Feb
26th

Musibah matinya hati

KEHADIRAN bulan Safar al-Khair mengimbau kembali kisah kegeringan Rasulullah SAW sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Rabiulawal. Jika Rasulullah SAW itu adalah kekasih dan keutamaan kita, maka sudah tentu saat-saat yang memilukan itu menarik perhatian dan perasaan kita.

Sesungguhnya kewafatan Rasulullah SAW adalah musibah terbesar bagi umat Islam sehingga terdapat ulama yang menulis buku khusus mengenai musibah kewafatan Rasulullah. Setelah kewafatan Baginda, ada yang masih lemah imannya menjadi murtad, tidak mahu menunaikan zakat dan berpecah belah. Sesungguhnya inilah musibah terbesar yang pernah menimpa sahabat-sahabat Baginda. Hanya kekentalan iman menjadi penyelamat ketika itu.

Hari ini, umat Islam ditimpa musibah yang tidak kurang besarnya iaitu matinya hati. Pelbagai peringatan yang diberikan tetapi bak mencurah air di daun keladi. Inilah penyakit hati yang dikhuatiri oleh Rasulullah akan berlaku ke atas umatnya. Inilah kematian yang paling sukar untuk dipastikan kerana tidak ditandai dengan kain kapan putih ataupun batu nisan.

Apa pun, selaku insan yang sentiasa menginsafi diri, kita masih boleh menghisab diri, apakah musibah ini telah mengenai diri kita atau kita termasuk di kalangan mereka yang terselamat. Terdapat tiga tanda yang digariskan oleh ulama iaitu, tidak merasa sedih apabila tidak berkesempatan melakukan amal ketaatan, tidak menyesal apabila terlanjur melakukan dosa dan suka bersahabat dengan orang-orang yang lalai dan telah mati hatinya. Inilah alamat ringkas yang diletakkan oleh Syeikh Ibnu ‘Atoillah dalam kalam hikmahnya.

Maka dapat difahami bahawa keriangan dan kegembiraan seseorang kerana ketaatan yang dilakukannya dan kesedihan seseorang disebabkan maksiat yang dilakukannya merupakan tanda hidupnya hati seseorang. Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa yang digembirakan oleh kebaikannya dan disedihkan oleh kejahatannya, maka dia adalah orang mukmin.” (riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan al-Hakim)

Namun, ini bukanlah kegembiraan yang bercampur dengan perasaan ‘ujub. Orang yang bersifat ‘ujub hanya memandang kepada daya dan kekuatannya dan lupa tentang anugerah Allah dalam mengurniakan taufik dan hidayah kepadanya. Hendaklah kita menjauhi sifat ‘ujub kerana ia boleh menghapuskan pahala amal-amal yang dilakukan. Begitu juga perasaan riak.

Amal kebaikan merupakan tanda keredaan Allah dan keredaan-Nya membawa kepada kegembiraan. Manakala amal kejahatan merupakan tanda kemurkaan Allah dan kemurkaan-Nya membawa kepada kesedihan. Sesiapa yang diredai oleh Allah, maka Allah mengizinkannya untuk melakukan amal soleh. Sesiapa yang dimurkai oleh Allah, maka Allah meninggalkannya dan membiarkannya berada dalam kelalaian dan kehinaan.

Abdullah ibn Mas’ud RA berkata:

“Orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli maksiat melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya maka mudah untuk menghalaunya.”

Namun demikian, tidak sepatutnya pula seseorang hamba yang apabila telah melakukan dosa, dikalahkan oleh kesalahan yang dilakukannya. Dikalahkan dalam bentuk bersikap pesimis, tidak lagi mengharap keampunan Tuhannya dan berprasangka buruk terhadap Tuhannya. Bagi orang yang benar-benar beriman dan hidup hatinya, rasa khawf dan raja‘ (takut dan harap kepada Allah) mesti ada pada dirinya. Allah telah menyifatkan para nabi dan rasul-Nya serta pengikut mereka dari kalangan kaum mukminin yang solehin dengan kedua-dua sifat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Israa’ ayat 57.

“Orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan kepada Tuhannya, siapakah yang lebih dekat serta mereka mengharapkan rahmat-Nya dan gerun takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah ditakuti.”

Syeikh Ibnu ‘Atoillah RA menyatakan dalam Hikamnya: “Janganlah kerana besarnya dosa di sisi kamu, menghalang kamu daripada berprasangka baik dengan Allah kerana orang yang telah kenal Tuhannya, nescaya akan menganggap dosanya kecil di sisi kemurahan Allah yang luas.”

Manakala sebab yang membawa kepada matinya hati ialah :

  1. Cintakan dunia
  2. Lalai daripada mengingati Allah
  3. Menggunakan anggota untuk melakukan maksiat.

Di antara perosak yang terbesar ialah kasih terhadap dunia, berkeinginan kepadanya, sangat tamak terhadapnya, berminat dengannya, kasihkan pangkat dan harta dunia dan tamak terhadap keduanya, kikir dan bakhil dengan harta dunia. Firman Allah dalam surah Hud ayat 15-16.

“Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami penuhi usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan daripadanya. Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka, dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.”

Kecintaan kepada dunia adalah kepala segala kejahatan. Ia akan menghalang seseorang daripada melakukan kebaikan akibat hati yang telah digelapi oleh perkara-perkara keduniaan. Justeru, Syeikh Ibnu ‘Atoillah menyatakan

“Bagaimana hati dapat bercahaya, sedangkan gambaran-gambaran alam maya termeteri di cermin hati?”

Allah SWT menjadikan hati manusia itu seperti cermin yang memaparkan dan memantulkan imej setiap benda yang dihadapkan kepadanya. Cermin itu pula hanya mempunyai satu muka. Apabila Allah SWT hendak memberikan inayah-Nya kepada seseorang hamba, maka Dia menyibukkan fikiran hamba tersebut dengan cahaya-cahaya- Nya dan pelbagai kebaikan dan Dia tidak membelenggu atau menambat hati hamba tersebut dengan suatu perkara dari alam yang gelap dan khayalan yang meragukan. Maka terpaparlah di cermin hatinya cahaya-cahaya iman dan ihsan, dan terpancarlah padanya cahaya tauhid dan makrifah.

Begitulah sebaliknya, jika Allah mahu membiarkan seseorang hamba (mengeluarkannya daripada inayah-Nya) dengan keadilan dan kebijaksanaan- Nya, maka Dia akan menyibukkan pemikiran hamba tersebut dengan kegelapan dunia dan syahwat. Maka kegelapan dunia ini akan terpapar di cermin hatinya. Lalu hatinya akan terhijab daripada sinar makrifah dan cahaya keimanan.

Semakin banyak gambaran dunia bertindih-tindih di cermin hatinya, maka semakin pudar cahayanya dan semakin tebal hijabnya. Maka dia tidak akan dapat melihat melainkan apa yang zahir sahaja dan dia tidak dapat berfikir melainkan perkara lahiriah sahaja.

Ada di antara hijabnya sangat dahsyat hingga menutup seluruh hati dan seluruh cahaya terpadam hingga dia menafikan terus kewujudan cahaya dari asalnya. Semoga dilindungi oleh Allah.

Ada di antaranya pula, hanya sedikit karatnya dan nipis hijabnya, maka dia mengakui kewujudan cahaya tersebut tetapi tidak dapat melihatnya. Ini ialah makam (kedudukan) kaum Muslimin awam.

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya hati itu akan berkarat sepertimana karatnya besi, dan sesungguhnya iman itu akan lusuh seperti lusuhnya baju yang baru.”

Namun dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap sesuatu itu ada penggilapnya dan penggilap hati ialah zikrullah.”

Sabda Rasulullah SAW juga:

“Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melakukan kesalahan, digores di dalam hatinya dengan bintik hitam. Sekiranya dia menanggalkannya dan memohon keampunan, maka ia akan berkilau. Sekiranya dia kembali melakukan kesalahan, ditambah pada hatinya bintik hitam tersebut sehingga menyelubungi hatinya.”

Maka itulah selaput kegelapan yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah al-Mutoffifin ayat 14.

“Sekali-kali tidak! Bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab apa yang mereka kerjakan.”

Cahaya iman dan ihsan

Ketahui bahawa hati itu hanya mempunyai satu wajah, apabila kamu hadapkan cahaya kepadanya maka ia akan bersinar, dan apabila kamu hadapkan kegelapan kepadanya maka ia akan menggelap, kegelapan dan cahaya itu tidak pernah bersatu, maka fahamilah pula kata-kata Syeikh Ibnu ‘Atoillah yang menyebut:

“Bagaimanakah hati itu boleh bersinar dengan cahaya iman dan ihsan, sedangkan gambaran alam dan dunia yang gelap terpapar di cermin hati?”

Sesungguhnya dua perkara yang berlawanan tidak mungkin akan bersatu sebagaimana firman Allah SWT pada surah al Ahzaab ayat 4.

“Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya…”

Sedarlah wahai insan! Kamu tidak memiliki dua hati tetapi hanya satu. Apabila kamu hadapkan hati kamu itu kepada makhluk dan dunia ini, maka ia akan membelakangkan Allah. Apabila kamu hadapkannya kepada Allah, maka ia akan membelakangkan makhluk dan kamu akan mampu berjalan kepada Allah. Selama kamu tertambat dengan syahwat dan keduniaan kamu di dalam alam ini, maka kamu tidak akan mungkin dapat berjalan kepada Tuhan kamu, tidak juga kepada apa yang diisyaratkan oleh Syeikh Ibnu ‘Atoillah al Sakandari RA.

Selama hati masih tertawan atau terpenjara di dalam penjara kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu yang akan binasa, dia masih terikat dengannya. Orang yang mempunyai hati sedemikian, tidak akan dapat berjalan menuju kepada keredaan Allah. Bahkan, tidak akan terpancar ke atasnya cahaya makrifat. Keterikatan hatinya dengan syahwat merupakan penghalang yang akan menegah dan menghalangnya daripada menuju kepada Allah disebabkan kesibukan dan keasyikannya dengan perkara-perkara yang memalingkannya daripada berjalan menuju kepada Allah.

Sekalipun tidak dinafikan dia mungkin dapat berjalan bersama nafsu syahwatnya, nafsunya akan melemahkan dan menghalangnya daripada dapat berjalan dengan cepat kerana kecenderungannya terhadap nafsu syahwatnya. Sekalipun dia mungkin dapat berjalan dengan cepat, dia tetap tidak akan aman daripada perkara-perkara yang akan menggelincirkannya kerana keseronokan dan kesenangannya dengan syahwat tersebut.

Sebab itu, para pembesar Sufi meninggalkan kelazatannya, sehingga berkata sebahagian daripada mereka: “Sengatan tebuan atas badan yang luka itu lebih ringan daripada sengatan syahwat atas hati orang yang sedang bertawajjuh kepada Allah.” (Ibnu ‘Ajibah, Iqaz al-Himam, H: 44)

Justeru, wahai saudaraku! Putuskanlah dan lepaskanlah dirimu dari perkara yang menghalang perjalanan kamu. Berjalan dan berhijrahlah kamu kerana hijrah adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Semenjak Nabi SAW berhijrah, Baginda SAW tidak pernah menikmati masa untuk berehat melainkan di dalam musafir untuk berjihad sehingga Allah membuka sebuah negara untuknya.

Begitu juga para sahabat, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang tinggal tetap di negara mereka sehingga dengan tangan-tangan mereka Allah membuka negara-negara yang lain dan memberikan petunjuk kepada hamba-hamba Allah yang lain. Semoga Allah memanfaatkan kita dengan keberkatan mereka, Amin.

Hidupkanlah hati kita dengan meninggalkan terlebih dahulu perkara-perkara yang boleh menggelapkan dan mematikan hati. Selanjutnya sinarilah ia dengan cahaya-cahaya ketaatan dan keikhlasan. Sesungguhnya hati yang hidup akan sentiasa mendorong pemiliknya melakukan amal dan ketaatan dan meninggalkan dosa dan kejahatan dengan hati yang gembira tanpa rasa penat dan payah. Wallahu a’lam.

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
17th

Valentine, Facebook dan arak

NAMAKAN apa sahaja – Ops Cumbu, Ops Valentine atau Operasi Maksiat Hari Kekasih, kesemuanya itu merujuk kepada tindakan operasi besar-besaran yang dijalankan oleh para petugas jabatan agama Islam di negeri-negeri seluruh negara pada malam 14 Februari lalu.

Dalam operasi itu, banyaklah yang ditahan termasuk pelajar, suami dan isteri orang, janda dan duda, pekerja kolar biru dan remaja belasan tahun. Setiap tahun, inilah yang berlaku.

Dalam Ops Valentine pada kira-kira pukul 6 pagi, 14 Februari lalu, seorang anggota tentera dicekup oleh petugas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kuantan. Hotel-hotel bajet di sekitar Klang, Gombak, Kajang dan Shah Alam di Selangor dan sekitar Putrajaya turut diserbu. Selain hotel, kawasan taman rekreasi dan pusat-pusat hiburan turut menjadi tempat lokasi serbuan.

Menyaksikan apa yang berlaku, tentu sekali maruah seorang suami, isteri, anak- anak atau ibu bapa dan seluruh keluarga tercalar dan terpaksa menanggung malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan, guru sekolah, sanak saudara dan jiran tetangga.

Perasaan malu dan marah silih berganti di dalam diri. Namun, ke manakah amarah dan perasaan kesal terhadap apa yang berlaku itu boleh disalurkan? Perihal sambutan Hari Kekasih terus menjadi bual bicara menjelang tarikh 14 Februari setiap tahun.

Pelbagai ingatan dan nasihat dipaparkan di media-media tempatan mengenai sambutan yang bukan sahaja tidak memberi manfaat, malah golongan ulama di negara kita sepakat telah mengharamkannya untuk diraikan oleh umat Islam. Nampaknya, larangan dan nasihat langsung tidak berbekas di dalam hati mereka, sebaliknya ia terus membudaya di dalam masyarakat hari ini.

Lebih memualkan apabila terdapat segelintir pasangan kekasih berbangga memaparkan gambar mereka berpeluk dan ‘berkepit’ dengan pasangan masing-masing di dalam laman sosial Facebook.

Mungkin sudah tiba masanya, pihak jabatan agama Islam negeri-negeri mengambil pendekatan baru dalam menangani gejala rosak akhlak masyarakat Islam hari ini. Kaedah lama seperti mengintip, menyerbu dan menahan pasangan bukan muhrim dalam operasi-operasi yang dijalankan boleh diteruskan, tetapi tambah satu lagi kaedah iaitu menahan pasangan yang ‘berkhalwat’ di dalam Facebook.

Bukti yang boleh dikumpul adalah gambar-gambar ghairah mereka yang dipos ke dalam laman sosial itu untuk tatapan ramai. Rasanya, ia sudah cukup untuk mengheret pasangan terbabit ke muka pengadilan di bawah undang-undang syariah.

Selain gambar-gambar berpelukan, terdapat juga gambar-gambar mereka yang sedang menikmati minuman keras. Kenalan penulis tidak terkecuali mengepos gambar-gambar mereka di dalam laman Facebook masing-masing.

Keberanian mereka itu adalah kerana mereka menganggap apa yang dilakukan itu bukanlah satu kesalahan dan memalukan. Lebih merosakkan apabila ada komen-komen yang mengajak rakan-rakan Facebook lain untuk turut sama meneguk arak pada majlis yang bakal diadakan.

Nampaknya, pencipta laman sosial Facebook berjaya dalam misinya untuk merosakkan umat Islam. Seiring dengan perkembangan zaman, pelbagai cara telah dan akan dilakukan oleh pihak Barat untuk melemahkan umat Islam.

Dalam menepis cabaran ummah hari ini, apakah daya kita untuk menyelamatkan ummah agar tidak terus hanyut ke dalam kancah maksiat yang diimport dari Barat. Lebih memburukkan keadaan apabila nasihat dan peringatan yang disampaikan melalui akhbar tidak sampai kepada mereka kerana mereka tidak membaca akhbar!

Nota kaki : Ishk…takut la pulak aku bila baca keratan akhbar ni… menjadi2 lak.. dh la aku ni pengguna Facebook… aku buka akaun pun sekadar nak mencari kawan sekolah..tidak lebih dari itu..huhuhu

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
10th

Kemalangan yang meragut 6 sekeluarga

SEREMBAN: Dua daripada enam mangsa yang rentung selepas kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan di Kilometer 252.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, awal pagi semalam ditemui berpelukan di tempat duduk penumpang depan.

Kedua-dua mayat dipercayai Nor Fadilah Isnin, 32, bersama bayi lelakinya, Adi Putra, dua tahun ditemui selepas operasi mengeluarkan mayat mereka dilakukan pasukan bomba dan penyelamat.

Turut rentung adalah suami Nor Fadilah yang juga pengasas Fadhilat Herbs Sdn Bhd, Suhaimi Ghazali, 41, dan tiga lagi anak pasangan itu iaitu Nurul Natashahuda, 11, Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, enam tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, kereta BMW yang dipandu Suhaimi dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah treler yang mengalami kerosakan di lorong kecemasan lebuh raya.

Berikutan perlanggaran itu, kereta mangsa terperosok ke bawah treler berkenaan sebelum terbakar dan semua mangsa terperangkap di dalamnya.

Enjin kereta mangsa turut tercabut dan tercampak beberapa meter dari tempat kejadian dan terdapat kesan brek dipercayai daripada kereta mangsa di tempat kejadian.

———————————————————————————————————-

Sedihkan bila dgr berita2 macam nie…

Melibatkan sekelurga lagi sedih dn pilu bila membaca…

Terfikir juga…bila sumer tiada, maka tiada la peninggalan zuriat dr mereka kan? Mesti ibu bapa kedua2 belah pihak amat terasa kehilangan mereka…

x dapat aku bayangkan kalu perkara ini terjadi..

Bagaimana perniagaan mereka?

Bagaimana barang peninggalan mereka..?

Bagaimana pula pekerja mereka?

Andai usahawan itu meninggalkan wasiat, mungkin tiada perebutan. tapi jika tiada apa2 wasiat? Mahkamah la tempatnya…

Apa2 pun…TAKZIAH kepada ahli keluarga mangsa dan Al- Fatihah pada mangsa.

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
4th

Kes Liwat yang mendapat liputan hangat

Anwar marah, Saiful takut

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Norhashimah Mohd Radzali
bhnews@bharian.com.my


Anwar (kiri) dan Saiful.

Pendedahan saksi pertama kes liwat Penasihat PKR

KUALA LUMPUR: Perbicaraan hari pertama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu marah apabila bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Reaksi Anwar itu didedahkan oleh Mohd Saiful dalam keterangannya hampir sejam sebelum prosiding ditangguhkan, kira-kira jam 5 petang selepas peguam tertuduh, Karpal Singh memohon mahkamah meneruskan perbicaraan secara tertutup.

Baca berita selanjut nya —>>> BERITA HARIAN

—————————————————————————————————

Bila di umumkan akan mengadakan perbicaraan secara tertutup….. rasa kecewa jer kan??kan??

tp..elok la di adakan tertutup.. kalu terbuka umpama membuka aib yang memang dah aib ngan tajuk LIWAT.. x kan nak tambah lagi cerita yang sensasikan?

petikan ini pun dh menghangatkan perbicaraan…

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu marah apabila bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Kalu citer lagi yg selanjutnya…mau penuh aku rasa MAHKAMAH dengan org awam + pemberitakan?? agak2 aku joint x?? hahaha

Tp…mcm x percaya kan..org yg berkedudukan tinggi, berkeluarga, berilmu melakukan perkara begitu pada org lain… emm..susah nak tafsirkan…..

Fikir…fikirla sendiri…

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
27th

Fahrin Menangis

Fahrin bengang!

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
2010/01/26

SERI KEMBANGAN: “Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?” keluh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih sehingga menitiskan air mata ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya pada sidang media di sini, semalam.

Kejadian itu, kata Fahrin, 30, mendorongnya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyampai radio, Linda Onn selepas bekas kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, menerusi laporan dua akhbar, baru-baru ini.

Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, pelakon berkenaan mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.

Fahrin yang ditemani peguam Tengku Naufal Tengku Mansor dan Ahmad Hafez Zaidi, menyatakan kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua akhbar berlainan pada 19 Januari dan 20 Januari lalu, mendakwa dirinya seorang kaki pukul dan tidak menghormati wanita.

“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu.

“Sebelum ini, saya terima banyak panggilan (telefon) yang bertanya sama ada benar saya ini kaki pukul. Saya sedih dengar perkara ini kerana sikap sebenar saya bukan macam itu. Saya seorang yang ceria dan suka senyum pada orang lain,” katanya.

Fahrin berkata, tindakan undang-undang diambil bukan kerana marah, tetapi terlalu kecewa dengan sikap Linda yang melemparkan tohmahan terhadapnya.

Pelakon filem baru, 2 Hati 1 Jiwa ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dua tahun dengan penyampai radio berkenaan walaupun mereka menafikan hubungan sebenar dan sekadar menyatakan status ‘teman tapi mesra’. “Cinta saya ikhlas dan ia tidak seharusnya berakhir begini. Bila habis bercinta, saya bercakap perkara yang baik dan tidak reka sesuatu yang boleh membuat orang lain berprasangka buruk.

“Sebelum ini, apabila saya putus cinta dengan Linda dan Scha Al-Yahya, saya cuma berdiam diri. Saya tahu risiko bercinta dengan selebriti, tetapi saya bersyukur dan tidak kesal dengan mereka,” katanya.

Fahrin juga menyatakan ketika kenyataan Linda hangat diperkatakan banyak pihak, dia bimbang kariernya terjejas apatah lagi dirinya mewakili tiga jenama produk ‘besar’. Bagaimanapun, katanya dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan pihak yang melantiknya sebagai duta produk manakala anggota keluarganya turut memberikan sokongan.

Pun begitu, sejak kedua-dua artikel berkenaan disiarkan akhbar, dia tidak pernah berhubung dengan Linda.

Pelakon itu menegaskan, walau apapun yang berlaku, dia tidak berdendam dengan Linda, malah mendoakan kejayaannya.

“Saya bukan berkomplot dengannya untuk mengadakan cerita sebegini. Apa yang saya lihat, perkara ini boleh merugikan kedua-dua pihak dan memecahbelahkan peminat,” katanya.

Tengku Naufal pula menyatakan, notis tuntutan itu menjelaskan Fahrin memberi masa tujuh hari sehingga Isnin depan untuk mendapatkan maklum balas daripada Linda.

Katanya, analisis terhadap laporan kedua-dua akhbar memberi maksud jelas berita berkenaan bertujuan menghasut masyarakat agar memberi persepsi buruk pada Fahrin.

Notis bertarikh 22 Januari lalu dihantar kepada Linda dan kedua-dua akhbar berkenaan.

“Jika Linda gagal memberi respons kepada notis tuntutan ini, writ saman dan permohonan sewajarnya akan dibuat di mahkamah tinggi pada minggu depan. Bagaimanapun, jika sebaliknya, saman ini tidak dibuat,” katanya.

Mengenai jumlah writ saman yang ingin dikemukakan, Tengku Naufal berkata, ia akan ditetapkan kemudian selepas notis tuntutan selama tujuh hari itu berakhir.

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
25th

Bagaimana online dengan Tuhan

AKIBAT laju mengetuk papan kekunci, maka kesilapan ejaan sering terjadi. Pada mulanya kita hendak mengakses “Online” (Utusan Online misalnya) yang terjadi: “Onlie”, sedang menipu!

Justeru tajuk ini buku terus memberikan sedikit tamparan; jangan sesekali “onlie” ketika ber -’online’ dengan tuhan, tuhan tidak bisa dibohongi, berterus terang sahaja malah sebenarnya tuhan lebih tahu apa yang terjadi!

Tajuk Buku: Online Dengan Tuhan – Berhubung Dengan Tuhan Melalui Talian Tanpa Wayar
Penulis: Zulkifli Khair
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Halaman: 114 muka surat
Harga: RM13.00



Penulis buku ini merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga merupakan seorang jurulatih sambilan penulisan kreatif.

Mungkin nama beliau kurang dikenali selain pernah juga menghasilkan buku, 501 Soal Jawab Tentang Haji dan Umrah dan Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji bersama PTS.

Namun beliau mempunyai pendekatan penulis yang ternyata berbeza namun sangat menarik.

Tanpa perlu ulasan dan hujahan fakta yang panjang lebar, seolah-olah menyedari bahawa pembaca hari ini sudah tidak mempunyai masa untuk itu semua. Kecuali mahukan bacaan yang santai dan straight to the point maka buku ini sangat memenuhi cita rasa itu.

Jika secara mudahnya online dengan Tuhan itu boleh dimaknakan sebagai satu kaedah komunikasi antara seorang hamba dengan Maha Pencipta tanpa sebarang halangan, tanpa perantaraan, tanpa wakil; sangat bersemuka antara satu sama lain.

Walaupun ada yang menyifatkan hubungan atau komunikasi dengan tuhan itu bersifat komunikasi sepihak (sehala) namun yang jelas secanggih manapun ciptaan manusia untuk berkomunikasi dengan segala macam peralatan dan teknologi tetapi sedarilah sejak zaman nabi Adam, online bersama tuhan itu telah berlaku sehingga tiada titik tamatnya.

Zulkifli berjaya membuka satu ruang lingkup yang luas, yang tidak tertumpu kepada kupasan hubungan tersebut tetapi beliau kaitkan dengan pelbagai situasi dan fenomena. Dari topik wahyu (tanpa wayar), Al-Quran merupakan browser, bukan semua yahudi adalah jahat, kejahatan zionis melancarkan perang siber, apa yang patut diterima (accept) dan patut ditolak (delete), blog dan laman web yang mengeratkan lagu hubungan manusia dan tuhannya sehinggalah klik connect untuk cinta. Iaitu terdapat 33 bab yang kesemua mempunyai huraian dalam bahasa yang naratif, mudah dan penuh dengan motivasi. Di tambah lagi dengan pelbagai kutipan kata-kata dan kotak-kotak fakta menjadikan keseluruhan buku ini sangat menarik dan begitu meninggalkan kesan kepada pembaca!

Sementelah dengan harga yang sangat kompetitif murah, berbanding apa yang anda bakal peroleh, maka penulis ini bukanlah seorang yang hendak meraih untung.

“Sembahyang dan doa adalah contoh komunikasi dengan tuhan tanpa wayar, malah jauh lebih hebat berbanding jalur lebar (broadband). Manusia tidak perlu mempunyai modem dan router serta tidak perlu membayar bil untuk berkomunikasi dengan tuhan.

“Hanya dengan mendirikan sembahyang dan memanjatkan doa di mana sahaja di muka bumi ini, kita dapat berhubung terus dengan Tuhan,” (M/S 80)

Walaupun ada menyifatkan komunikasi yang berlaku merupakan sehala (one way communication) iaitu kononnya tidak mendapat sebarang tindak balas dan jawapan daripada tuhan secara mutlak namun saya percaya keberadaan Allah itu dapat kita rasakan berada di sisi dan itu sudah cukup bermakna kepada seorang hamba-NYA.

Tidak sahaja percaya bahawa Allah sedia mendengarkan, namun yang jelas Allah tidak akan pernah jemu, berbanding andai kita berkomunikasi dengan manusia!

Di petik dari Utusan Malaysia

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
17th

[SUSULAN] Tunangku isteri orang

Ini adalah susulan jawapan dari Nurr Famy atas dakwaan bapa ‘tunang’ nya mengenai pernikahan mereka.

BUKIT MERTAJAM: Keluarga Inspektor Nurr Fahmy Abu Samah, 28, bakal pengantin yang mendakwa ditipu bakal isteri masih berstatus isteri orang sehingga menyebabkan majlis perkahwinannya dibatalkan, menafikan dakwaan keluarga ‘pengantin perempuan’ mereka tidak pernah menemuinya.

“Pada hari raya kedua, dua tahun lalu, saya bersama emak, Nurr Fahmy, dua adik perempuan dan dua anak saya mengunjungi keluarga Wan Azura di rumah mereka di Kampung Gial, Perlis untuk merisik.

“Malah, sebelum kunjungan itu saya ada beritahu Wan Azura mengenai tujuan berkenaan dan dia berkata akan memaklumkan kepada ibu bapanya.

“Kami menemui sendiri ibu bapanya, namun saya tidak pasti sama ada Wan Azura ada beritahu atau tidak tujuan kami menemui orang tuanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan bakal pengantin yang juga seorang pegawai polis berpangkat inspektor, Nurr Fahmy Abu Samah, bukan saja berhabis RM25,000 tetapi mendakwa ditipu bakal isteri apabila majlis pernikahan yang ditetapkan pada 1 Januari lalu terpaksa dibatalkan.

Ia kerana ketika tiba di rumah Wan Azura yang juga seorang anggota polis berpangkat lans koperal, hanya dia yang menyambut rombongan pengantin lelaki dengan hanya berkain batik dan baju-T manakala tiada sebarang persiapan di rumah berkenaan.

Zainuha berkata, dalam pertemuan itu tiada kata putus mengenai majlis yang dirancang, namun pada Ogos lalu, Wan Azura mendesak diadakan majlis pertunangan dengan Nurr Fahmy sebelum ia ditetapkan 28 November lalu.

“Kami tidak tahu mengapa Wan Azura beria-ia mahu bertunang segera, namun pada hari pertunangan, bukan diadakan di rumahnya tetapi di Masjid Alor Merah, Alor Star berdekatan Kedah Medical Centre (KMC) kerana menurutnya keluarganya ada di KMC berikutan datuknya sakit.

“Pada mulanya dia meminta majlis diadakan di surau, tetapi kami memutuskan untuk mengadakannya di masjid berdekatan dan peliknya ketika itu hanya ada Azura, adik perempuannya dan seorang wanita yang didakwa mak ciknya,” katanya.

Zainuha berkata menjelang hari perkahwinan, Wan Azura bertegas mahu menguruskan semua urusan termasuk menetapkan tarikh akad nikah dan bersanding bersendirian.

“Dia bersungguh-sungguh mahu melakukannya sendiri dan menyatakan semuanya berjalan lancar termasuk memberitahu hasrat bapanya hendak membeli tiga lembu untuk majlis persandingan nanti,” katanya.

Sementara itu Zainuha berkata, Nurr Fahmy sudah membuat laporan di Balai Polis Seberang Perai Tengah semalam untuk menuntut hantaran yang diberikan selain penipuan status.

“Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Wan Azura ada datang rumah Nurr Fahmy dan meminta duit hantaran RM8,008 dan mas kahwin, RM1,331 untuk digubah.

“Sebelum itu, Nurr Fahmy memberinya wang tunai kira-kira RM10,000 untuk membeli tiga lembu dan menempah hotel pada majlis persandingan yang dirancang diadakan di Sungai Petani 10 Januari lalu,” katanya

Di petik dari Harian Metro

————————————————————————————————————————————————

Kalu baca kenyataan Nurr Fahmy tu kan :

“Pada mulanya dia meminta majlis diadakan di surau, tetapi kami memutuskan untuk mengadakannya di masjid berdekatan dan peliknya ketika itu hanya ada Azura, adik perempuannya dan seorang wanita yang didakwa mak ciknya,” katanya.

Aku jadi pelik la…mcmmana la pulak nak bertunang dn merisik buat kat masjid yek?? x logik la… umahkan ada.. sekurang2 nya pun,derang mesti buatkat umah mak ciknya..

Boleh lak cakap ’seorang wanita yang didakwa mak ciknya’. Nampak sangat x mengenali keluarga si prempuan secara mendalam…ishk..ishk..ishk…

Dulu aku nak kahwin ngan my IR pun…aku kenal sumer ahli keluarga pihak lelaki…pelik..pelik..pelik…

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
15th

Tunangku isteri orang

Oleh Fuad Hadinata Yaacob, Zulfa Mohamad, Nor Husaini Nor Majid dan Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: “Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.

KESAL…Zainuha (kanan) dan Zainab menunjukkan laporan polis yang mereka buat selepas keluarga berhabis RM25,000.

KESAL...Zainuha (kanan) dan Zainab menunjukkan laporan polis yang mereka buat selepas keluarga berhabis RM25,000.

“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.

Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.

Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.

Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.

Nurr Fahmy berkata, anggota rombongannya terpinga-pinga apabila ketibaan mereka tiada disambut sesiapa sama ada di masjid atau rumah bakal pengantin perempuan. “Majlis pernikahan dijadualkan pada jam 10 pagi dan kami tiba di masjid jam 9.45 pagi, tapi mendapati tiada sesiapa di situ. Hampir setengah jam menunggu, bakal isteri menelefon dan meminta saya dan rombongan ke rumahnya.

“Mengejutkan apabila kami dapati tiada persiapan dilakukan, malah hanya dia berseorangan di rumah dengan cuma berkain batik dan baju-T. Apabila ditanya ke mana ibu bapanya, dia kata tak tahu, sebaliknya mengajak saya berkahwin di Thailand.

“Selepas rasa tertipu, saya mengajak rombongan kembali ke hotel sebelum kami pulang ke rumah ibu angkat di Sungai Petani,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Kejadian itu menyebabkan keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.

Nurr Fahmy berkata, dia bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian dan lebih mengecewakan tergamak membohonginya.

“Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang.
“Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang.

“Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih,” katanya.

——————————————————————————————————-

Macam2 sekarang nie kan??

Pelik kan..makin pelik aku tgk keadaan sekeliling.. macam mana dia leh sembunyikan status dia yek?? pandai tul berlakon..

Kalu baca kenyaataan dia :

Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.

xkan la x leh tnya kengkawan dia.. dia berkawan dgn perempuan tu je ker?? ishk..ishk..ishk…

Semoga menjadi iktibar kepada sumer orang.

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
7th

It’s family day out for the bloggers

THE number of bloggers has been increasing over the years and some of them got to meet one another at the Nuffnang Friso Gold Family Day Out event at Kizsports and Gym 1 Utama.

The theme of the event was “Curious Kids Need To Be Tough Inside”.

“Most of the parents here today are new bloggers. This event is a good opportunity for them to have a good time with their children as well as meet others in the blogging community,” said Mira Abu Bakar or better known as Red Mummy.

Her children aged between nine and six had enjoyed the activities organised during the first family day event held in November 2008.


Having a ball: Mafeitzeral with his wife, Haniza Abd Jalil, 33, a radiologist, and their three children (from left) Myftzal Dzaeffran Qayyum, 4, Myra Durratun Qaisya, 2, and Marissa Daania Qystiena, 10 months, enjoying some quality family time at Kizsports and Gym during the Nuffnang Friso Gold’s Family Day Out.

She said her five-year-old blog enjoyed more than 4,000 hits in a day and a lot of people visited her blog to find out more about her children who were enrolled in Chinese schools.

Petaling Jaya Utara MP Tony Pua who was also at the event with his wife and two children, aged five years and eight months, said this was the first time he heard about the event.

“It’s a great event for children to have fun. My eldest she enjoys the Playland,” Pua said.

Mafeitzeral Mamat, 33, an anaesthetist, had been looking forward to the event ever since he attended the first in November 2008.

“This is something we look forward to and I kept looking out for announcements since November last year.

“I’m also looking rward to finding out more updates on children’s health from the talks scheduled today,” Mafeitzeral said, adding that this time his wife was with him and it made it easier to take care of the children.


Energetic tots: In this game organised for them during the Family Day, the children were required to dance and stop with the music.

Parenting author and columnist Ruth Liew, who is also Friso Gold’s nutritionist, delivered a talk on children’s immunity at the event.

About 200 children, parents and parents-to-be attended the event.

Nuffnang Malaysia country manager Nicholas Chay said the first family day, attended by about 250 people, was a resounding success.

“This year’s theme is children’s immunity because we want to stress on the importance of keeping illnesses at bay with a healthy immune system,” Chay said.

The event was organised by Nuffnang Malaysia and Dutch Lady Milk Industries Berhad and was by invitation only.

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
27th

Pasangan yang bahagia….

Wah…sekarang nie org dok htr emel gambar pasangan bahagia ni..

dr emel yahoo, gmail dan emel opis pun aku trima ko…

Siapa lagi kalo bukan NORMAN HAKIM dan MEMEY SUHAIZA…

wah…berdua bersama bermadu asmara la pulak..hikhikhik

img

img

NI mandi manda kat mana la pulak..

siap di bawa anak nya bersama…

habis kene kepit si kecik nie..hehehe

img

img

img

NI gambar rasanya dh pernah siarkan??

Amboi..siap pegang erat lagi lengan si Norman..hehehehe

img

img

Ayooo….ayo…makan hati x si Abby bila tgk gmbr anak2 nya mencium pipi memey…

dalam kete ni aku rasa derang snap…

img

sama ada korang pasan @ tidak la..

gambar si Memey kene cium dek anak2 abby tu pakai baju yang sama ketika majlis sambutan hari jadi..

baju merah gak kan??

Cuma dalam gambar ini x kelihatan wajah Memey…sama ada mereka berjumpa selepas majlis @ sebelum @ kebetulan gmbr di ambil ketika memakai baju yang sama….

Wah..wah..wah..dh macam blog gossip artis la pulak blog aku…hehehe.. saja jer kasi tempek gambar ni..

maklmum la..hujung minggu…kan ada yang menarik nak di ceritakan..tunggu esok jerla..hehehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes