Mar
13th

Sukarnya Memahami Seorang Lelaki

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma,ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja
memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka.Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya,buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1.Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2.Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3.Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, `Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4.Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5.Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya,tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki,ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti,lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu,cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6.Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya) .Tetapi,apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu.Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal,tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu,melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7.Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya,majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan,lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar.Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun,pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun,mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak.Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu.Lelaki hendak juga menjadi romantik,tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9.Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel.Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami).Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10.Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis.Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Susunan ROSMAWATI MION
www.wanita2u. com

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
2nd

Ke Mid Valley menebus hadiah

Ini kisah kami sekelurga pergi berjalan2 ke Mid Valley sempena Tahun Baru Cina yang lepas……

APA??? yang lepas………. ishk..teruk tul sumijelly.. br nak update……hahahaha…

Mak cik terlupa la..hahahahaha

img

“Pepagi.. ibu saya telah membawa saya keluar… kami singgah sebentar di Mc D untuk makan Aiskrim”

iyer…pagi2 aku dh terjah Mid Valley…kedai baru nak beroperasi.. maka.. Mc D la aku singgah dulu..

dh lalu citu… kene la berhenti jap..

img

Bukan makan Mc Value Lunch.. tp makan Aiskrim yg berharga RM1.15 sahaja…

pepagi lak tu..hahahahaa….. nasib la..sapa suh bukak awal2 pagi kan??

img

sebenarnya nak membeli belah di TOYS R US…

Masa g Alamanda, derang x terima Voucher tu.. derang kata kene g kedai Utama…

Maka kat Mid Valley la kami berjalan..hehehehe….

img

haaa…..ingat x lagi aku dapat Voucher RM100 masa aku g Family Day Friso with Nuffnang.. Berbekalkan entry aku yang bertajuk Curious kids need to be tough inside.

Rezeki ada..jgn di bazirkan.. maka ke Toys R Us la kami bersantai..hahahaha

img

2 hadiah sahaja yang boleh di beli dgn Voucher RM100 ini..

  • Air Slammers
  • Magnetic Math

img

berdasarkan resit yang aku paparkan itu…

bermakna…aku telah menggunakan sebanyak RM 4.90 sahaja untuk tambahan duit..

hahaha…jimat..jimat… nak beli yg mahal2..duit cam x mencukupi lak..kehkehkeh…

img

Pas dah membeli di Toy R U, aku singgah Food Court kat tingkat 3 … (lupa lak)

Makan sizzling ngan nasi ayam jer… Air siap2 beli kat Jusco Supermarket tu..

kalu beli kat Food Court… mau tekak aku nak FRESH OREN jer..hahaha

img

Sebaik anak aku dh tidur… Nyenyak ko.. mungkin sbb troley best kot..hehehe

aku suker pergi kat Mid Valley nie sbb ada Troley Baby yg boleh di sewa…

Photodat IC dn tinggalkan maklumat diri.. Leh guna troley baby tu sebelum pukul 9.30 mlm..

kalu x pulangkan..nanti derang g report polis atas tuduhan mencuri troley…

at least kete x penuh dgn troley anak aku ni..klau dh pinjam kat Mid Valley…

img

Sempat la bergmbr kat sebelah batu tiruan ni..

aku suh bergambar pun susah tul anak aku ni.

duk belek2 batu tu lak..

Iskandar..pandang sini la!

img

La…geram aku… aku pun g la sana konon nak betulkan gaya Iskandar..

duk mengadap punggung gakkat kamera…

img

Dah la Danial..

last sekali kita jerla bergambar….

tp….tu la..kalu dh my IR yg pegang kamera…

kekiri la..kekanan la..

x chantik tul gmbr aku nengok…hahahaha

img

sebelum penutup cerita…

sibuk Danial nak bergmbr depan pentas nie..

sbb kaler dia chantik..lebih kurang sama ngan baju dia… itu jer alasan dia..hahahaha…

Peace!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
19th

Cikgu ku nenek ku jua

Korang pernah x tahu asal usul korang dr mana??

Pernah tgk balik x salasiah kelurga korang? dr mak pak korang ker? sedara mara ker??

Aku?? mana pernah tahu..kalu mak aku ajak..x pernah aku nak pergi pun ikut hari Keluarga.. hehehe

Tp… aku x sangka la pulak.. dlm FB pun leh jumpa tau sedara mara yg x pernah di kenali… hehehehe…

Korang baca kenyataan di bawah yek :

Img

Yer… aku pun masih kurang percaya…sbb nya kenapa masa aku kahwin aku x pernah jumpa Pn nyonya ni aka Cikgu aku nie?? kenapa?? kenapa??

Aku g la tnya balik mak aku kan..aku tnya betul ke Pn Nyonya tu sedara kita?

“Yerla..dia pernah dtg masa ko kawen la…”

errkk…pernah dtg?? kenapa Cikgu aku x pasan aku?? aku ajak punya la ramai budak Sekolah Menengah tau…

Tp..sebaik la aku tahu pass habis sekolah..klau time sekolah tau… erkk..rasa kekok lak.. kene panggil NENEK ker?? hahahaha

pn nyonya

Inilah Cikgu Sekolah aku masa Sekolah Menengah Perempuan Bandaraya. Dulu dia mengajar aku Pendidikan Jasmani.

Nampak sungguh awet muda..skrg dh mencecah 50 tahun….

Ingat x aku pernah citer Nenek aku (belah ayah aku) meninggal dunia. Nenek aku kakak saudara suami Pn Nyonya nie. Kiranya aku pangkat cucu kepada Pn Nyonya…

Nampaknya kene gak g jumpa Nenek sedara aku ni.. sbb aku pun dh x de nenek lagi kan?? hehehe

Oh..kecil sungguh dunia ini…. baik korang g cari.. mana tau kot2 aku nie adalah saudara sepupu korang ker?? hehehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
18th

My Photo Book sudah siap!

Hai…senang nya dalam hati… kalu dapat hari2 hadiah kan?? hehehehe

Last week aku dapat bungkusan dr City Link… sebelum nak cuti panjang…

img

Wah…tebal ko bungkusan itu…

siap gmbr peace lagi city link tu yek..hehehehe

img

Yer…nampak tu… siap posing lagi ko..hahaha

mcm la hadiah emas aku dpt kan??

img

Yer…. rupanya barang yang aku order melalui internet…

Yer… ingat x anak aku menang dalam peraduan yang di anjurkan MBP tu

img

Yer…dari PHOTO BOOKS

lama giler ko, baru nak redem VOUCHER tu..

siap call bagai.. cian Hanie..asyik kene ganggu dek aku jer..hehehe

img

Yer…aku buat konsep FAMILY BOOK la..

sumer ku kumpulkan gambar2 lama. hingga terkini…

img

Baru aku pasan…

aku tersalah letak TARIKH LAHIR anak aku ni…adess……. my IR yang pasan..

“Danial bukan lahir 15 Disember 2004 ker? kenapa dalam buku tu 14 Disember 2004?”

“errrk……salah ker?? adesss…cam ner leh x pasan?? hahahaha”

x perla… mesti pasal aku dh kelam kabut la nie…hehehe… nanti aku tampal jerla no 15 tu..hehehe

img

Ni wajah2 Iskandar dari lahir hingga sekarang…

kalu aku tgk balik gmbr nie… sumer dh sepesen jer..

baju sama, tilam sama…

img

Kebanyakkan barang2 yang Danial pakai. sumer di pakai balik oleh adik2 nya..

kiranya aku nie cermat sikit la menjaga barang2 mereka..

sbb aku x suker membazir.. nanti2 aku wat entry yek barang yg masih bertahan selama 5 tahun hehehe…

img

wah…korang..kalu sumernya aku tempek gmbr kat sini.. rugi la..

korang g la buat mcm aku nie…aku punya guna kulit majalah… 40 muka surat..

dalam 40 muka surat tu, korang nak letak 10 keping pun boleh..nak letak satu pun boleh.. terpulang… aku punya harga nya RM136.00

meh..meh.. g la PHOTOBOOK punya website…macam2 ada…….hehehee

Aku pun ada wat entry mcm mana nak buat photo book tu… korang leh rujuk SINI

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
14th

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-6

Ulang tahun perkahwinan merupakan ulang tahun yang jatuh pada hari bulan berlakunya perkahwinan yang disambut setiap tahun kecuali mereka yang berkahwin pada 29 Februari. Orang yang berkahwin menganggap hari tersebut penting dengan cara yang tersendiri

img

Yer..seperti jugak aku…hari ini, 14 Februari 2010 genapla usia perkahwinan aku ngan my IR yang berusia 6 tahun. Yer..hampir sama dengan usia si Danial yang akan meninjak 6 tahun pada ujung tahun ini.

Ingat lagi waktu aku di nikahkan oleh ayah ku… Kemudian, aku di sandingkan bersama untuk meraikan perkahwinan kami.. ramai juga yang hadir masa tu… terima kasih semua kerana sudi memeriahkan majlis aku…..

anak

Kemudian pada 15.12.2004 lahirlah anak pertama kami yang di beri nama Muhammad Danial seterusnya pada 28.01.2007 lahirlah anak kedua kami yang di beri nama Muhammad Iskandar dan yang terkini pada 25.02.2009 lahirlah anak ketiga kami yang di beri nama Muhamad Zulfadhli…

img

X sangka sungguh aku…dah 3 orang permata rupanya….semoga anak2 inilah pemyambung ikatan kami bersama…sehingga ahkir hayat…

Aku x mahu apa2 pun dari suami ku…hanya kasih sayang, dan tanggungjawab lagi penting dari kebendaan (tp..kalu nak bagi apa salahnya kan??kan??muahahah)

img

Semoga perkahwinan kami akan kekal selamanya, hanya mati dan maut sahaja pemisah antara kami… terima kasih kepada kengkawan yang x putus mendoakan kesejahteraan keluarga kami.. hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya…

emmm…walaupun lirik lagu nie ada menyimpang lari sikit…tp sekadar hiburan semata..meh kita menghayati lirik lagu Imran Ajmain ni hehehe

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Selamat ulangtahun sayang……………….

pssstt……….aku x sambut VALENTINE day yek..tp sambut ULANGTAHUN PERKAHWINAN tau… nak wat cam ner..dh jatuh pada hari yang sama..heheheh.. beruntung aku.. lagi rasa romantik la pulak..hahaha

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
8th

Sambutan yang sederhana sahaja

Lupa nak update… kan 28 Januari yang lepas..

Anak ke -2  ku menyambut ulang tahun kelahiran ke 3…

IMG

Jadi tahun ni aku menyambut dengan penuh kesederhanaan…

aku biasa buat makan2 untuk sambutan pertama sahaja..bila ke 2 ,3 dan seterusnya..hanya kami berlima sahaja…

IMG

Sebenarnya apa yang penting bagi anak2 adalah mengembirakan hatinya..

mereka bukan kisah benda lain…

yg mereka tahu..KEK dan LILIN…tu aja..

ada kek..ada lilin cukupla..janjji dapat tiup.. walaupun kek yg aku beli x mahal..

janjji aku tetap ingat anak aku pada hari kelahiran nya..

IMG

Aku just beli bakso jer…hehe..dh hari tu ada pasar malam..

beli jerla kan..wat pe beli benda x makan kan?? hehehe

IMG

Apa2 pun… selamat panjang umur Muhammad Iskandar…

Semoga menjadi anak yang soleh dan taat pada ibu dan ayah..

semoga dikau membesar bagai johan..hehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
25th

Saya nak cuti!

Yer..pernah dgr ker perkataan itu?? SAYA NAK CUTI? hehehehe…confirm tetbia tingat MAS la kan… ala..aku tau sgt la korang..leh baca apa pemikirna korang..hikhikhik

Tp kali nie aku bukan pergi bersama MAS la..aku pergi bersama my IR la..hikhikhik…. 3 hari 2 malam yek.. (sila jgn jeles!)

my IR aku ada kerja luar kawasan bahasa omputihnya dia out station daa…. jadi disebabkan my IR bawa kerete sekali… amatlah rugi jika sang isteri duduk di rumah seorang diri kan?? kan??

Maka..mengikutlah si isteri bersama suami nya.. menuju ke JOHOR BAHRU! yehaa………… orang2 JB..tunggu sumijelly datang…hikihikhik…

Taaaaaaaaaaapppppppppiiiiiiiiiiiiiii…………..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Anak sulung ku x ikut serta………huk..huk..huk =(

Dia tinggal bersama mak su nya..sbb dia kan sekolah..cam sayang jer kalu ponteng…2 hari ko… tp rugi arr kalu aku x ikut kan??

Hotel dh confirm bayar memahal kan?? kete dh confirm kosong kan?? ishk….ishk..ishk… jadi ikutlah aku bersama 2 org anak ku yang lain..

sob…sob..boleh ker aku tinggalkan anak aku tu?? 3 hari 2 malam tu… kiranya hari Rabu baru balik…huhuhuhuuh…… x pernah berjauhan ko..ini kira 1st time… =(

danial

x per.. x per..sudah ku tinggalkan Tiket Wayang Free tuk anak aku g menonton malam ni bersama mak sunya.. citer Tooth Fairy tu… so..harap anak aku x terasa kesunyian bila balik dr wayang nanti…

Jadi… bertolak la aku malam ini.. doakan aku selamat sampai pergi dan balik….

Insya allah..kalu sempat berblog kat JB aku wat yek..hahahaha…..

pstt…..agak2 kalu aku x update blog selama 2 hari.. ada ker yg kisah?? mesti korg x kisah kan kalu aku x update blog..muahahahaha…….

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
4th

Bermulanya seisi persekolahan

Selamat Pagi Cikgu!

Asslamualaikum Ustazah!

Wah..cam biasa jer kan dengar ucapan2 ini…ingat x masa sekolah tadika, rendah dan menegah, ucapan ni yang akan kita ucap pada guru setiap pagi atas sebelum memulakan pelajaran…

Wah…aku ni bercerita macam aku nak masuk sekolah balik jer. Aku ker yg nak sekolah?? hahaha….Bukan lah… tapi  anak aku Muhammad Danial.

img

Hari ini aku mengambil cuti khas untuk acara menghantar anak aku ke sekolah. Tahun sudah dia bersekolah di Pasti Siti Sarah kali ni tukar pula ker Taski Abim.

Confirm memacam ragam nanti….hehehehe

Maka…bermulanya hari ini acara pepagi yang wajib adalah bangun seawal 5.30 pagi untuk menyiapkan segala keperluan baik my IR punya mahu pun anak2 aku punya…

aku punya?? huhuhu…wat sendiri la..x der sapa nak bantu..

img

Hari ni dan esok aku bercuti, lagi pun mesti jem hari Isnin… tu yg malas nak kerja..hehehe. Lebih baik cuti dari tersangkut di kesesakan jalan raya..

Ceh aku cakap macam pas nie x g kerja dah kan? hahahaha…jadi pada yang bekerja hari ini, ku ucapkan selamat bekerja di tahun baru, pada yang bercuti..selamat menyambut cuti hehehe……….

img

Ok…Danial nak bersekolah hari ni.. jadi untuk pembaca sumijelly… selamat bekerja..hehehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
4th

Nuffnang Friso Gold Family Day Out

Ini adalah STICKY MODE
untuk entry terbaru, sila scroll ke bawah. Terima Kasih

Awas….entry ini amat panjang untuk dibaca, termasuk terlalu banyak gmbr untuk di tatap…andai rasa x mahu baca dan melihat gmbr, boleh ke enrty lain… terima kasih. :)

Ok…kali ni aku nak cerita pengalaman aku menghadiri event Nuffnang Friso Family Day Out kat One Utama pada hari Sabtu yang lepas. Amat menyeronokkan yek…

Kiranya inilah permulaan Tahun 2010 aku dengan menyertai acara yang di anjurkan oleh Nuffnang… tahun baru, langkah baru..hehehe

Ishk…best giler arr….tapi sayangnya aku sampai sana lambat cikit..dalam kul 10.30pg kerana kesesatan yek..bukan kesesakan jalanraya..hahahaha…….

Ada GPS pun x leh pakai..x jumpa jalan yg aku nak g..hahaha.. emm… x reti pakai GPS nak salahkan GPS lak..hahahaha

friso

Aku sampai jer sana, tgk ramai dah sampai…tp ada juga parents yang lambat gak..mungkin derang macam aku kot..kesesatan di dalam One Utama pula…

Puas aku pusing sana..pusing sini..ghupanya Kids Sports Centre tu kat tingkat 2…tapi aku nampak kat Banner tu tulih kat Tingkat Satu..hohohoho…..nak salah siapa.??? hehehehe :)

friso

Sampai jer kat sana…Staff Nuffnang sudah sedia menanti para pengunjung…pass check in…(chewah..chek in konon) derang tulih nama atas stiker tu…jadi ada 5 nama la.. aku, my IR dan 3 org anak aku…

Dapat baju tuk anak2 jer…mak pak x der yek..hehehe…jadi stiker tu tmpal kat baju tuk anak2, tuk parents lak kat lengan la.. tu kira tanda nama la..senang kenal la kan…

friso

Masuk..masuk…mata aku terus tertumpu sesuatu yang berwarna merah…hehehe… :)

Itu dia..kak Red…sorri kak Red..masa nak otw aku duk calling2 dia..sbb nak tahu kat mana event tu…dh aku call sumere x berangkat..hehehehe. x pepasal menggangu kak Red tgh ada disscucion

Yang aku call x berangkat, mungkin x berapa dengar kot..dah ramai kekanak kan… di tambah pulak suasana yg bingit dan bising…hehehe

friso

Oh ya..gambar ini harus aku ambik yek…inilah Nicholas dr Nuffnang… ohw..sangat peramah…dan sangattttttt hensem… seyes…hensem tau…:)

Mau tackle…g la emel dia..kehkehkeh… ini adalah kali ke 2 aku bergmbr ngan dia..dulu masa Berbuka Puasa bersama Nuffnang dan Blogger kat Apartment KLCC… dan kali ini di Family Day lak..hehehe

Aisey…hari ni kita x sama kaler baju la Nicholas..asal x cakap U pakai warna brown..hehehehe… kalu tidak I pakai kaler sama ngan u..hehehe :)

img

Ni lah Marcus…. staff Nuffnang gak.. hensem x dia?? hehehe

Dia lah MC tuk acara sepanjang hari…bahasa dia amat bersahaja..kanak2 seronok.. Pandai menghiburkan hati kanak2… sungguh teruja anak2 bila bercakap dgn Marcus ni..

Bahasa yang di gunakan amat lucu dan mudah du fahami oleh kanak2.. aku yg mendengar pun jadi teruja ko..hahaha

friso

Sampai jer sana… acara dah bermula..aku suh Danial duk kat depan..

Ada ala2 warm up kan badan la bersama kana2 lain la..

frso

friso

memacam gaya derang suh buat..melompat la..baring la… ikut jerla kanak2 tu bila mereka suruh….

cakap dalam bahasa ompituhlak tu..aku tgk anak aku sumer ya kan jer..paham ker idak.. x tahu la aku..hehehe

friso

Sementara si Danial sedang bersenam robik kat depan, si Iskandar dan Zul kutinggalkan ngan my IR la..

derang melepak kat dalam kolam bola..hehehe… kolam yg di penuhi ngan bola gitu…hahaha

sonok tul nengok nya… tengelam timbul..tenggalm timbul si Iskandar.. apa hingat kolam air ke dik?? hehehe

img

Dah puas main kat Kolam Bola..main lak kat Gelungsur… perghh…kat sini la lagi best..

sebb leh panjat2 ko.. bukan anak2 jer main yek.. dengna aku2 sekali.. tp gmbr aku x derla pula..sbb dh leka bermain kan..hahaha

friso

Ke hulur..ke hilir aku duk bw camera…dh macam paparazi la pulak..

Sempat la bergambar ngan kak Nara (Beautiful Nara) ngan Kak Ina KL

Kak Nara menjual tudung ko..ras2 nak beli..g la jenguk blog dia..lawa2 gak tudung….. Nizaa pun dh pernah beli tau tudung dia…hehehe

adalah berborak berpatah2 ngan derang…lagipun kak Nara x lama kat situ..Kak Nara ngan Beutiful Nara ada GBN kat Mid Valley… Gathering ko…hehehe

aisey..x dapat aku g..sedangkan event ni pun bercinta nak dtg, lagi mau g Mid Valley…pengsan my IR nanti..hehehe

friso

Dah penat duk main kolam bola tu…aku bawa si Iskandar gan Zulfadhli g bilik gym..

Kat situ ada lah kotak2 besar..err..kotak ker..hentam jerla.. x reti sebut arr…hahahaha

Habis sumer alatan kat situ Iskandar cuba….dia kan kira apa benda pun..habis sumer dia main.. dia bab panjat memanjat memang peberet…kalu kat umah..dia suker tul panjat kusi kat ruang tamu tu….

Kemain sonok aku nenegok, sampai berpeluh2.. dalam air cond pun leh berpeluh ko…hehehe

friso

Inilah dia tenaga pengajar Kids Sport tu…

sambil menyanyi..buat memacam aksi…

Aku suh Iskandar wat…dia duk diam jer..x mahu…sbb aku tahu..dia x puas lagi main mainan lain..tu yg x moh buat aksi nyanyi2 nie..hehehehe…

friso

img

Tu dia..aku ngan Zulfadhli..selalu mcm tu la..dh jadi paparazzi..hingat senang ker nak dpt ambik gmbr sendiri…

leh kira tau baper banyak la sgt gmbr aku berbanding gmbr anak aku…hehehe

friso

Ayok…ayok…sila jangan jeles…aku sedang berjabat tgn ngan kak Red yek…:)

yer..itu lah kak Red..sgt peramah ko…tp dia amat mengejar masa..maklum la…ramai benor org duk panggil dia..

Org Friso panggil, org nuffnang panggil..lom tambah mcm aku yg duk terkejar2 nak bergmbr ngan dia.hahaha…

x dpt gak bergmbr..sempat berjabat tangan jer..hehehehe… eh..sambil borak2 tau… jgn jeles..jgn jeles..hahahaha

friso

Pas bersenam robik dan bergym di bilik…

ada acara tabur serbuk atas kertas..hehehe… apa menatang ni pun aku x reti sebut….

wah…best..best…selalu kalu g shopping komples..asyik tgk org lain buat jer..kali ni anak aku lak mencuba…

tu dia…aku kopek, dia tabur..aku kopek dia tabur…hehehehehe…

friso

Iskandar pun sama..mana leh tgk Danial buat sensorang..dia mesti lah nak joint..

sebaik benda ni x remeh..just taburkan serbuk atas pelekat jer..nanti warna tu melekat la…

aku ambik yg senang2 jer..sbb..nak buang pelekat tu agak leceh gak…hehehe malas tau nak berdiri lelama kat situ…

friso

oit..Danial…ko nengok anak dara sapo tu??

kemain ko tenung yek..tu anak dara Kak Red tu…hahaha..kebetulan dia berdiri sebelah anak aku..,,

eh…dia ker atau anak aku yg berdiri bersebelahan..hahaha..sama jerla…

friso

Itu dia…lukisan…eh..silap..hasil kerja Danial… ta daaaaa…..

eeh…ehh…ada lagi stiker yg x berbuka..hahaha…nasibla.. x pasan lak ibu…hehehe

janjji siap dr x siap kan?? hehehehe

friso

Zulfadhli di jaga oleh my Ir..dh aku duk sibuk nak bersnap gmbr kan..

maka kena la jaga si kecik tu… cian dia..aku wat x layan jer…

friso

lagi sekali aku tengok…eh..eh..dia dah tidor ko…

hai..letih sgt la tu…aku lak sibuk ngan 2 org lagi..cian dia… x per..x per…elok la tido..

lagi ligat la ibu nak kesana kesini nak mengambil gambar…hahaha

friso

ades…aku sudah capek…=(

berehat jap..sambil tu snap jap sekeping…mana aci…gmbr anak jer kan..

gmbr aku ngn my IR x der lak…ishk..ishk..x leh jadi ni..

ken gak tempek sekeping walaupun secara candid..hahaha

img

Mari..mari…makanan sudah sedia… tu dia..bila di panggil..sumer parents datang menyerbu…

perut dah lapor..memang la gitu jadinya..

lajus jer langkah kaki itu..hahahaha

img

Memula kene la bagi anak2 makan dulu kan..

sumer masing2 pakat cari tempat…Danial ngan Iskandar satu meja ngan Izzah, anak Kak Ros…

menu tuk kanak2 Spagetthi, hot dog, roti dan jus oren….

nama pun kanak2, bukan nak makan…mereka lebih pikirkan mainan dr makanan…ishk..ishk.ishk…

friso

tu dia…dh anak2 siap habis makan..mak pak pulak punya turn..maka, ramaila parents datang beratur …

aku kene cepatla makan kan..sbb si kecik tgh tidurkan..kang dh jaga naya jer…:)

friso

tu dia..pasangan merah..sempat lagi posing bila aku duk panggil…

Kak red..! sekali panggil, dua2 toleh….ha..apa lagi..snap jerla…hahahaha

friso

tu dia sepupu aku….org suh dtg kul 10 pg, dia sampai time org tgh makan..kul 12 tgh hari…elok la tu..hahahaha…

Tapi dia dtg time org tgh makan kan, jadi rezeki namanya. kalu org melayu cakap..langkah kanan…

dtg masa time org nak makan..memang rezeki la…

friso

suker aku nengok gmbr nie…susah woo..nk tgk gmbr sendiri tgh beraksi dgn camera sendiri..hahaha. Comelkan aku?? hahaha

Terima kasih lah kat abg Kheirul tolong snapkan….ni gmbr aku ambik kat blog Sawanila…

tuan blog awal2 dh cakap..sila la ambik kat blog dia… hehehe

friso

susah tul nak ambik gmbr abg kheirul nie.,….dia lebih suker ambik gmbr org dr gmbr sendiri…

mcm tula kerja paparazzi…kehulur hilir snap gmbr org..

tukang ambik yg x der gmbr kan?? hehehe… thank yek abg kheirul atas gmbr yg chantik itu..hehehe

friso

oh tidak..Zulfadhli sudah jaga…nampaknya x senang dah aku nak makan..

sebaik dh habis makan..sempatlah bergmbr ngan Kak Ina KL ngn Byzura

memula segan nak bergmbr…tp, kang x bergmbr rugila..sbb nanti x kenal kan?? hehehe..

selamat berkenalan Byzura… nanti kalu jumpa kat luar, tegur2 la yek… hehehe…..

friso

Ni beberapa blogger yg aku sempat bergambar….

Gambar atas kiri : bersama ngan Iza

Gambar atas kanan : kak Yatie, aku dan Anna

Gambar bawah : AnasFadilah, jie , moi, Anna dan aku

hehehehe…apa2 pun..terima kasih kerana sudi bergmbr ngan sumi yek….

friso

sempat lagi anak aku berdua ni g main lagi pas makan….

padahal kat depan tu ada Magik Show lagi…

tu la dia bebudak..kan nak nengok magik show… x pepasal..ibu lak yg nengok..hahahaha

friso

ni la dia Org Magik Show…erk..erk… nama dia Hafiz kan? x silap aku la…

Dia buat magik sampai ada sorang budak nanges…nanges ko…agak nya takut tgk dia berselubung kot..hehehe

friso

Ramai kan penonton??…so..seperti biasa la.. gmbr aku x der…

sbb aku yg ambik gmbr ni kan…hehehehe

img

Ohw…ada rupanya… kat kamera lagi satu..hahahaha

Memang seronok tgk magic dia..memukau ko… kalu anak2 leh leka..parents lagi la leh leka dan seronok!

friso

Sebeum Nuffnang nak umumkan pemenang…sempat lagi adakan satu lagi game tuk anak2 dulu..

cet..wat suspend jer kan…dh la mak pak tgh excited nak tahu siapa pemenang..

leh lak derang lengah2kan lagi..hahahaha….

friso

Akhirnya masa yg di tunggu2 telah tiba….pengumuman 10 pemenang hadiah saguhati Baucer bernilai RM100 dr Toy n Us

Tup..tap..tup..tap…berdebar2 sumer hadirin ko…

friso

Ada 10 pemenang..tp my Ir sempat snap 9 termasuk aku la…

lagi sorang x dapat ambik gmbr..maklum la yg pegang camera adalah my IR, maka pepaham la kan…

img

Antara yang mendapat Voucher RM 100 Toy n Us ialah :

Merryn, Abg Kheirul, Juan, Triple plus One, Diddie, Kambing Jantan, dan lagi 3 blogger lain (adess.. x ingat la..kang ingat, sumi update yek…)

friso

dan aku seperti tidak percaya…hehehe.. aku menang tuk hadiah ini…hehehe..

walau pun SAGUHATI..tetapi tetap aku hargai… berbaloi juga lak aku dtg ke acara ini..

sekurang2 nya, ada gak kenangan yg terindah di awal tahun..heheheh…

catat ni..catat nie..ujung tahun leh masuk dlm imbasan 2010 lak..hahaha

friso

Dan pemenang untuk hadiah utama 3h 2m ke HK Disneyland…jatuh kepada Kak Ros dari Mombloggers Planet

Yeaaa……..aku tumpang gembira..kerana dia memang layak menerimanya…entry post dia memang bagus…hehehe

Tahniah Kak Ros atas kemenangan itu…dan masa aku kenal Kak Ros, br aku tahu, kenapa dia guna Little Mama…

hehehe…kalu tgk org nya mesti dh dapat agak…hehehhe…very cute tul kak Ros ni…

friso

Sempatlah bergmbr dgn beberapa org pemenang saguhati dan Kak Ros…

ishk…x penuh la my IR ambik… sebelah kiri ilang lak org nya..huhuu

friso

Sebaik ada Sawanila ni..dia ambik FULL…so..mcm biasa, ni aku ambil dr Sawanila Gallery yek…

Tuan rumah dh tahu,,,jadi aku bukan copycat yekkk..copy gmbr jer..hahahaha

friso

Yer..sebelum pulang…bergmbr sekeluarga di depan Papan Tanda…

Tapi sayangnya…Iskandar dh keletihan…dia mula malas nak berdiri..

bila suh berdiri..lagi dia dakap ayahnya…hahaha…dh penat la tu…

friso

Sebelum balik…kena la check out dulu… (chewah..mcm kuar hotel lak..hahaha)

Staff Nuffnang dh sedia menunggu..nak bagi godies bag..

sampai jer situ siap tnya, mahu susu 456 @ 123?

so..aku pilih 123…hehehehe….

frso

friso

img

Dapatlah goddies bag dari Friso… Tin susu, towel, air, pen dn buku2 panduan…

Thansk Friso atas godies bag tu… susu tu aku nak try bagi Zulfadhli..

lagi pun dia lom minum susu tepung lagi…tp tgk la mcm mana…hehehehe…

mahal ko ..setin tu jer dh RM45++ ko…larat ker my IR nak beli nanti..hehehe….

kita tgk jerla nanti…ada rezeki leh la…kalu tidak..minum apa yg ada la..

friso

Yer…sebelum aku sudahi entry aku yg panjang lebar ini…

aku nak abadikan gmbr aku ngan kak Red…yahuu…ahkirnya dapat gak bergambar ngan Kak Red..

sebelum nak balik..kak Red dh macam selebriti dah..habis sumer blogger nak bergmbr ngan dia..hahahaha…

Maintain kak Red..maintain…..walaupun aku tahu..kak Red dh penat..tp dia tetap melayan peminatnya yg dh minat giler kat dia..mcm aku..hahahaha…

Last but not least…Terima kasih aku ingin ucapkan kepada pihak Nuffnang yang sudi menjemput aku sekeluarga untuk memeriahkan lagi acara ini.

Terima kasih juga kepada pihak Friso yang sudi memberi setin susu untuk di cuba oleh anak aku nanti…sayang sekali aku x dpt dgr TALK derang, pasal nak kene jaga anak2 samapi terlupa…huhhuhu

Terima kasih juga kepada Kids Sport &Gym yang sudi membenarkan anak2 kaku bermain sepuas hati termasuk akuyg x sedor diri main gelongsor tu..hahaha…

inmg

Terima kasih x terhingga kepada blogger2 lain kerana sudi menegur aku..walaupun ada yg x sempat aku nak beramah mesra dan bergmbar.. lain kali kalu jumpa, sila2 lah tegur yek..hehehe

Ok…terima kasih pada pembaca, kerana sudi membaca entry aku yang panjang lebar ini sampai habis…terima kasih la bebanyak sekali lagi… :)

DONE!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
29th

Menginap di Hospital Az Zahra

Wah…mcm best jer bunyi menginap kan…??

Tapi bukan menginap kat Hotel, tp di Hospital Az Zahra ko…

Erkkk…..siapa yek?? hehehe… sepupu aku , Ayu. Anak di Azyana x berapa sihat. Asyik muntah dan demam 2-3 hari..

Jadi Ayu terus admit anak dia kat Spital Az Zahra kat Bangi tu.

img

Sempat la aku ber skype kejap….

Ops… sebaik aku cover kepala ngan selimut….hahahaha

Sian Azyana, kene tahan wad. x per..untuk cepat sembuh memang macma tu…

Rasanya hari nie dah discharge kot.. dia masuk hari Ahad lepas…

img

Sebaik ada skype… leh gak aku tgk dia..

nak ku pergi sana… nak bawa lak lagi 3 org..adess…letih gak..

x perla..skrg nie zaman IT, seba moden.. 3G, Webcam..dh sebati di dunia seba moden ni..

img

Ah aku..dan …dan serba moden..

dah malas nak g, cakap jerla…hahahah

K..pada Azyana..semoga cepat sembuh yek..nanti leh g sekolah…

Updated : Azyana dah kuar WAD hari nie… dia sudah pulang..yeaaa……….!!!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes