Mar
2nd

Pertandingan Memancing Temerloh/MAEPS

MEMANCING TERBUKA TEMERLOH

Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 1.30 tengahari – 6.30 petang
Tempat: Taman Tasik Temerloh, Pahang
Juara: RM12,000.00, Kedua: RM4,000.00, Ketiga: RM2,000
Keempat: RM500.00 Kelima: RM400.00
Keenam – 10: RM200 dan ke-11 – 20: RM100
Yuran RM60/joran. 20 Cabutan bertuah.
Cabutan Bonanza: TV LCD32 inci.
Tel: 013-6322137

——————————————————————————————

MEMANCING MAEPS SEMPENA PAMERAN

PERABUT EKSPORT 2010 (EFE2010)

Tarikh: 7 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat: Kolam Maeps, Serdang
Juara: RM10,000.00, Kedua: RM3,000.00, Ketiga: RM1,000
Keempat – 10: RM200 Ke-11 – 20: RM100
Yuran RM50/joran. 10 Cabutan bertuah.
Cabutan Bonanza: Set Sofa bernilai RM5,000.00
Tel: 013-3113911

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
22nd

Results of the Nuffnang Friso Gold Family Day Out blogging contest are out!

Dear Nuffnanger,

Thank you for your participation in the Nuffnang Friso Gold Family Day Out, and we enjoyed reading all the entries you submitted for the post-event blogging contest! It was hard for us to pick, but we’re glad to announce that we finally have a winner!

The winner of a RM 1,000 cash prize is Wan Faziatul Amira Wan Mohd Salleh of http://emmira.blogspot.com! You can read the winning entry at http://emmira.blogspot.com/2010/01/exciting-family-day-out-nuffnang-and.html.

Congratulations Amira! For those of you who missed out, fret not as we always have a lot of exciting contests going on at Nuffnang, so do stay tuned to our blog to find out more!

Nota kaki : wah..Tahniah la Amira… memang best pun u punya entry… x perla..x der rezeki kat sumi.. tp alhamdulilah dh menang Voucher RM 100 Toy R Us pun dh cukupla..hehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
18th

My Photo Book sudah siap!

Hai…senang nya dalam hati… kalu dapat hari2 hadiah kan?? hehehehe

Last week aku dapat bungkusan dr City Link… sebelum nak cuti panjang…

img

Wah…tebal ko bungkusan itu…

siap gmbr peace lagi city link tu yek..hehehehe

img

Yer…nampak tu… siap posing lagi ko..hahaha

mcm la hadiah emas aku dpt kan??

img

Yer…. rupanya barang yang aku order melalui internet…

Yer… ingat x anak aku menang dalam peraduan yang di anjurkan MBP tu

img

Yer…dari PHOTO BOOKS

lama giler ko, baru nak redem VOUCHER tu..

siap call bagai.. cian Hanie..asyik kene ganggu dek aku jer..hehehe

img

Yer…aku buat konsep FAMILY BOOK la..

sumer ku kumpulkan gambar2 lama. hingga terkini…

img

Baru aku pasan…

aku tersalah letak TARIKH LAHIR anak aku ni…adess……. my IR yang pasan..

“Danial bukan lahir 15 Disember 2004 ker? kenapa dalam buku tu 14 Disember 2004?”

“errrk……salah ker?? adesss…cam ner leh x pasan?? hahahaha”

x perla… mesti pasal aku dh kelam kabut la nie…hehehe… nanti aku tampal jerla no 15 tu..hehehe

img

Ni wajah2 Iskandar dari lahir hingga sekarang…

kalu aku tgk balik gmbr nie… sumer dh sepesen jer..

baju sama, tilam sama…

img

Kebanyakkan barang2 yang Danial pakai. sumer di pakai balik oleh adik2 nya..

kiranya aku nie cermat sikit la menjaga barang2 mereka..

sbb aku x suker membazir.. nanti2 aku wat entry yek barang yg masih bertahan selama 5 tahun hehehe…

img

wah…korang..kalu sumernya aku tempek gmbr kat sini.. rugi la..

korang g la buat mcm aku nie…aku punya guna kulit majalah… 40 muka surat..

dalam 40 muka surat tu, korang nak letak 10 keping pun boleh..nak letak satu pun boleh.. terpulang… aku punya harga nya RM136.00

meh..meh.. g la PHOTOBOOK punya website…macam2 ada…….hehehee

Aku pun ada wat entry mcm mana nak buat photo book tu… korang leh rujuk SINI

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
9th

M Suites Hotel, Johor Bahru

Ni sedutan dari entry yang lalu.. di mana aku mengikut my IR pergi mesyuarat.. tp aku yg sibuk menumpang bercuti..hahaha

Ok…selepas aku chek out dr Mercure tu, aku check in lak kat M Suites Hotel dekat ngan Selat Tebrau ni..

img

Lokasi :

Situated at the border of the Straits of Johor overlooking Singapore, M Suites Hotel is a mere 15-minute drive from the Johor-Singapore Causeway. The hotel is strategically located with easy access to Johor Bahru business and shopping centers making it an ideal hotel destination for leisure and business travelers.

img

Lokasi memang tepi jalan… betul2 depan laut…

sangat senang nak cari Hotel ni…

img

img

img

ini lah Bilik yang aku menginap – Studio Suite Double

Harga biliknya mungkin berubah mengikut waktu semasa :-

  • Studio (sgl) – RM 190.00
  • Studio (dbl) – RM 200.00
  • Junior Suite (sgl) – RM208.00
  • Junior Suite (dbl) – RM 300.00
  • Exec Standard Suite – RM 380.00
  • Exec Deluxe Suite – RM 420.00

Laut gak

Dulu masa aku dtg sini pada awal tahun 2009 dlm bulan 4 rasanya…

permandangan masih chantik…belum lagi ada ada kerja2 pembaikan jalan lagi…

tp sekarang…………………..

img

Kerja2 sedang di jalankan… maka permandangan x berapa chantik la lagi…..

Ni adalah kali ke 2 aku datang menginap.. itu aku la..kalu my Ir punya perkiraan entah berapa kali dh menginap kat sini..

Dulu aku pergi masa dalam cuti bersalin, yg aku sambung cuti sebulan tu.. sempat la aku pergi ke Danga Bay ikut my IR g mesyuarat gak..

img

img

Standrd la… bilik air pun kene la view gak…

nak gak kene ambik kan…at least korang leh gak tahu berapa besar bilik tu …

mana tahu pas nie nak menginap kat sini lak..hehehehe

Katil

Dulu masa aku g…si Zulfadhli masih kecil lagi…………

dia x leh duduk dan berdiri..yang dia leh buat..hanya..tido..tido..tido…

tp sekarang masa aku bawa..dia dh leh duduk …korang tgk la sendiri……

img

siap mengamit aku lagi bila nak bergmbr… hehee..

nampak sungguh perbezaan dia masa dulu dn sekarang…

ala…comel tul anak aku nie… muahahahaaaaaaaaaaaaa……

img

ok..sebelum aku akhiri kisah hotel aku ini…

gmbr di atas menunjukkan rate internet di Hotel tersebut… kalu RM180.00 sebulan..baik sewa boradband CELCOM, baru RM60.00 muahahahaaaaaa…….

kalu nak ber WIFI yg free, kene trn lobby dia la… tp, memandangkan aku membawa anak.. amatlah sukar untuk bergerak sana ke mari bersama lap top dn anak..maka duduk jerla kat bilik yek…

K..kalu tingin nak menginap kat sini.. leh rujuk laman web M-SUITE HOTEL ni yek.. lagi senang..

untuk menghubungi Hotel M-Suite ni boleh la berhubung melalui alamat yg tertera :-

m-suites@tm.net.my for all general enquiries, booking or comments

sales@m-suites.com for corporate sales enquiries

Looking forward to serving you!

M Suite Hotel Sdn Bhd
16 Jalan Skudai, Straits View
80200 Johor Bahru
Johor, Malaysia.

Tel : +607 22 11 000 Fax : +607 22 60 380
E-mail :
m-suites@tm.net.my Web : http:// www.m-suites.com

Terima kasih kerana sudi membaca entry aku yg pajang lebar ini…  :)

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Jan
21st

Bahana ‘kemaruk’ laman sosial

LAMAN web rangkaian sosial telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Semua lapisan masyarakat baik golongan pemimpin, golongan profesional sehinggalah peringkat kanak-kanak boleh dikatakan majoriti mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Antara yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Manakala laman Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.

Statistik ini menunjukkan ‘kegilaan’ terhadap aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu ‘rutin’ dalam kehidupan ‘pencinta’ laman web rangkaian sosial ini. Ia seolah-olah menjadi satu ‘ketagihan’ bagi pengikut fanatik laman web sosial ini sehingga ada yang sanggup berjaga sampai larut malam bersengkang mata demi untuk berkomunikasi secara maya.

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan ‘permainan’ interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus ‘melekat’. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.

Tidak hairanlah seramai 350 juta pengguna telah mendaftar laman web sosial Facebook di peringkat global dan seramai 6.2 juta pengunjung telah mengunjungi laman ini di Malaysia.

Fenomena ‘kegilaan’ terhadap aktiviti ini memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat sehingga ada yang menjadikan membuka laman web sosial ini sebagai ’sarapan pagi’ sebelum melakukan aktiviti harian yang lain. Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini ‘pencinta’ laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini informasi dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit.

Kecanggihan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan menambahkan lagi ‘keghairahan’ pengikut setia laman web sosial ini untuk terus berhubung. Tidak dinafikan kewujudan laman web sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, ekawan dan sebagainya dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita, mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan oleh pengguna laman web rangkaian sosial ini.

Di sebalik kebaikan yang dinikmati, terselit kesan buruk laman web rangkaian sosial ini. Terdapat segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman ini untuk memerangkap gadis-gadis yang mudah dipujuk rayu.

Bermula dengan sembang secara maya, lama kelamaan kemesraan yang terjalin membangkitkan ‘keinginan’ untuk bersua muka bagi mengeratkan lagi hubungan. Natijahnya, ibarat habis madu sepah dibuang, lelaki yang tidak bertanggungjawab meninggalkan gadis yang terpaksa mengandung anak hasil daripada keterlanjuran.

Dengan angka pengguna Internet di Malaysia menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka terus meningkat, pastinya tindakan sewajarnya perlu dilakukan sebelum lebih ramai lagi wanita-wanita Malaysia akan menjadi ‘korban’.

Kita juga khuatir jika ‘kegilaan’ laman web sosial ini membantu meningkatkan kes perceraian. Apa yang lebih membimbangkan jika anak-anak yang masih di bangku sekolah turut terpalit hasil kecanggihan teknologi maklumat ini.

Fenomena ini perlu dikawal agar tidak ada lagi gadis Malaysia yang terperangkap dengan jerat ‘cinta ekspres’ maya.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Perlis

- Di petik dari Utusan Malaysia

—————————————————————————————————————-

Ishk…ishk…terasa sungguh aku….

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan ‘permainan’ interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus ‘melekat’. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.

Skrg nie dh lama x berladang… sbb x der masa nak ngadap komputer bila balik kerja…huhuhu….

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
27th

Pasangan yang bahagia….

Wah…sekarang nie org dok htr emel gambar pasangan bahagia ni..

dr emel yahoo, gmail dan emel opis pun aku trima ko…

Siapa lagi kalo bukan NORMAN HAKIM dan MEMEY SUHAIZA…

wah…berdua bersama bermadu asmara la pulak..hikhikhik

img

img

NI mandi manda kat mana la pulak..

siap di bawa anak nya bersama…

habis kene kepit si kecik nie..hehehe

img

img

img

NI gambar rasanya dh pernah siarkan??

Amboi..siap pegang erat lagi lengan si Norman..hehehehe

img

img

Ayooo….ayo…makan hati x si Abby bila tgk gmbr anak2 nya mencium pipi memey…

dalam kete ni aku rasa derang snap…

img

sama ada korang pasan @ tidak la..

gambar si Memey kene cium dek anak2 abby tu pakai baju yang sama ketika majlis sambutan hari jadi..

baju merah gak kan??

Cuma dalam gambar ini x kelihatan wajah Memey…sama ada mereka berjumpa selepas majlis @ sebelum @ kebetulan gmbr di ambil ketika memakai baju yang sama….

Wah..wah..wah..dh macam blog gossip artis la pulak blog aku…hehehe.. saja jer kasi tempek gambar ni..

maklmum la..hujung minggu…kan ada yang menarik nak di ceritakan..tunggu esok jerla..hehehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
19th

Geng Blogger? Apa tu?

Pernah x korang dengar IMCURTAIN? BLOGUNITED? INNIT? pernah yek??

Kalu GENG BLOGGER? Pernah x?? x pernah?? ishk..ishk..ishk….

Sekarang nie dh populer dh ko..aku pun sebenarnya baru tahu,… itu pun tahu dari blog En Megat, kalu tidak sampai sudah x tahu…

Senang jer nak joint GENG BLOGGER nie…

gengblogger

Sesenang 1,2,3… mcm nak tempah tiket kapal terbang guna HP tu la.. sesenang tu jer kan?

gengblogger

Aku dah daftar.. korang bila lagi?? Ini lah GENGBLOGGER di mana kesemuanya berbahasa melayu dn di tubukaa oleh org melayu.

x silap aku nama nya BEN.. (maaf kalu salah..huhuhu!)

gengblogger

Kalu korang dah daftar, korang hanya perlu klik PING BLOG SAYA untuk menghapdet entry korang… x yah susah2 nak taip balik entry tu..

Ia automatik ko.. senang kan??

Mari kita support2 org kita. bila lagi nak support.. nak harap hulur duit, memang x mampu, kita support secara moral dengna menyebarkan maklumat kepada yang lain..

Jom joint GENG BLOGGER!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
14th

Facebook family sumijelly

wah..sekarang nie peratusan org memiliki FB hampir kesemuanya.. korang pun mesti ada FB..

Ha..ni nak citer cikit jer la.. rasa2nya..semua ahli keluarga aku dah memiliki FB, kecuali MAK aku jer…hahahaha…

Family FB

Tgk..tgk…dari abang aku yang pertama kedua, pas tu akk aku dan terakhir adik aku…

Yer..sila lihat..nama ayah aku pun ada yek..hahahaha…. Sebaik mak aku x reti..kalu tidak….habis arr..berebut2 la pc kat umah tu pulak.. :)

Meriah tul..sok2 x yah nak tepon2 la..htr jer status kat FB..confirm ahli keluarga aku baca… hahaha :)

Selamat ber FB la, wahai keluarga ku!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
11th

Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Ke 64

Selamat pagi sumer…wah..hari nie aku dh start keje… setelah 3 hari bercuti…emm…bukan bercuti..tp berehat yek…hari nie kene la keje kan…

Negeri Selangor hari ni bercuti sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Ke 64. Aku yg duk kat Selangor kene la keje…huhuhuhu….

Sultan Selangor

wah…segak sungguh Sultan Selangor kita yek… korang ingat x nama baginda…??

Nama baginda adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Pergh..Panjang tul nama Baginda…semoga Baginda sihat walafiat sehingga akhir hayat…Terima lah doa dari anak Rakyat Selangor.. AMIN..

x per.. x per…. tahun depan bulan Februari kan Hari Wilayah Persekutuan lak…hehehe..

Kepada yang bercuti hari ni, selamat bercuti la yek… yg keje tetap keje..kalu nak cuti jugak, tunggu sabtu dan ahad..leh bercuti bersungguh..sungguh…

ala lagi 8 jam je lagi… kul 5 ptg dh balik….hehehe. K sambung keje yek..kang jap2 lagi nak umumkan pemenang lak…

So…stanby sumer depan PC..hehehe..nak tahu siapa kah yg bertuah mendapat GIVEAWAY dari Sumijelly??

Dah bersedia…?? tunggu di next entry yek..

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Nov
27th

Qurban yang di bolehkan

Korban atau qurban ialah menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T..

Binatang yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (kibas).

unta

lembu

Kerbau

kambing

biri-biri

Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya.

Diambil daripada Wikipedia

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes