Sumijelly Weblog

Hari Pertama Iskandar di PASTI

On January 4, 2012, in Anak-anak, Blog, Tadika, by Sumijelly

Hai  semua, saya tahu sure hari ni ramai yang sibuk menguruskan hal persekolahan anak… macam saya la…hehehe

pasti siti sarah

Jadi hari ni Iskandar sudah pun memasuki alam persekolahan TAHUN 5. Saya daftarkan dia di sekolah PASTI Siti Sarah Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kenapa saya pilih PASTI? Sebab masa Danial 5 tahun, dia pun bersekolah di situ, dan saya yakin dengan tenaga pengajar di PASTI tersebut.

pasti siti sarah

Sampai saja di PASTI ramai dah pelajar serta ibu bapa dah menunggu…ehehehe… Saya sampai jer dah pukul 8.15 pagi… maklum la nak uruskan lagi 3 orang anak lagi…hehehe

pasti siti sarah

Wah…Iskandar dah mula beratur bila sampai. diam jer dia… macam tak sama perangai nya bila di rumah. mungkin hari pertama kot. harap-harap dia dapat membiasakan diri…..

pasti siti sarah

Jadi sebelum saya beredar, murid-murid terus masuk ke kelas masing-masing…. jadi buat apa saya tunggu dia di situ kan?baik la saya ballik ke rumah dan uruskan rumah di mana pinggan mangkuk dan kain baju tak ber basuh lagi…hahaha

Saya yakin, Iskandar mesti tak nanges di sekolah tu nanti. Maklum la dia sungguh bersemangat nak g sekolah berbanding Danial masa umur 5 tahun dulu…hehehe

Nota kaki : Tengah hari nanti jenguk dia kejap…

#20 Wordless Wednesday – Peringatan!

On January 4, 2012, in Blog, by Sumijelly

status facebook

Masa mereka kecil, kita tinggalkan mereka di TASKA kerana kita ‘bekerja’ mencari nafkah, sekarang mereka dah mula meninggalkan kita di rumah kerana ‘belajar’ mencari ilmu.
Semoga anak2 ku dapat menimba ilmu dan belajar menggunakan ilmu itu sebaik mungkin….

#20  Wordless Wednesday

Iskandar bakal melangkah ke alam persekolahan…..

On January 3, 2012, in Blog, by Sumijelly

iskandar

Wah….sedar tak sedar, umur Iskandar menginjak ke 5 tahun… ishk.. cepat tul dia dah besar kan?

So, tahun ni dia akan bersekolah di PASTI SITI SARAH, Seksyen 7, Bandar Baru bangi…. tengok la.. tak sabar2 nak pakai baju sekolah. Terpaksa la pakaikan abang nya punya…hehehe

Hari ahad lepas buat pendaftaran sekolah Iskandar.. sumer jumlah perbelanjaan adalan RM567.00… huhuhu… dan setiap bulan RM230.00 dari pukul 7.00 pagi – 6.30 petang Iskandar akan duduk situ…

Jadi, bermula esok, Danial akan masuk darjah 2 pula.. jadi ini bermakna 2 orang sudah bersekolah..tinggal la Huzaiman dan Zulfadhli…hehehe

Okla.. nanti sambung lagi yek… nak menulis pun tak der mood.. sebab esok nak cuti lagi.. hantar Iskandar g sekolah..hahaha

Nota kaki : Anak yang nerbes ker @ ibu yang nerbes….keh3

Selamat Tahun Baru 2012!

On January 1, 2012, in Blog, by Sumijelly

Hai sumer! Wah…..sedar tak sedar kita telah pun meninggalkan Tahun 2011…dan hari ini telah pun melangkah ke Tahun 2012.

Mohon maaf pada semuar, keran blog saya ‘down’ selama seminggu…hehehehe……

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca dan kenalan sumijelly.com…

Azam tahun baru?? Emm….insya allah, akan cuba perbaiki kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri dan juga pada blog ‘Sumijelly.com’ ni jugak.

selamat bercuti dan juga selamat kembali kesekolah pada anak-anak di luar sana termasuk anak saya sendiri….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...