• Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >
Dec
1st

Tumbangnya seekor lembu

Ye…hari Jumaat yang lepas, aku beraya kat Melaka…hehehe..beraya ker?? bukan …aku telah balik kampung…emm…kerana mengorbankan lembu sempena Hari Raya Aidiladha 1430H ini.

My Ir telah membeli 1 ekor lembu dan telah meletakan 7 orang penama termasuk ibu, ayah dan adik lelakinya. Rezeki Ir aku lebih, dia buat sekali tuk parents nya… Sempena Hari Jadi my MIL gak la lebeh kurang.. x bagi hadiah, korban lembu amat berhaga jugak kan? :)

korban

Pulang la aku anak beranak ke Melaka..

Kalu korang pasan, anak2 aku ulang2 baju tu jer kan?? hahaha.. aku memang jenis x membeli baju banyak2 yek.. maka baju tu jerla korang tgk ulang2.. termasuk gak baju aku suami isteri…hehehe :)

korban

Ini adalah kali ke 2- dua beradik ni tgk lembu di sembelih… masa pertama kali kat Pandan Indah.. emm..masa tu si Iskandar baru jer 7-8 bulan kot..aku pun dah lupa.. Mak aku wat Korban masa tu, tahun 2007 la..

Masa 1st time tgk…dia x teruja..maklumla x faham lagi apa itu korban.. bila kali initgk, dia nampak teruja sikit.. melihat lembu di tambak, di sembelih dan di lapah..

Si Iskandar akan ikut segala perbuatan abang dia.. kalu abang dia kat itu, dia pun itu, abang dia kat ini dia pun ini.. kesudahannya, dia x faham lagi la apa itu KORBAN..hahaha

korban

Ni la lembu yang akan di korbankan…

Kalu lembu tu nak di korbankan kita x leh cakap “kesian lembu tu” sebab kita akan sembelih dan makan daging nya..

Jadi kita mesti kata…”nyum…nyum…sedap sungguh lembu itu..” hehehe…  suker2 jer aku tukar ayat kan?? hehehe

korban

Masa nak tumbangkan lembu nie.. mak aih.. ramai sungguh yg membantu..

Kuat juga tenaga seekor lembu yek..habis berbirat tangan org yg memegang tali tu…

eh…tetiba lak lupa nama tali tu.. apa yek kita sebut tali tu.. x kan nak sebut tali guni kot?? huhuhu

korban

Yer..akhirnya..TUMBANG jua seekor lembu yg kuat menyembah bumi.. dah nak kene korban, kene la tumbang..kalau x susah la tukang sembelih nak menyembelih..

Tu pun sorang pegang tali kaki, tali mulut, tali kepala.. ishk..ishk..banyak tul tali yek nak guna…

korban

Yer..secara LIVE aku nengok lembu di sembelih setelah 2 tahun x melihat… emm… melimpah luar darah lembu tu..

memancut2 kan?? anak aku pun tengok…biar dia x takut darah… sok besau turn dia lak nak pegang lembu tu nanti…huhuh

korban

Pas dah tumbang.. acara melapah pulak..

ramai yg turun padang. membantu melapah..kebanyakan pak sedara my IR la..

Dah kampung IR aku..pak2 sedara dia la tolong kan.. aku?? tolong menyibuk membawa camera ke hulur hilir…

korban

My Ir bantu la sikit.. tp kejap jer.. maklum la org bandar mana leh pegang pisau lelama.. :)

pegang pen sign cek leh la…hahahaha

last sekali FIL aku nagn BIL aku yg sambung kerja my IR aku… beriya jer my IR.. tapi kekejapan jer…

Bila tengok lembu di tumbang, di sembelih dan di lapah.. terasa kemeriahan hari raya aidiladha.. walaupun x semeriah seperti memasak beramai2.. tapi sekurang2 nya.. pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap Allah s.w.t dengan menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selamat makan daging korban yek!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Nov
27th

Selamat Hari Raya AidilAdha 1430H

Hari ini Umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha 1430H di Seluruh Dunia… dan di kesempatan ni, Sumijelly sekelurga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji.

Tahun ni aku sekelurga beraya di Melaka, kerana my IR telah mengorbankan 1 ekor lembu untuk aku anak beranak. Jadi ke Melaka la kami sekelurga..

Lama gak aku x tengok lembu kene sembelih.. yg selelu aku nampak, daging lembu kene lapah jer.. :)

Jadi pada yang menyambut di luar KL seperti tempat2 yg dibanjir aku, berhati2 semasa memandu. Pada yang beraya di KL, suasana mungkin berbeza tp kalu ada yang wat Qurban meriahla sikit. Sekurang2nya, ada acara sembelih lembu..

Raya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijah 1430H)

img

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Nov
26th

Definisi Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Di petik dari Wikipedia

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
16th

Jamuan Raya Bahagian

wah…hari nie ada jamuan raya..bahagian aku wat pulak..

hehehe…maka aku dengna ini nak bagi tahu la..

aku ngan sibuk makan..makan.. entry akan ku update kendian yek..

bye…nak g makan nie..huhuhuhu

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
13th

Rumah Terbuka 1430H Kementerian Pelancongan

jamuan

adess…ngantuknya mataku…baru pas balik dari rumah terbuka KPL…
nak citer lebey2 pun malas… mata dah kuyu ko..sok..sok la aku wat entry nya…

oh mata..jangan la dikau lelap…lepas kenyang, mata sudah kuyu..fuh..fuh… aku tengah menahan mata dari lelap nie…

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
5th

Kenny Rogers with Lily & Tulip

Kenny rogers?? wah….sonoknya bunyi.. lama gak x makan ko. kalu nak makan g pun mahal la.. kene tunggu gaji ko. hahaha.. nak makan pun tunggu gaji ker.. teruk tul aku nie kan..

hari jumaat lepas aku ada date ngan Lilo dan Tulip.. ni kawan cyber alam aku yek.. kita org kenal melalui Group MH. Pernah dengar MH atau x pernah?? x pernah dgr, duk dendiam..baca jer entry aku yek..kui..kui..kui…

kr

inilah si bunga Tulip. Wah..sekarang dh insaf sikit..jahat lagi aku nie kan.. dulu free hair… skrg dh bertudung litup. Ayu jelita cikit kawan aku nie.. tunggu seru duk panggil nak berdua jer.. cepat lip..jangan tunggu lelama tau..hehehehe

aku pun dh lupa (maklumla dh tua) dia bertudung.. lama x jumpa..hahaha.. lama ker Lip, sebelum raya kan kita last jumpa.. tu pun htr gelang tangan kat aku.. Aiyok..citer pasal gelang, lupa lak nak bawa lagi.. hehehe..sorry lupa lagi la lip…

kr

ini pulah si bunga Lily.. opss…maaf yek.. sudah berpunya. Baru jer mengikat tali pertunangan bersama jejaka idaman melaya… hahaha

Bulan November nie bernikah sanding la yek.. pak pong..pak pong.. ramai lak kawan2 aku kawen tahun nie.. pass kawen, mengandung, pas tu bersalin.. mcm aku nie.. tup tap tup tap..dh 3 org..hehehe.. x per.. x per.. rezeki tu…

Insya allah, nanti aku g Penang aku singgah yek Ly… kene tnya my IR dulu la yek..

(more…)

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
2nd

Bersiar-siar di The Mines

Wah…raya ke-6 dh bersiar-siar kat The Mines yek…

hahaha….. ko hingat sesaja ker kuar… aku nak g umah Tun Dr Mahathir yek.. haaa….baru korang tau…

sat-sat lagi kuar la entry tu…sebelum tu..meh layan aku kat The Mines jap..

raya

hehehe…. selalu aku duk snap gmbr org jer… kan senang nak dpt gmbr sendiri… ni baru pas mentedarah kat food court The Mines..

makan nasi kat situ aku amabik ikan keli, sayur ngan tauhu kene RM7.50…chait..mahal nak mampus.. tau aku makan KFC lagi best..huhuhu

raya

ishk…dak Danial nie..duk peace..peace…. x habis habis…

(more…)

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
1st

Chin, Watie & Suna

Wah….kemain sibuk aku hari raya ke – 5 hr tu… Kan memula Mak Cik IR aku dtg, kendian aku dpt msg dr member lama aku lak nak dtg. Maslina aka Chin. Ni kawan semasa aku ker ja kat Isetan. Punya lama giler kami berkawan.11 tahun ko0 Yang datang hr tu Chin with Fiancee (oh..ko dh nak kawen br dtg cari aku yek!), Watie & anak2 (dtg sensorang jer, Ah Chong kerja), Suna & Family, dan kawan Watie (lupa lak namanya)

Sebenarnya Chin and the gend dtg nie bersebab. Kalu x bersebab susah ler nak dtg…hahahaha.. Chin! Ko nak kawen dh?? hahaha.. kawen gak kawan aku nie. Bercinta kemain lama ko ngan tunang dia… akhirnya sampai gak seru ko yek. Aku ni dah masuk anak 3 dh baru ko kawen.. Suna pun dah nak masuk anak ke 3.. skrg nie ngah sarat mengandung. Watie pula anak dah 2… alahai kengkawan aku nie… produktive sungguh yek..

img

Masa derang nak dtg nie, aku tgh sediakan makan malam. Ko nak tahu aku makan apa?? ha…aku makan SARDIN aja.. lama ko x pekena sardin (tu pun adik aku yg masak…hahaha) Di sebabkan dah x der lauk lain, derang makan la lauk siang tadi, sup ayam, mee goreng ngan rendang yg tinggal cikit tu.

img

perrrgggghhh…..lapor ko.. dh malam.. mau x lapar. habis licin sardin aku korang habiskan.. pedas..pedas..tp mulut x reti2 nak henti kunyah lauk aku tu.. sampai aku nyer lauk pun dh x der… x perla..dah rezeki korang walaupun sardin… habis gak yek.. hahahaha

(more…)

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
1st

Sampai jugak akhirnya

Hari ni hari ke berapa Syawal dah?? Hari ke 12 Syawal.. ishk..ishk.. masih dalam mood ray aker?? hehehe… mesti la mood raya lagi, kalu tidak x kan entry aku penuh ngan entry hari raya kan?? k.. kali ni nak citer pasal Mak Cik IR aku dari Penang. Sejak aku pindah umah baru, ramai yang lom pernah datang termasuk mak cik IR aku nie. Ini Mak Uda kami panggil, kalu g Penang, sure g umah dia. Masa IR aku duk belajar kat USM, dia la selalu tengok2 kan IR aku kat sana. kiranay terhutang budi la nie. Jasa org2 tua x patut di lupakan… heheheh.

So hari jumaat hari raya ke 5, Mak Uda datang menyerang.. hehehe.. serang ker?? serang umah aku la. My MIL datang sekali, masak2 sikit. aku sehari sebelum tu dh buat rendang ayam. chewah aku nie, sejak tau maska rendang, semendang rennndang jer.. x muak ker?? hehehe… Raya maa.. rendang sure ada kan.

My MIL masak ringkas jer, sup ayam , mee goreng dn rebus nasi himpit aja. kan ramai yg datang sekeluarga jer, 6 org.. Mak Uda singgah umah aku sebab dia memang kene turun ke Shah Alam, Hantar anak dara dia kat Shah Alam still sambung belajar. la nie buat Ijazah lak.

img

Tu dia, sampai jer, aku suh makan… dha kul 12.00 tgh hari.. masa makan. Sure lapor..

(more…)

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
1st

Jem!Jem!Jem..!

Jem?? hahaha…bukan makanan yek..tapi TRAFFIC JEM yek..bila masa lak jem yek?? emm…hari raya ke-2 masa tu aku baru balik dari MELAKA..

aku kekejapan jer kat MELAKA tu.. kul 12.00 tgh hari gerak, itu pun lepas aku g Klinik. Dalam kul 6.00 ptg gak balik.. motif?? x tido citu, pasal anak aku x sihat then…aku x bawa baju lebih.. muahahaha……

IMG

So, ont he way nak balik KL, jalan memang sangat JEM sekali. aku kat kusi belakang beberapa kali tersenguk..sengukk dan beberapa kali aku jaga bangun dr tido yang x berapa lena…

my IR duk memandu dengan penuh berhati-hati.. walaupun JEM teruk.. dia tetap memandu… tapi kami ikut jalan lama.. kalu ikut higway PLUS.. mau kejang kaki my IR wei…

IMG

Zulfadhli ngan Danial duk membungkang tido ko.. dah x sedar dah.. memasing keletihan.. Siang beraya, malam menidurkan diri…

IMG

ini BOSS besar pun dah tidor,kalu dia jaga, mau gaduh jer ngan aku … sejak aku kene duk belakang, dia jer yg nak concer kusi depan. sampai kan aku nak duk depan dia halau aku duk belakang….

tunggula ko Iskandar, Zulfahdli dah besau, ko gaduh lak ngan adik ko.. Ibu x tahu…hahahahaha…. sungguh teruk aku nie kan..??

IMG

so.. aku..dari tido, dh jaga.. x sampai-sampai lagi umah.. aku apa lagi.. bergaya, berposing bersama anak2 akuk yag duk lena tido…

Peace!! berhati-hati di jalan raya.. walaupun dimana anda berada…

Pesanan iklhas dari Sumijelly.com.. hehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes