Mar
1st

Pantang larang ber e-mel

Dewasa ini, e-mel merupakan cara berkomunikasi yang popular. Walaupun tidak bersua muka dengan si penerima e-mel, setiap orang perlu mengetahui etika sesuai apabila berurusan dengan insan lain. Jangan anggap anda tidak dapat melihat muka si penerima bermakna anda tidak perlu menjaga hati dan perasaan mereka. Berikut adalah peraturan yang perlu anda ambil perhatian apabila anda berkomunikasi menggunakan e-mel dalam kehidupan seharian.

PERATURAN PERTAMA

- Apabila menghantar e-mel, dilarang menggunakan HURUF BESAR apabila menaip keseluruhan mesej anda. Menggunakan HURUF BESAR dalam mesej e-mel boleh disamakan seperti menjerit pada penerima. Keadaan ini juga boleh dikira kurang sopan dalam lingkungan penggunaan Internet. Jika anda mahu menggunakan perkataan tertentu, anda seharusnya meletakkan tanda (*) sebelum dan selepas perkataan tersebut.

PERATURAN KEDUA

- Sebelum menghantar mesej elektronik, anda seharusnya membaca semula bagi memastikan kesahihan maksud yang hendak anda sampaikan itu. Jika menghantar e-mel bagi urusan rasmi, pastikan setiap perkataan dan ejaan yang ditulis tidak mengandungi sebarang kesalahan. Perlu diingat bahawa mesej e-mel anda melambangkan diri anda sebagai seorang individu terutamanya pada si penerima e-mel. Penulisan bahasa rojak pula hanya boleh dilakukan terutamanya kepada kawan baik ataupun mereka yang betul-betui anda kenal sahaja.

PERATURAN KETIGA

- Dilarang ’spam’. Menghantar ’spam’ kepada seseorang bermakna anda menghantar sebarang bentuk pengiklanan dan beberapa bentuk ‘junk’ e-mel kepada si penerima tanpa kebenaran mereka. Bukan sahaja kurang sopan tetapi ’spamming’ adalah
kesalahan besar dalam dunia internet. Sebelum menghantar sebarang bentuk pengiklanan
dan sebagainya, anda perlu memastikan anda mendapat kebenaran mereka.

PERATURAN KEEMPAT

- Tidak seperti komunikasi dua hala yang membolehkan seseorang itu bersemuka dengan si penerima, e-mel kehilangan bentuk penggunaan pergerakan badan seperti senyum, menangis, ketawa dan sebagainya. Bagi menggantikan penggunaan pergerakan badan, penghantar e mel selalunya menggunakan simbol yang dikenali sebagai ‘emoticon’. Anda boleh menggunakan ‘emoticon’ bagi membantu anda memberitahu perasaan dan fikiran anda. Sebagai contoh, untuk menunjukkan anda tersenyum, anda boleh gunakan noktah bertindih, sengkang dan penutup kurungan seperti berikut:-). Terdapat pelbagai bentuk dan simbol yang boleh anda ciptajika anda kreatif.

PERATURAN KELIMA

- Jangan hantar e-mel HTML, kecualilah anda diminta berbuat sedemikian. HTML tidak boleh dibaca melalui program atau server e-mel, dan ia mengambil masa yang terlalu lama untuk dimuat turun. Kadangkala perkataan yang bewarna-warni dan menarik boleh menyebabkan sesuatu program e-mel terganggu. Ini bukan satu impresi yang sesuai untuk ditunjukkan kepada si penerima.

PERATURAN KEENAM

- Apabila membalas e-mel, Jangan balas semula kepada senarai nama penerima e-mel yang tertera, kecualilah Jika keadaan memerlukan. Jika anda menghantar (forward) e-mel dan ia dihantar semula kepada anda, buang tanda ‘>’ yang terdapat pada setiap baris.

PERATURAN KETUJUH

-Jangan hantar e-mel yang tidak berguna dan tidak mempunyai maksud tertentu. Kecualilah anda pasti bahawa si penerima mempunyai masa untuk membacanya. Jika menghantar e-mel juga pastikan anda tulis dengan ringkas dan jelas. Si penerima mungkin tidak mempunyai masa untuk membaca e-mel yang terlalu panjang atau tidak berminat dengan penghantaran anda.

PERATURAN KELAPAN

- Akhiri setiap e-mel dengan menulis nama anda bagi menggantikan tandatangan. Cara sebegini menunjukkan bahawa anda seorang yang bersopan. Namun perlu diingat, tulis dengan jelas dan pendek.

BERIKUT ADALAH PERKARA YANG TIDAK BOLEH ANDA LAKUKAN MELALUI E-MEL
1. Perpisahan memerlukan anda bersemuka (ataupun) sekurang-kurangnya menggunakan telefon. Apabila menggunakan e-mel, ia seperti menunjukkan bahawa anda seorang yang tidak berhati perut.

2. Jangan mengajak seseorang keluar melalui e-mel. Secara jujur, apakah pandangan anda terhadap mereka yang mengajak anda keluar dengan cara sebegini? Berkemungkinan si penghantar e-mel menganggap anda seorang yang pendiam dan tidak mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi. Walaupun apa yang difikirkan oleh si penghantar mungkin benar, tetapi anda tentu tidak mahu memberinya pandangan sedemikian!

3. Tidak kiralah bagaimana hebatnya cara penulisan anda, Jangan sesekali menggunakan e-mel untuk menunjukkan perasaan marah anda. Jika anda mendapat e-mel sebegini pula, Jangan jawab dengan segera. Paling elok jika anda tidak langsung menjawabnya.

Nota kaki : maka gunakanla emel itu dgn sebijak dan sebaik2nya…hehehe…

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
28th

Penipuan utama dalam internet

Banyak terdapat unsur dan kejadian penipuan dalam Internet. Seperti mana di dunia nyata ini, dunia siber dalam internet juga mempunyai penjahat-penjahat yang bersedia menipu sesiapa sahaja. Malah penipuan dalam internet nampaknya lebih licik lagi. Di sini disenaraikan beberapa teknik penipuan yang sedang berleluasa dalam internet. Saya kira, sebagai pengguna internet yang aktif, kemungkinan ada antara kita yang menjumpai e-mel atau jemputan seumpama ini.

Penipuan Barang Antik

- Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi lelongan terhadap gitar lama kepunyaan Rolling Stones (khusus kepada peminat kumpulan ini). Apabila and menghantat cek, tetapi gitar entah ke mana. Walaupun gitar mungkin sampai, tetapi yang dihantar adalah gitar rosak!

Capaian Internet

- Penyedia perkhidmatan internet semalam sahaja. Ia menawarkan lebar jalur yang amat perlahan atau tiada sambungan langsung. Anda bayar yuran pendaftaran, tetapi tiada akaun yang dihantar. Kalau hantarpun, akaun tidak sah. Sudah ramai pengguna yang tertipu dengan cara ini.

Penipuan Jualan Komputer

- Banyak kategori di sini. Namun yang paling popular ialah penawaran peralatan komputer canggih seperti PC multimedia, alat pengimbas dan sebagainya secara percuma. Akhirnya andapun tidak memperolehi apa-apa.

Lain-lain Penipuan Jualan

- Laman web e-dagang yang menawarkan pelbagai penjimatan pembelian dari set televisyen, pemain cakera padat hingga kepada rekod-rekod lama, tetapi tidak pernah ada penghantaran.

Pembangunan Laman Web

- Anda baru memutuskan untuk memulakan laman web di Internet. Atau anda sudah mempunyai laman web, tetapi tidak berapa menarik, mungkin anda lakukan sebegini sebagai permulaan. Berhati-hati dengan pihak-pihak yang ingin ‘membantu’ anda membaiki atau mendirikan laman web yang menarik kepada anda. Jangan terkejut jika ianya diberikan secara percuma. Jangan percaya!

Laman Lucah

- Mungkin anda secara tidak sengaja meluncuri laman-laman yang digolongkan sebagai laman web untuk orang dewasa, berunsur lucah atau menyediakan bahan-bahan yang memualkan. Jangan anda terkejut bila mana kemungkinan bil telefon anda dibilkan tanpa pengetahuan anda untuk panggilan jauh yang tidak dibuat.

Skim Cepat Kaya

- Aha… paling menarik untuk golongan yang ingin cepat kaya tanpa usaha lebih. Bukan setakat dalam dunia nyata sahaja, kemajuan teknologi juga boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti ini dalam dunia siber. Pelbagai skim dari berbentuk piramid, mencari ahli, rujukan e-mel malah sampai kepada pujukan memasukkan sejumlah wang dalam akaun tertentu. Siap dengan nombor akaun bank sekali. Jangan percaya. Sekali terkena, menyesal tidak sudah. Dalam internet, lagi sukar untuk dikesan.

Bekerja Di Rumah

- Banyak tawaran menambah pendapatan dengan melaksanakan kerja di rumah. Nampak mudah dan menarik. Memang anda lakukan kerja tersebut dengan siap, tetapi bayaran hanyalah dalam bentuk e-mel atau cek siber. Tidak laku di mana-mana pun.

Pelancongan Dan Percutian

- Anda dikatakan akan memenangi atau telah memenangi pakej percutian menarik. Selalunya di tempat-tempat yang menjadi idaman anda, sepert kawasan pulau peranginan eksklusif. Anda dibayangkan dengan fantasi menyeronokkan. Akhirnya anda membayar melalui kad kredit sebagai yuran pendaftaran, tetapi itulah sahaja yang anda dapat. Angan-angan fantasi umpama mimpi.

E-mel Rujukan

- Skim ini berbentuk rantaian rujukan e-mel. Dikatakan apabila anda panjangkan kandungan yang mengandungi laman web tertentu, anda akan diberikan wang setiap kali rakan-rakan anda pergi ke laman tersebut. Siap dengan kenyataan orang-orang yang telah memperoleh wang dengan cara ini. Suka dinasihatkan, jangan hiraukan e-mel sebegini. Anda akan berakhir dengan sia-sia. Pihak yang untung ialah tuan empunya laman tersebut kerana semakin ramai orang akan melawat ke situ, dan mereka akan mengatakan kepada pengiklan bahawa laman web mereka dikunjungi berjuta orang dalam seminggu. Apa yang anda dapat? Iklan percuma kepada laman tersebut.

Nota kaki : Maka berhati2 la dgn dunia INTERNET…ada yang benar ada yang palsu… sebelum melakukan apa2..sila rujuk pada org yang lebih arif dan mahir…

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
27th

Tips menjaga kesuburan

Wanita berada dalam masa kesuburan terbaik di usia 23 hingga 25 tahun.Setelah usia 35 tahun,wanita akan mengalami penurunan tingkat kesuburan.Tidak salah dan tidak terlalu lambat mula memerhatikan kesuburan sekali pun jika anda tidak memiliki rancangan memiliki anak 10 tahun kemudian,berikut tip bagaimana memelihara dan menjaga kesuburan… …

Menangani Stress

- Stress akan membuatkan adrenalin anda terkawal,ini akan menghalang progesterone melakukan pekerjaannya menunda ovulasi atau lebih buruk,menghentikan sirkulasi secara menyeluruh.

Kafein

- Penelitian menunjukkan wanita yang minum lebih dari empat cawan kopi atau enam cawan teh per hari memiliki risiko tiga kali lebih lama mengurangkan kehamilan berbanding mereka yang tidak meminumnya.Keadaan ini disebabkan kafein boleh memperlambat penyerapan nutrisi yang diperlukan dan menghasilkan adrenalin yang dapat mempengaruhi sirkulasi menstruasi dan ovulasi.

Gunakan kondom sebagai alat cegah hamil

- Pil dan Intra Devices(IUD) dapat membentuk ketidakseimbangan mineral dalam tubuh yang dapat mempengaruhi kesuburan.Kondom adalah alat kontrasepsi bebas kimia dan melindungi dari STD sebagai penyebab lain menurunnya kesuburan.

Lakukan Rawatan Berkala

- Mengesan gejala-gejala STD seperti Chlamydia,penyebab utama ketidaksuburan dengan smear secara berkala.Dapatkan rawatan daripada pakar sakit puan sekali gus untuk mengungkap masalah lain saperti Pelvic Inflammatory Disease atau Polycystics Ovaries.

Berhenti Merokok

- Penelitian menunjukkan perokok memiliki risiko tiga kali keguguran berbanding bukan perokok dan mereka sukar mengalami kehamilan melalui bantuan teknik reproduktif. Anak-anak yang dilahirkan pula memiliki kemungkinan menopaus awal.

Perhatikan berat badan.

- Obesiti sebenarnya boleh memberikan tekanan pada ovari dan tiub falopio yang membuatkan sukar melahirkan.Obesiti juga dapat mengubah keseimbangan hormon dalam tubuh…

Nota kaki : Jadi jagalah kesihatan wahai kaum Wanita sebelum usia meningkat…hehehee

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
26th

Musibah matinya hati

KEHADIRAN bulan Safar al-Khair mengimbau kembali kisah kegeringan Rasulullah SAW sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Rabiulawal. Jika Rasulullah SAW itu adalah kekasih dan keutamaan kita, maka sudah tentu saat-saat yang memilukan itu menarik perhatian dan perasaan kita.

Sesungguhnya kewafatan Rasulullah SAW adalah musibah terbesar bagi umat Islam sehingga terdapat ulama yang menulis buku khusus mengenai musibah kewafatan Rasulullah. Setelah kewafatan Baginda, ada yang masih lemah imannya menjadi murtad, tidak mahu menunaikan zakat dan berpecah belah. Sesungguhnya inilah musibah terbesar yang pernah menimpa sahabat-sahabat Baginda. Hanya kekentalan iman menjadi penyelamat ketika itu.

Hari ini, umat Islam ditimpa musibah yang tidak kurang besarnya iaitu matinya hati. Pelbagai peringatan yang diberikan tetapi bak mencurah air di daun keladi. Inilah penyakit hati yang dikhuatiri oleh Rasulullah akan berlaku ke atas umatnya. Inilah kematian yang paling sukar untuk dipastikan kerana tidak ditandai dengan kain kapan putih ataupun batu nisan.

Apa pun, selaku insan yang sentiasa menginsafi diri, kita masih boleh menghisab diri, apakah musibah ini telah mengenai diri kita atau kita termasuk di kalangan mereka yang terselamat. Terdapat tiga tanda yang digariskan oleh ulama iaitu, tidak merasa sedih apabila tidak berkesempatan melakukan amal ketaatan, tidak menyesal apabila terlanjur melakukan dosa dan suka bersahabat dengan orang-orang yang lalai dan telah mati hatinya. Inilah alamat ringkas yang diletakkan oleh Syeikh Ibnu ‘Atoillah dalam kalam hikmahnya.

Maka dapat difahami bahawa keriangan dan kegembiraan seseorang kerana ketaatan yang dilakukannya dan kesedihan seseorang disebabkan maksiat yang dilakukannya merupakan tanda hidupnya hati seseorang. Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa yang digembirakan oleh kebaikannya dan disedihkan oleh kejahatannya, maka dia adalah orang mukmin.” (riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan al-Hakim)

Namun, ini bukanlah kegembiraan yang bercampur dengan perasaan ‘ujub. Orang yang bersifat ‘ujub hanya memandang kepada daya dan kekuatannya dan lupa tentang anugerah Allah dalam mengurniakan taufik dan hidayah kepadanya. Hendaklah kita menjauhi sifat ‘ujub kerana ia boleh menghapuskan pahala amal-amal yang dilakukan. Begitu juga perasaan riak.

Amal kebaikan merupakan tanda keredaan Allah dan keredaan-Nya membawa kepada kegembiraan. Manakala amal kejahatan merupakan tanda kemurkaan Allah dan kemurkaan-Nya membawa kepada kesedihan. Sesiapa yang diredai oleh Allah, maka Allah mengizinkannya untuk melakukan amal soleh. Sesiapa yang dimurkai oleh Allah, maka Allah meninggalkannya dan membiarkannya berada dalam kelalaian dan kehinaan.

Abdullah ibn Mas’ud RA berkata:

“Orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli maksiat melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya maka mudah untuk menghalaunya.”

Namun demikian, tidak sepatutnya pula seseorang hamba yang apabila telah melakukan dosa, dikalahkan oleh kesalahan yang dilakukannya. Dikalahkan dalam bentuk bersikap pesimis, tidak lagi mengharap keampunan Tuhannya dan berprasangka buruk terhadap Tuhannya. Bagi orang yang benar-benar beriman dan hidup hatinya, rasa khawf dan raja‘ (takut dan harap kepada Allah) mesti ada pada dirinya. Allah telah menyifatkan para nabi dan rasul-Nya serta pengikut mereka dari kalangan kaum mukminin yang solehin dengan kedua-dua sifat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Israa’ ayat 57.

“Orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan kepada Tuhannya, siapakah yang lebih dekat serta mereka mengharapkan rahmat-Nya dan gerun takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah ditakuti.”

Syeikh Ibnu ‘Atoillah RA menyatakan dalam Hikamnya: “Janganlah kerana besarnya dosa di sisi kamu, menghalang kamu daripada berprasangka baik dengan Allah kerana orang yang telah kenal Tuhannya, nescaya akan menganggap dosanya kecil di sisi kemurahan Allah yang luas.”

Manakala sebab yang membawa kepada matinya hati ialah :

  1. Cintakan dunia
  2. Lalai daripada mengingati Allah
  3. Menggunakan anggota untuk melakukan maksiat.

Di antara perosak yang terbesar ialah kasih terhadap dunia, berkeinginan kepadanya, sangat tamak terhadapnya, berminat dengannya, kasihkan pangkat dan harta dunia dan tamak terhadap keduanya, kikir dan bakhil dengan harta dunia. Firman Allah dalam surah Hud ayat 15-16.

“Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami penuhi usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan daripadanya. Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka, dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.”

Kecintaan kepada dunia adalah kepala segala kejahatan. Ia akan menghalang seseorang daripada melakukan kebaikan akibat hati yang telah digelapi oleh perkara-perkara keduniaan. Justeru, Syeikh Ibnu ‘Atoillah menyatakan

“Bagaimana hati dapat bercahaya, sedangkan gambaran-gambaran alam maya termeteri di cermin hati?”

Allah SWT menjadikan hati manusia itu seperti cermin yang memaparkan dan memantulkan imej setiap benda yang dihadapkan kepadanya. Cermin itu pula hanya mempunyai satu muka. Apabila Allah SWT hendak memberikan inayah-Nya kepada seseorang hamba, maka Dia menyibukkan fikiran hamba tersebut dengan cahaya-cahaya- Nya dan pelbagai kebaikan dan Dia tidak membelenggu atau menambat hati hamba tersebut dengan suatu perkara dari alam yang gelap dan khayalan yang meragukan. Maka terpaparlah di cermin hatinya cahaya-cahaya iman dan ihsan, dan terpancarlah padanya cahaya tauhid dan makrifah.

Begitulah sebaliknya, jika Allah mahu membiarkan seseorang hamba (mengeluarkannya daripada inayah-Nya) dengan keadilan dan kebijaksanaan- Nya, maka Dia akan menyibukkan pemikiran hamba tersebut dengan kegelapan dunia dan syahwat. Maka kegelapan dunia ini akan terpapar di cermin hatinya. Lalu hatinya akan terhijab daripada sinar makrifah dan cahaya keimanan.

Semakin banyak gambaran dunia bertindih-tindih di cermin hatinya, maka semakin pudar cahayanya dan semakin tebal hijabnya. Maka dia tidak akan dapat melihat melainkan apa yang zahir sahaja dan dia tidak dapat berfikir melainkan perkara lahiriah sahaja.

Ada di antara hijabnya sangat dahsyat hingga menutup seluruh hati dan seluruh cahaya terpadam hingga dia menafikan terus kewujudan cahaya dari asalnya. Semoga dilindungi oleh Allah.

Ada di antaranya pula, hanya sedikit karatnya dan nipis hijabnya, maka dia mengakui kewujudan cahaya tersebut tetapi tidak dapat melihatnya. Ini ialah makam (kedudukan) kaum Muslimin awam.

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya hati itu akan berkarat sepertimana karatnya besi, dan sesungguhnya iman itu akan lusuh seperti lusuhnya baju yang baru.”

Namun dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap sesuatu itu ada penggilapnya dan penggilap hati ialah zikrullah.”

Sabda Rasulullah SAW juga:

“Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melakukan kesalahan, digores di dalam hatinya dengan bintik hitam. Sekiranya dia menanggalkannya dan memohon keampunan, maka ia akan berkilau. Sekiranya dia kembali melakukan kesalahan, ditambah pada hatinya bintik hitam tersebut sehingga menyelubungi hatinya.”

Maka itulah selaput kegelapan yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah al-Mutoffifin ayat 14.

“Sekali-kali tidak! Bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab apa yang mereka kerjakan.”

Cahaya iman dan ihsan

Ketahui bahawa hati itu hanya mempunyai satu wajah, apabila kamu hadapkan cahaya kepadanya maka ia akan bersinar, dan apabila kamu hadapkan kegelapan kepadanya maka ia akan menggelap, kegelapan dan cahaya itu tidak pernah bersatu, maka fahamilah pula kata-kata Syeikh Ibnu ‘Atoillah yang menyebut:

“Bagaimanakah hati itu boleh bersinar dengan cahaya iman dan ihsan, sedangkan gambaran alam dan dunia yang gelap terpapar di cermin hati?”

Sesungguhnya dua perkara yang berlawanan tidak mungkin akan bersatu sebagaimana firman Allah SWT pada surah al Ahzaab ayat 4.

“Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya…”

Sedarlah wahai insan! Kamu tidak memiliki dua hati tetapi hanya satu. Apabila kamu hadapkan hati kamu itu kepada makhluk dan dunia ini, maka ia akan membelakangkan Allah. Apabila kamu hadapkannya kepada Allah, maka ia akan membelakangkan makhluk dan kamu akan mampu berjalan kepada Allah. Selama kamu tertambat dengan syahwat dan keduniaan kamu di dalam alam ini, maka kamu tidak akan mungkin dapat berjalan kepada Tuhan kamu, tidak juga kepada apa yang diisyaratkan oleh Syeikh Ibnu ‘Atoillah al Sakandari RA.

Selama hati masih tertawan atau terpenjara di dalam penjara kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu yang akan binasa, dia masih terikat dengannya. Orang yang mempunyai hati sedemikian, tidak akan dapat berjalan menuju kepada keredaan Allah. Bahkan, tidak akan terpancar ke atasnya cahaya makrifat. Keterikatan hatinya dengan syahwat merupakan penghalang yang akan menegah dan menghalangnya daripada menuju kepada Allah disebabkan kesibukan dan keasyikannya dengan perkara-perkara yang memalingkannya daripada berjalan menuju kepada Allah.

Sekalipun tidak dinafikan dia mungkin dapat berjalan bersama nafsu syahwatnya, nafsunya akan melemahkan dan menghalangnya daripada dapat berjalan dengan cepat kerana kecenderungannya terhadap nafsu syahwatnya. Sekalipun dia mungkin dapat berjalan dengan cepat, dia tetap tidak akan aman daripada perkara-perkara yang akan menggelincirkannya kerana keseronokan dan kesenangannya dengan syahwat tersebut.

Sebab itu, para pembesar Sufi meninggalkan kelazatannya, sehingga berkata sebahagian daripada mereka: “Sengatan tebuan atas badan yang luka itu lebih ringan daripada sengatan syahwat atas hati orang yang sedang bertawajjuh kepada Allah.” (Ibnu ‘Ajibah, Iqaz al-Himam, H: 44)

Justeru, wahai saudaraku! Putuskanlah dan lepaskanlah dirimu dari perkara yang menghalang perjalanan kamu. Berjalan dan berhijrahlah kamu kerana hijrah adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Semenjak Nabi SAW berhijrah, Baginda SAW tidak pernah menikmati masa untuk berehat melainkan di dalam musafir untuk berjihad sehingga Allah membuka sebuah negara untuknya.

Begitu juga para sahabat, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang tinggal tetap di negara mereka sehingga dengan tangan-tangan mereka Allah membuka negara-negara yang lain dan memberikan petunjuk kepada hamba-hamba Allah yang lain. Semoga Allah memanfaatkan kita dengan keberkatan mereka, Amin.

Hidupkanlah hati kita dengan meninggalkan terlebih dahulu perkara-perkara yang boleh menggelapkan dan mematikan hati. Selanjutnya sinarilah ia dengan cahaya-cahaya ketaatan dan keikhlasan. Sesungguhnya hati yang hidup akan sentiasa mendorong pemiliknya melakukan amal dan ketaatan dan meninggalkan dosa dan kejahatan dengan hati yang gembira tanpa rasa penat dan payah. Wallahu a’lam.

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
23rd

Memasang rumput mutiara

Yer…seperti yang ku janjjikan…

meh cini aku nak tunjuk cara2 nak letak rumput Mutiara ker Karpet ker atau apa2 rumput yg korang nak pasnag sendiri la..

Jimat tau pasang sendiri.. klau upah jer dh baper ratus..padahal memasang nya x samapi pun seminit..

tp kalu dh kali ngan beratus2 ruput..jadi la beratus2 minit yek..muahahaha

img

memula..kene la beli beberapa ratus rumptu yek..

kalu order, dernag htr penghantaran jer..dlaam RM100 (tu sbb beli kat sg buluh)

Kalu berdekatan biasanya RM30 la kan..standard la harga tu..

img

memula korang kene la terbalikkan rumput tu..

sbb nya plastik itam tu kat bawha rumput tu..klau korang main letak jer rumput tu x buang plastik..

x sampai 1 hari aku bagi jaminan.. rumput korang mati..hahahaha

img

buka dengan cermat yek..sebb rumput tu bertanah cikit..

jadi ..kalu buka seganas mcm Aus @ Bean.. confirm aku rasa pecah..

sbb dernag mana pernah bersawah masa kecik2 dulu..

x caya korang g tanya Aus ngan Bean.. tul x?? muahahaha

img

Bila korang dah ceraikan ia.. yer cerai tu korang pisahkan plastik ngan tanah tu yek..

bukan g bercerai berai.. tapi kalu menanam secari aku galakkan yek..

at least leh gak masak lemak macam Nizaa buat tu..

mesti sedap kan?? huhuhuhu

img.

korang hanya perlu tampal aja atas tanah yang telah berpasir..

oh ya lupa lak nak cakap..sebelum nak letak rumput karper tu..

kene la tabur pasir dulu serata2 nya…

biar la chantik nanti bila tabur rumput nie..

img

tgk…tgk..kejap jer kan??

dah siap….x samapi seminit jer… ok la… 5 minit la..

tp awas..kalu korang wat masa tghari terpacak..memang cepat pengsan la..

cian IR aku..dia wat time tu ko..sbb nak kejar malam..

kiranya kul 10 pg buat..tolak makan minum dn rehat sekali (dh kata kerja sendiri kan)

dalam kul 7 malam gak la ciap… hehehe.terror x??

padang

Jadi ingin kan perkhidmatan menanam rumput..

Call me! yeha… leh wat kerja sampingan nie..aku charge x mahal..

siap nasi ayam, air Fresh Orange, petang bagi lak Chiken chop + Pizza hut..

kerja sumer settle………..muahahahaha……..

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
20th

Urutan, berdehem digalak selepas buang air kecil

Soalan :
SAYA mengalami masalah tidak dapat membuang air kecil hingga habis. Setiap kali membuang air kecil, saya dapat merasakan ada sisa air kencing yang belum keluar, namun ia tidak mampu dikeluarkan.

Sebaliknya, ia akan keluar dengan sendiri apabila saya menyarung semula seluar. Bagaimana saya hendak mengatasi masalah ini?

Susah Hati

Jawapan :
SAUDARA menghadapi keadaan yang dikenali sebagai terminal dribbling. Masalah ini sering dihadapi kebanyakan lelaki tidak mengira peringkat umur. Di kalangan muda dan remaja, masalah ini terjadi apabila sebahagian kecil daripada air kencing tertinggal dalam saluran urethra.

Ia akan keluar dengan sendiri apabila proses membuang air kecil selesai dan ini menimbulkan masalah terutama bila hendak mengerjakan solat bagi yang beragama Islam.

Cara paling mudah mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan teknik urutan urethra (urethral milking). Selepas selesai membuang air kecil, dengan menggunakan satu jari, saluran urethra perlu diurut dari pangkal zakar ke arah depan.

Ini membolehkan air kencing yang terperangkap keluar. Satu lagi cara adalah melalui batuk atau berdehem selepas kencing. Ini akan meningkatkan tekanan dalam ruang abdomen dan seterusnya menolak air kencing yang terperangkap.

Bagi golongan yang berumur 50 tahun ke atas, masalah terminal dribbling ini boleh berpunca akibat pembesaran kelenjar prostat. Sekiranya kaedah yang dinyatakan gagal mengatasi masalah yang saudara hadapi, anda perlu berjumpa pakar urologi.

Dalam sesetengah pesakit wujud keadaan yang dikenali sebagai urethral diverticulum di mana ruang yang terbentuk dalam saluran urethra yang akan

memerangkap air kencing. Ini menyebabkan masalah seperti yang saudara alami.

Masalah yang saudara hadapi ini tidak ada kena mengena dengan menahan kencing atau ejakulasi. Bagaimanapun, saudara dinasihat tidak mengamalkan

tabiat menahan kencing. Proses menahan kencing akan mengakibatkan tekanan dalam pundi kencing meningkat lalu boleh mendatangkan masalah.

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
18th

My Photo Book sudah siap!

Hai…senang nya dalam hati… kalu dapat hari2 hadiah kan?? hehehehe

Last week aku dapat bungkusan dr City Link… sebelum nak cuti panjang…

img

Wah…tebal ko bungkusan itu…

siap gmbr peace lagi city link tu yek..hehehehe

img

Yer…nampak tu… siap posing lagi ko..hahaha

mcm la hadiah emas aku dpt kan??

img

Yer…. rupanya barang yang aku order melalui internet…

Yer… ingat x anak aku menang dalam peraduan yang di anjurkan MBP tu

img

Yer…dari PHOTO BOOKS

lama giler ko, baru nak redem VOUCHER tu..

siap call bagai.. cian Hanie..asyik kene ganggu dek aku jer..hehehe

img

Yer…aku buat konsep FAMILY BOOK la..

sumer ku kumpulkan gambar2 lama. hingga terkini…

img

Baru aku pasan…

aku tersalah letak TARIKH LAHIR anak aku ni…adess……. my IR yang pasan..

“Danial bukan lahir 15 Disember 2004 ker? kenapa dalam buku tu 14 Disember 2004?”

“errrk……salah ker?? adesss…cam ner leh x pasan?? hahahaha”

x perla… mesti pasal aku dh kelam kabut la nie…hehehe… nanti aku tampal jerla no 15 tu..hehehe

img

Ni wajah2 Iskandar dari lahir hingga sekarang…

kalu aku tgk balik gmbr nie… sumer dh sepesen jer..

baju sama, tilam sama…

img

Kebanyakkan barang2 yang Danial pakai. sumer di pakai balik oleh adik2 nya..

kiranya aku nie cermat sikit la menjaga barang2 mereka..

sbb aku x suker membazir.. nanti2 aku wat entry yek barang yg masih bertahan selama 5 tahun hehehe…

img

wah…korang..kalu sumernya aku tempek gmbr kat sini.. rugi la..

korang g la buat mcm aku nie…aku punya guna kulit majalah… 40 muka surat..

dalam 40 muka surat tu, korang nak letak 10 keping pun boleh..nak letak satu pun boleh.. terpulang… aku punya harga nya RM136.00

meh..meh.. g la PHOTOBOOK punya website…macam2 ada…….hehehee

Aku pun ada wat entry mcm mana nak buat photo book tu… korang leh rujuk SINI

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
11th

Restoran Singgah Selalu

Oh ya…masa aku kat Johor tu ha…ala masa tu  kat M Suite Hotel..

Sempatla aku g makan kat luar…hehehe

aku suker tul kalu dpt singgah makan kat sini… makanan kat sini banyak pilihan.. bersih dn amat mudah nak kesana.. paling nyata..ia dekat ngan Danga Bay yek..

img

Nama Restoran ni Restoran Singgah Selalu..

Ada 2 tempat..terbuka dn tertutup… kalu tertutup kene masuk dalam sikit la.. tempat air cond la katakan..

ada tmpt mainan bebduak gak..tp ada bola jer..kan ada gelugnsur @ jongkang jongkit..hehehe

img

tu dai…bapak besau ko screen TV dia..

puas tul kalu tgk kan ?? ni wat kat umah mesti x cukup ruang..hahaha

img

img

inilah sekeliling tempat makan nya…

masa aku g x berapa penuh… selalu penuh tu..

banyak meja dan kerusi..memang selesa la..

im

iyer… my IR order Chiken Chop…

ko tgk dia punya hidangan.. complete… ada jagung, tomato, salas, sayur, kentang goreng..

pergh… kenyang arr kalu makan nie aja…….

img

ni aku order tu Iskandar… dia kan nak makan sgt pun..

dpt nie pun dh cukup.. x der set meal tuk kanak2 la, jd order jerla kentang goreng..

banyak ko kentan ggoreng dia.. sebakul dia bagi…

img

ni order aku lak… MEE BANDUNG…

mesti la kene rasa..dh sampai johor org kata x rasa mee bandung x sedap..

tp..aku rasa cam biasa jerla… x der la sedap sgt.. muahahaha (mampus aku kalu org johor baca…hehehe)

img

ni air untk kami bertiga…

air manggo, nescafe dn air kosong…

air mangga dia memeang sedap ko… manis secukupnya.. bila aku tmbh lagi air putih.. masih lagi terasa air mangga nya…

img

oh ya..x lupa jugak OTAK2..

5 keping aku bedal… sedap..tebal dn kenyang…hehehe

img

sambil makan ternampak la pulak ada yg isap rokok arab tu..

ala..shissha kan?? aku pun x tahu sgt..

ada la nampak org muda2 hisap.. tu rokok ker apa yek??

skrg mana2 kedai aku nengok mesti ada benda nie..hehehe

img

img

Perghh…..ko tgk licin kan?? hahaha…

tinggal kuah jer.. tu pun x larat dh nak hirup…

so..pada yg nak ke Johor Bahru.. memang dekat jer nak cari Restoran nie..

Danga Bay

dekat jer ngan Danga Bay yek…memang korang akan nampak kedai ni bertentangan Danga Bay

so..masalah makanan x perlu riasu kat situ..memacam masakan pun ada.. hanya order dan bayar jerla..hehhe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
9th

M Suites Hotel, Johor Bahru

Ni sedutan dari entry yang lalu.. di mana aku mengikut my IR pergi mesyuarat.. tp aku yg sibuk menumpang bercuti..hahaha

Ok…selepas aku chek out dr Mercure tu, aku check in lak kat M Suites Hotel dekat ngan Selat Tebrau ni..

img

Lokasi :

Situated at the border of the Straits of Johor overlooking Singapore, M Suites Hotel is a mere 15-minute drive from the Johor-Singapore Causeway. The hotel is strategically located with easy access to Johor Bahru business and shopping centers making it an ideal hotel destination for leisure and business travelers.

img

Lokasi memang tepi jalan… betul2 depan laut…

sangat senang nak cari Hotel ni…

img

img

img

ini lah Bilik yang aku menginap – Studio Suite Double

Harga biliknya mungkin berubah mengikut waktu semasa :-

  • Studio (sgl) – RM 190.00
  • Studio (dbl) – RM 200.00
  • Junior Suite (sgl) – RM208.00
  • Junior Suite (dbl) – RM 300.00
  • Exec Standard Suite – RM 380.00
  • Exec Deluxe Suite – RM 420.00

Laut gak

Dulu masa aku dtg sini pada awal tahun 2009 dlm bulan 4 rasanya…

permandangan masih chantik…belum lagi ada ada kerja2 pembaikan jalan lagi…

tp sekarang…………………..

img

Kerja2 sedang di jalankan… maka permandangan x berapa chantik la lagi…..

Ni adalah kali ke 2 aku datang menginap.. itu aku la..kalu my Ir punya perkiraan entah berapa kali dh menginap kat sini..

Dulu aku pergi masa dalam cuti bersalin, yg aku sambung cuti sebulan tu.. sempat la aku pergi ke Danga Bay ikut my IR g mesyuarat gak..

img

img

Standrd la… bilik air pun kene la view gak…

nak gak kene ambik kan…at least korang leh gak tahu berapa besar bilik tu …

mana tahu pas nie nak menginap kat sini lak..hehehehe

Katil

Dulu masa aku g…si Zulfadhli masih kecil lagi…………

dia x leh duduk dan berdiri..yang dia leh buat..hanya..tido..tido..tido…

tp sekarang masa aku bawa..dia dh leh duduk …korang tgk la sendiri……

img

siap mengamit aku lagi bila nak bergmbr… hehee..

nampak sungguh perbezaan dia masa dulu dn sekarang…

ala…comel tul anak aku nie… muahahahaaaaaaaaaaaaa……

img

ok..sebelum aku akhiri kisah hotel aku ini…

gmbr di atas menunjukkan rate internet di Hotel tersebut… kalu RM180.00 sebulan..baik sewa boradband CELCOM, baru RM60.00 muahahahaaaaaa…….

kalu nak ber WIFI yg free, kene trn lobby dia la… tp, memandangkan aku membawa anak.. amatlah sukar untuk bergerak sana ke mari bersama lap top dn anak..maka duduk jerla kat bilik yek…

K..kalu tingin nak menginap kat sini.. leh rujuk laman web M-SUITE HOTEL ni yek.. lagi senang..

untuk menghubungi Hotel M-Suite ni boleh la berhubung melalui alamat yg tertera :-

m-suites@tm.net.my for all general enquiries, booking or comments

sales@m-suites.com for corporate sales enquiries

Looking forward to serving you!

M Suite Hotel Sdn Bhd
16 Jalan Skudai, Straits View
80200 Johor Bahru
Johor, Malaysia.

Tel : +607 22 11 000 Fax : +607 22 60 380
E-mail :
m-suites@tm.net.my Web : http:// www.m-suites.com

Terima kasih kerana sudi membaca entry aku yg pajang lebar ini…  :)

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Feb
5th

Tukar sebelum ia reput

Ok…tulang yang reput memerlukan kalsium..betul x??

begitu juga la aku nie..bila dh reput, kena la tukar..x leh la bagi kalsium lagi… hahaha….

entah apa2 la aku membebelkan?? ni nak citerla..sinki umah aku…

img

ok..ni sinki asal..

korang leh abaikan barang2 yang bersepah…pingan mangkuk yg bergelimpangan…. sampah yg x berbuang…  kain buruk yg bersidai…hahahaha.

giler buruk la dapur basah aku..hahahaha….

img

ok…setelah meremovekan segala barang di dapur itu…

acara membentuk sinki kabinet bermula..hahaha…

baru la aku tahu bagaimana org buat sinki nie..

org indon nie buat sensorang jer… 3 hari siap!…hehehe

img

Tadaaa………..setelah di baiki …

yer..nampak chantik la dr yang lama kan?? tp lom pasang kabinet lagi..

nanti nak g cari…x per..yg penting table top dulu..

tetiba rasa cam bodoh jer soklan aku nie..

“errkkk…x jatuh ker batu tu ke bawah?? hahahaha”

img

masa nak buat table top tu..

aku siap survey lagi… nak sinki mcm nie..

singki nie biar ada lekuk sikit..supaya bila basuh pinggan mangkuk x la melimpah airnya..

img

tapi aku rasa cam sama jer..melimpah gak..

nampak benar aku ni membasuh pinggan mangkuk dengan rakus nya..hahaha

tp…elokla buat cam nie..x la basah jer sinki aku tu kan??

img

dan akhir sekali..ku persembahkan air pancut sumijelly…..hahaha

x la..tu la paip air yang boleh di ubah kekiri kekanan.. bestkan..

kejap kiri..kejap kanan..pas tu leh panjang atas..leh panjang bawah…hahaha..

bunyi cam jakun jer kan??? hahahaha

jangan anak aku buat mandi sudah la..nanti dia ingat air pancut yg kat dalam bilik air lak..hahaha

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes