Nov
3rd

Tiket Konsesi Negeri Melaka

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah melancarkan Tiket Konsesi yang bertujuan untuk menggalakkan serta memberikan peluang kepada para pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi muzium – muzium serta galeri yang terdapat di Negeri Melaka.

Tiket Konsesi ini boleh didapati di semua kaunter tiket muzium dengan kadar harga RM 3.00 bagi pelajar / kanak – kanak dan RM 10.00 seorang bagi dewasa di mana para pemegang tiket konsesi ini boleh mengunjungi 9 buah muzium dan 3 buah galeri seperti berikut :

a) Kompleks Muzium Stadthuys :

  • Muzium Sejarah dan Ethnografi
  • Muzium Sastera
  • Muzium Pendidikan Melaka
  • Muzium Tuan Yang Terutama Negeri Melaka
  • Muzium Pemerintahan Demokrasi
  • Galeri Laksaman Cheng Ho

b) Kompleks Muzium Samudera :

  • Muzium TLDM
  • Muzium Fasa I (Kapal Flor De La Mar)
  • Muzium Fasa II

c) Muzium Istana Kesultanan Melaka

d) Galeri Melaka

e) Galeri Ketua Menteri Melaka

Bagi memberi kesempatan kepada para pengunjung mengunjungi ke semua muzium dan galeri ini, PERZIM menawarkan kunjungan selama 2 hari bagi membolehkan mereka menghabiskan lawatan ke muzium dan galeri tersebut. Tempoh promosi Tiket Konsesi ini diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah menghubungi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) di talian 06 – 2827464.

Sekian, terima kasih.

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jun
17th

Pusing2 dalam Animal World Safari

wah…cik sumi nie, x habis lagi ker kat Melaka…..
x per…ni last entry…
pas ni dah habis…hehehe

ni sambungan entry dari A Famosa Animal Safari
Dah habis turun dari truck tu, aku g LADANG AYAM…..

P6078076

Welcome to Chicken Farm...

P6078079

manyaknya ayam.....huhuuuhuhu.......

P6078078

nak gak bergambar sebelah ayam anak aku nie...

kuar dari ladang ayam….
kitaorang kene lalu lak kawasan kandang ni…
pasal nak g makan memang kene lalu cini gak…
binatang nie duk dalam kandang jer…
sambil2 jalan…leh lah berposing2 dulu…..hehehehe

P6078087

Zulfadhli pun x lepas peluang nak bergambar gak...hehehe

Danial wth animal

Danial bersama binatang peliharaan.....hahahaha

P6078111

punya la takut aku nak sentuh kuda nie....siap ada org nak tolong aku lagik..hahaha

Kuda

puas aky tarik danial ajak ambik gambar....punya la dia takut..mcm ibunya...hahaha

selesai sudah acara di animal world safari…
petang tu jugak aku pulang ke KL…
penat woo……
tapi sebelum pulang aku singgah kejap umah kawan aku…
nurul…sebelom dia kawen dah ajak..
cuma x berkesempatan nak singgah…
akhirnya terlaksana sudah impian tu..

so….TERIMA KASIH pada opis aku..
sebb wat FAMILY DAY kat A’Famosa…
at least sambil beriadah leh gak berkumpul berama rakan dan family…
semoga akan2 datang leh wat di tempat lain lagi…

- S.E.L.E.S.A.I-

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jun
16th

A Famosa Animal Safari

k.. kali ni kita melawat haiwan lak….
Animal Safari ala-ala Zoo Negara…..
cuma kat cini bukan haiwan yang dikurung…
tetapi pelawat yang dikurung…
maka haiwan pula yang berkeliaran..
maka AWAS!! jangan terlepas sudah………

P6078017

sempatla bergambar dipintu masuk......

P6078037

tgk la Danial..sementara tunggu truck, sempat lagi memanjat.....

P6078038

masa ni x ramai orang lagi.... leh la rileks2......

P6078068

ini la rupanya truck yang aku akan naik...

P6078039

yee....bermula la acara melawat haiwam..hehehe

P6078047

oh..belakang Danial ada kambing...

P6078049

ni lak gambar rusa

Animal 1

inilah binatang2 yang ada...

Animal 2

nak ku attach kan satu persatu banyak...maka ku gabungkan aja...

P6078053

tu dia...masih sempat bergambar walaupun dalam truck...muahahaha..

P6078070

habis jer pusing round, aku tgk ramai dah beratur...sebaik aku g awal..x derla sesak..

lepas aku ngan anak2 aku tgk binatang dalam taman…
kitaorang pusing dalam animal safari tu pulak..
yang kali nie binatang duk dalam kandang lak..
aku lak yang merayau-rayau..
hahahaa…………

so…tu cerita tuk next entry la pulak..
klau aku sumbat dalam satu page nie..
jenuh lak nak mambaca kang…
k… tunggu next episode..
(pergh…dh macam drama sebabak lak..)
muahahahaaaaaaaa……..

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jun
15th

A Famosa Water Park

Hehehe………….masih x habis lagi aku nie mood Family Day…
so..meh continue lagi…

mcm biasa… kat A Famosa nie ada Water Park gak..
x der la besau sangat……
tapi kalu nak best g la Sunway Lagoon yek..
kat citu..macam-macam ada……..

Kat Water Park nie ada kolam dewasa ngan kanak2 la…
disebabkan aku ni mempunyai anak2 bawah 5 tahun..
terpaksa la duk jer kat kolam kanak2 tu……
kolam dewasa x dapat la nak merasa dah….
kanak2 pun kanak2 la..
janji leh mannnnnnnnnddddddiiiiiiiii…………….

P6067999

ishk...rugi aku x leh mandi kat cini

area tu sumer orang dewasanya…
aku x leh la nak mandi citu…
dh namanya bawa anak2 kan…
x per…sebaik dulu aku pernah mandi kat sunway lagoon…….

P6067998

kehulur hilir org nie bawa tiub tu..........

korang tau, nak g ambik tiub tu..
beratur kemain panjang….aku rasa kalah tiket nak ambik bola….
x koser aku nak beratur panjang gitu……..

P6067997

kolam yang sedang diperbaiki

kolam nie tuk kanak2 gak…
tapi under construction……
x tau la bila nak bukak tuk public…….

P6067993

Arabian Village...kononya..

inilah kolam kanak2 yang aku maksudkan….
tapi aku nengok kan, bukan kanak2 jer kat sini….
mak bapak pun joint….
x terkecuali aku…….
muahahaaaaaaa………..

P6067949

nila ghupanya arbian kampung...hahaha

P6067950

wah danial...dah mula nak mandi

Danial masa memula nampak ni…
dah x keruan…… x nyempat2 nak pakai suar mandi……
ada ker Iskandar x moh pakai suar…..
nak bogel apa kat citu….
bikin malu aku jer……….
hahaha…………..

P6067963

tu dia...Iskandar...dh x ingat ibu dah

P6067966

Danial x yah suruh dah naik sendiri.........

P6067975

ohw...acara bergambar sure x lepas.......hahahaha

haha………x sempat la nak ambik gambar aku mandi….
sebab nak kawal 2 orang anak susah woo….
maka…camera aku terpaksa letak kat beg….
maka…mandi lah aku anak beranak tanpa gangguan paparazi………..
hahaha…………….

P6067995

ni la ghupanya bila dipaksa balik......

P6068000

sanggup jalan x pakai baju pasla x moh balik....

bila sebut nak balik….
memasing cuba melarikan diri……
payah tol aku…….
terpaksa la jalan tanpa salin baju dulu….
tapi aku pakai kan baju gak…
takut selsema…dah la petang….
nanti demam lak..lagi satu hal…

so…bersambung untuk part lain lak yek……
tunggggggguuuuuuuu……………

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jun
12th

Acara Mewarna tuk anak-anak

wah…ni la acara yang aku tunggu2 kan…
aku acara lain x minat…
acara nie jer…
sebab aku nak tgk anak aku melukis…

korang layanjerla gambar kat bawah yek…
layaaaaaaaannnnnnnnnnnn…………………

P6067873

Iskandar dah standby kat meja melukis dah...

P6067871

Anak aku nie senang tol dapat kawan...siap berborak lagi

P6067872

ni anak sepupu aku , Ayu...

P6067883

yang kat belakang tu tgh agih kan pencil kaler...aku numpang bergambar sekali..hahahaha

P6067885

wah....bebudak kalu dapat kaler pencil...sonok kemain

P6067904

acara melukis sudah bermula...

P6067915

memula jer sumer serius...

P6067921

Gaya Iskandar melukis

P6067924

Danial, asal kaler pokok jer...kaler la yg lain nak oit...

P6067920

hahaha...ayahnya kene la jaga baby...dah ibunya sibuk ngan 2 hero tu..

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jun
11th

D'Sayvour Condo, A Famosa Melaka

Entry nie aku just tunjuk rumah penginapan aku…
sempat la aku snap beberapa keping gambar…
mana la tau, kot2 ada yang nak g..
leh lah bayangkan serba sedikit CONDO ni…

P6057755

ini lah ruang tamunya...

P6057757

meja makan dengan dapurnya

P6057754

ni dapur kering...dapur basah x sempat snap..lupa lak..hahaha

P6057751

ni bilik utamanya.. ada 2 katil Queen

P6057752

ni bilik ke-2... pun ada 2 katil Queen gak

P6057756

inilah pemisah antara bilik atau bahasa mudah 'DINIDING' muahahaha

Permandangan dari luar condo

Permandangan dari luar condo

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jun
11th

Family Day at A'Famosa

Ni citer aku g Family Day…
Family Day opis aku… kat A’Famosa.. 3 hari 2 malam
so..nampak gayanya entry kali nie berperingkat2 la…
nak update terus menerus pun susah..
ada kerja lain gak nak wat…

standardla aku... mesti ambik gmbr penginapan

standardla aku... mesti ambik gmbr penginapan

kali nie aku duk kat D’Sayvour Condo
ada lah 2 bilik tido, 2 bilik air…
dapur memasak pun ada…
tp aku x masak la..
sebab makanan dah include sekali..

sebenarnya area citu x leh ambk gmbr...tp PEDULIK apa aku...aku tetap gak ambik.. muahaha.......

sebenarnya area citu x leh ambk gmbr...tp PEDULIK apa aku...aku tetap gak ambik.. muahaha.......

malam tu sempat la pusing2 COWBOY TOWN…
area citu ada THEME PARK yg x berapa THEME PARK la…
rasanya sonok lagi kot FUN FAIR kat umah aku tu…
muahahaaaaaa…………

P6057746

takut tol danial ngan singa tu...ambik jejauh jer...

sempat la aku ambik gambar ngan singa tu..
tp ambik jejauh jerla…
lagi pun NOT ALLOWED OUTSIDE CAMERA kan…
so..aku main snap jerla..
jauh pun jauh la.. muahahaaaaaa……..

P6067782

udah standby nak turun padang...gehgehgeh..

esoknya acara bermula….
pepagi aku anak beranak dah bersiap..
g sarapan dulu la… kang x makan lapor la pulak..
lepas tu terus ker padang..
acara sukan bermula la…

P6067867

ramai sunguh org...tp bila petang jadi surut..hahaha

masa nie la baru leh jumpa sumer…
maklum la… time nie la leh bersua muka..
kalu tidak….. KERJA…KERJA…KERJA…
hehehehe…. (mcm banyak benor keje kan?)

P6067868

pepagi wat senaman ngan menari poco-poco

biasalah…acara pembukaan…
bersenam sambil menghirup udara yang segar…
sebaik cuaca ok…
cuma x der angin la…
jadi…panas rasanya udara…

P6067915

tekun tol anak2 aku mewarna

aku x der masuk acara apa2 pun…
untuk anak2 aku masukkan acara mewarna…
ala…….just conteng2 jer…
bukan nyer betul2 derang kaler pun…
dapatlah hadiah saguhati…

P6067949

acara memandi sure x lepas...hehehe

belah petang nya…
lepas makan, terus g mandi kolam….
anak2 aku..jumpa kolam dh x reti nak naik..
jenuh aku memanggil…

P6068011

acara kemuncak waktu malam... DINNER TIME

malam tu DINNER bersama2….
TEMA DINNER warna BIRU
beberapa biji DURIAN dijamu pada setiap meja..

P6078017

lebih kurang cam zoo negara la...bezanya cuma naik kenderaan melawat binatang jer..

keesokan nya… last day kat A Famosa
pergi melawat Animal World Safari…
macam Zoo negara la..
cuma kita duk dalam kenderaan, binatang yg berkeliaran

P6078126

anak2 aku dah kelaparan.... sumer dia sapu...

petang waktu makan….
anak2 aku dah lapor…
makan sendiri la derang…
x moh dah aku suap…
derang nie suker makan mee berbanding nasi…
tapi kalu dh x der mee, nasi pun leh jugak

P6078133

masa untuk pulang.....

lepas makan..kitaorang pulang…
tapi sempat singgah umah member aku…
kira2 kul 4 ptg kitaorang bertolak dr melaka…
kul 6 petang br sampai umah…
jem giler arr…..

SELESAI sudah acara di A Famosa…
nanti aku detailkan sikit setiap cerita…
so…tunggu jerla entry berikutnya…
ni hanya gambar sekilas jer…
muahahaaaaaaa……………….

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes