Sumijelly Weblog

Mata kerbau dalam Hot Dog!

On December 7, 2011, in Blog, by Sumijelly

Mata kerbau dalam hot dog

In the morning yaishnitsa! At lunch yaishnitsa! In the evening an omelet!

Form feed.

In fact, nothing to describe. Looking for hot dogs and quail eggs. If the sausages are long, you can do with chicken eggs.

  • Sausages cut in half lengthwise, not reaching the end. Remove the heart-shaped seal skewer.

  • Sauté in butter with one hand. Flip to another drive in the heart of each egg. Broil until the readiness of all whom they love, we can cover. Do not forget the salt.

  • When serving remove skewers.

Sumber dari EMEL

RM5.95 untuk 6 tart telur KFC??

On December 6, 2011, in Blog, by Sumijelly

eggtarts

Perghh…….. lama tak makan TART TELUR KFC…. maklum la kan baru lepas bersalin..keh3

So… hari tu dapat pula BAUCER PROMOSI. RM5.95 untuk 6 biji… murah giler tu!!

egg tarts

Perghhhhhhh…. apa lagi, aku suh la my IR beli…

makan senssorang ko….. anak2 tak makan pun….. puas hati!! hahaha

eggtars

sesiapa yang teringin nak beli… g la KFC…

memang sedddddddaaaaaaap ko!! hehehe

sbpa

Perghhh…..ramai tul nak tahu maklumat mengenai SBPA yek?? hehehehe

Saba…sabar.. mengikut info yang aku perolehi.. PEKELILING BARU akan keluar pada 16 Disember 2011 ini… so kita nantikan la yek…….

Apa-apa pun, marila kita renungkan kata-kata KPPA kita mengenai Sistem SBPA ni yek :

kppa

Terima kasih keatas maklumbalas yang diterima mengenai SBPA. Saya tidak akan menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan kerana bila dah bagitau ada yang menanyakan benda yang remeh. Ada yang tak percaya. Ada pula yang buat tafsiran sendiri dan masih ada dok tuntut agar permohonan mereka dipenuhi dibawah SBPA ni. Dah tu ada pula yang mahukan harga barang tak naik. Isk tak kan lah nak penjarakan peniaga-peniaga yang menaikkan harga jualan mereka. ISA pun dah dibatalkan.

Cubalah kita renungi kebaikan dan faedah yang kita perolehi sebagai PA selama ini. Mari lah kita berfikiran positif dan memantapkan kepercayaan bahawa keadaan kita dan generasi seterusnya akan berubah menjelang 2020. Ketepikan sikap memikirkan tentang diri sendiri buat masa ini dan bersama memperbaiki perkhidmatan kita kepada rakyat.

Jadi harap2 tiadalah kenaikan harga selaras dengan kenaikan gaji untuk kakitangan awam.. sebab tak semua kakitangan awam.. ada yang kakitangan swasta dan ada juga yang bekerja sendiri di mana kais pagi makan pagi, kais petang makan petang….

Apa-apa pun marilah kita tunggu pekeliling baru yang akan keluar yek!

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

On December 6, 2011, in Blog, by Sumijelly

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

gaji-sbpa-2012

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang diterima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
  • Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
  • Premier – RM40,000
  • Jusa C – RM12,000
  • Pengurusan & Profesional – RM6,000
  • Pelaksana – RM3,000

Sumber : Beritasemasa.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...