Kerongsang aja.

PT

Sekarang nie Flea Market dah beroperasi Sabtu dan Ahad lak. Dulu sabtu jer.

Jadi mari ramai2 pergi ker Flea Market……..

Kalu nak datang, datang la..tp tuk makluman..walaupun kat Banner tulih samapi kul 2 pagi..tp sebenarnya sampai 11.30 malam jer…

Mereka belum berkuatkuasakan lagi tuk kul 2 pg tu yek…

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.pasarterbuka.com untuk lebih detail.

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
31st

Jangan noktahkan hari ini

HNY

Yer… hari ini adalah hari terakhir di bulan Disember, dan terakhir di Tahun 2009. Esok adalah hari baru, tahun baru, dan segalanya baru…

Semoga.. tahun 2009 memberi seribu satu kenangan untuk kita..

Semoga juga Tahun 2009 memberi bermacam pengajaran dan pelajaran untuk kita jua..

Aku juga belajar sesuatu dari berblogging, di mana di dunia blog juga aku mendapat kawan.

Terima kasih kepada kengkawan aku di luar cyber dan di alam nyata.. semoga tahun  2009 memberi segala kenangan dan Selamat datang Tahun 2010 dalam hidup kita..

Esok bermulanya buku baru bagi Tahun 2010… jangan berhenti menulis yek kengkawan… :) sumi sedia membacanya…….

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
25th

Selamat Hari Natal!

Selamat Hari Natal untuk semua penganut KRISTIAN di dunia.

Di kesempatan ini sumi ingin mengucapak SELAMAT HARI NATAL. Semoga ceria selalu..

Pada yang bercuti, selamat beristirehat di hujung minggu,,,

Wah seronokkan… 3 minggu berturut2 kita cuti selama 3 hari..hehehe.. bestkan kalu berterusan begini..hahahahaha :)

pokok

Blog Widget by LinkWithin
  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes