Sumijelly Weblog

Kisah Zulfadhli [Part 2]

On March 23, 2012, in Anak-anak, Blog, by Sumijelly

Ok.. sambung pula PART 2 kisah Zulfadhli…hehehehe

 Sabtu (10.03.2012)

Hari sabtu, sebelah pagi saya pula ke Wad menggantikan my Ir untuk bertukar shift. Kesian my IR, penat balik dari Johor pun belum ilang dah kene menunggu di wad pula.. mesti penat….

Jadi saya tinggalkan anakanak di rumah sepupu saya sementara saya terus ke Spital untuk menjaga Zulfadhli.

Bila lihat dia dah bangun dari tidur.. dia tka banyak cakap pun.. makan pun kurang.. mungkin terkejut kot kene tahan Wad..hehehe. Terpaksa la pula saya peluk dia seketika untuk meredakan kegusaran.. cewah.. kegusaran lasangat…

Tapi selepas puas bergelak ketawa kejap.. mungkin dia letih dan terus tidur sekejap.. mungkin sebab makan ubat tahan sakit tu yang ngantuk kot..hehehe

Alahai.. tidur pun tak selesa.. sebab tangan berbalut… dokto suruh tinggikan tangan dia, sebab kalu tak bengkak di siku dia tak surut nanti susah nak bawa ke Dewan Bedah…..

Ni menu tengahari.. Ayam kari + Ayam Kurma.. emmm.. dah menu gini, rasanya anak tak makan.. tapi tukang jaga la makan..hik3

Zulfadhli pun tak nak makan.. jadi saya belikan Waffle kegemaran dia.. habis licin dia makan.. lapar sangat la tu. Susu coklat dia tetap tak lupa minu,.. kalu tak dapat mau nangis dia tau..hehehe

Dah penat duduk, saya bawa dia jenjalan sekeliling wad sekejap. pergi sana-sini.. siap nangis-nangis ajak keluar dari Wad.. ishk.. dia kan paham pun.. mungkin dia rasa terkurung kot dalam Wad tu…

Sebaik ada kawasna mainan untuk kanak-kanak.. jadi saya bawa dia pergi situ kejap.. dapatlah saya menonton TV sekejap di bilik tu sekali…

Dah bosan main dan tengok Tv, ajak jenjalan lagi.. habis la penimbang berat pun dia main… eh.. elok sangat la tu.. leh gak tahu berapa berat badan nya…

12.9 kg jer?? alahai.. ringan jer..hehehehe

Tak pepasal ibunya pun sekali terjebak g timbang berat… adeh…

60.7 kg?? apa??????? tak turun-turun lagi ker?? waaaaaaa………..mana aci ni.. pas bersalin dan hampir 8 bulan.. berat masih dalam 60 kg lagi?? ishk.. tak leh jadi ni…

Diet!!diet!!Diet!! hahahaha

Sebaik saya ada bawa Tablet murah ni.. eh.. harusla cakap murah.. ni bukan Tablet samsung atau iPad tau.. ni saya beli kat Tesco jer.. murah jer tau.. tapi boleh la tuk anak saya main bila bosan…dapat la bertahan dalam 2-3 jam…hehehe

Jadi bila malam menjelma dia dah penat… terus tertidur…..

Malam pula my IR datang menjaga dia pula.. sebab saya tak beoleh berenggang dengan Huzaiman kerana masih menyusu badan. Di Wad pun saya masih mengepam seperti biasa. Biasalah di Wad selalunya ibu yang lebih meneman anak dari ayah.. nak tak nak kene la saya beralah sedikit..hehehe

Zulfahdli kene tidur awal sebab esok pagi dia kene masuk Dewan Bedah untuk masukkan wayar dalam sikunya…

Jadi bermula pukul 1 pagi sehingga waktu pembedahan, Zulfadhli tidak di benarkan makan dan minum….Ishk.. risau pula saya bila doktor cakap nak masuk dewan bedah…huhuhuhu

Balik jer dari Spital terus saya beli Berger… lapar sangat.. sebab tak teratur sangat makan bila di hospital…hehehe. Tapi malam tu saya ajak mak dan ayah saya datang ke rumah teman kan saya… sebab esoknya (ahad – 11.03.12) saya nak pergi pagi sikit, nak teman Zulfadhli ke dewan bedah…

 **Mengikut kata doktor, dia masukkan wayar dalam siku tu supaya dapat cantumkan siku yang lari sikit.. entah la.. saya kurang pasti apa yang Doktor tu cakap.. nak terangkan pun tak berapa tahu..hehehe

Jadi …ada lagi sambungan kisahnya lagi.. kisah menuju ke dewan bedah pula.. risau kan? kalu pembaca risau, saya selaku ibunya lagi risau tau! huhuhuhu

 

 

 

Formula 1….. kami datang!!

On March 23, 2012, in Blog, It's Me!!, by Sumijelly

Yeaaaaaahhhhhhh……. kali ni untuk kali ke 2, syaa dapat lagi tiket Formula 1…

Tapi bukan saya yang beria nak tengok sangat, untuk My IR yang nak pergi… jadi nak tak nak saya akan dapatkan juga…hehehe

Kali ni tiket dapat yang harga RM443.00 sahaja… tak seperti tahun lepas.. dapat kat Grandstand. Tapi tak perla.. janjji ada kannn?? hehehe

Google gambar nak tengok macam mana la rupanya duk kat Stand F ni..

Ok.. dah jumpa.. okla.. sekurang2nya bukan duduk atas rumput tanpa bumbung….. ada gak la bumbung tak ler kene panas  atau hujan kan..hehehe

Suka la tu my IR sebab dapat g lagi tahun ni.. saya?? emmm duduk rumah jaga anak jerla yek..hik3

 

 

Kisah Zulfadhli [Part 1]

On March 22, 2012, in Anak-anak, Keluarga, by Sumijelly

Punya la lama kejadian, baru la sekarang ada mas anak bercerita…hehehehe

Bukan tak nak cerita, tapi sebenarnya tak der masa nak upload gambar masuk komputer….dah la tu, sibuk lagi nak layan anak-anak… maka terkubur begitu aja cerita ni…

Jumaat (09.03.2012)

Nak dijadikan cerita, hari Jumaat (09.03.2012) masa tu saya memang dijangka pulang lewat, gara-gara berkampung kat ‘Hotel Kuda’… kuda la sangat, hehehe.. sebaik la dekat The Mines tu jer.. kalu jauh memang seksa saya nak pulang cepat-cepat.

Jadi saya serahkan hal anak2 kepada sepupu saya untuk mengambil dan menjaga sementara saya pulang. Tapi dalam pukul 5.30 ptg saya dapat sms  “Minta nama penuh dan IC Zulfadhli”… Apa lagi, terus saya balas “Oit… apasal?” Ha.. apa lagi terus sepupu saya call dan menerangkan situasi sebenar. Dia bilang tangan Zulfadhli bengkak…

Saya jemput Zulfadhli di rumah sepupu saya dan terus pecut kereta ke Hospital Kajang. Sebaik sepupu saya dah balut siap2 dengna tudung untuk ampu tangan dia.. sebab mengikut kata sepupu saya, Zulfadhli tetap lasak walaupun tangna dia membengkak….

Sampai Hospital baru saya dapat lihat kecederaan nya.. sepanjang dalam kereta memang tak duduk senang, sebab tak dapat tgk lengan dia dengan betul….

Adeh… bengkak nampak sangat masa tu.. doktor terus minta saya pergi wat X-Ray.

Selepas X-Ray, doktor lihat dan kata ada tulang di bahagian sikunya bengkak sedikit. Adeh.. lupa pula nak snap gambar X-Ray tu.. x per, temujanjji akan datang saya akan cuba untuk ambil gambar yek…

Dah di simen sementara di sikunya, doktor kata kene tahan wad. Sebab malam doktor pakar x ada, jadi nak tak nak kene tunggu esok pagi. Lagi pun kalu teruk kemungkinan kene masuk dewan bedah.

Ohw.. bila doktor cakap dewan bedah.. saya dah takut.. sebab rasa macam kecederaan nya sangat teruk….

Doktor kata, disebabkan bengkak pada siku tak surut, jadi mereka akan pantau dahulu.. jadi nak tak nak Zulfadhli kene la bermalam di Wad Kanak-kanak. Ok.. saya dah mula panik.

Lagi pun my IR masa tu belum balik dari Johor. Dan nak tak nak saya kene tunggu di Wad sementara my IR pulang dari Johor.

Lihat la Zulfadhli, dah bersimen pun masih aktif ketika ni… adeh.. naik risau saya. Sebab sepanjang ke Hospital dia sikit pun tak nanges….merengek atau meragam.. masih diam dan tersenyum lagi…

Nampak sungguh maca dia ‘kuat’ dan memahami situasi .. jika dia menangis, mungkin saya lagi akan panik dan mengelabah.. dna mungkin akan nanges-nanges pula..huhuhu

Akhirnya tidur juga hero saya setelah mata semakin mengantuk. Dan ketika itu juga my Ir datang untuk mengantikan saya. Saya terpaksa pulang ke rumah kerana Huzaiman masih menyusu badan, jadi tak boleh la tinggalkan dia di rumah tanpa saya. Lagi pun saya datang tanpa membawa pam susu atau apa2 barang.

 **Kejadian ini berlaku di Taska asuhan pada belah petang lebih kurang pukul 5 ptg rasanya. Mengikut kata pengasuh, anak saya seorang diri bermian di kerusi makan yang tidak tinggi dan tahu-tahu dia sudah jatuh kebelakang dan lihat  dia jatuh dengan menahan menggunakan siku kirinya.

Masa mula-mula jatuh dia tak nanges, selang beberapa minit baru dia menangis dan selepas tu dia diam dan terus main… Jadi mungkin pengasuh ingat benda tu tak serius.

Masa sepupu saya jemput baru nampak ketara bengkak nya…

Okla..nanti sambung lagi cerita… nak kene ingat balik pas tu apa terjadi..hehehe

 

Semalam, kawan pejabat saya ajak makan di luar… hengat g makan kat KFC ker… ghupanya g tempat baru… hehehee…

Baru la sangat, sebab baru bukak kann…. jadi kira baru la…. Kami pergi ke Galeria PJH dekat Presint 4. Dekat jer dari Pejabat kami di Presint 5. Macam ni la hidup di Putrajaya, kene pandai cari tempat makan… kalu tak mesti bosan makan tempat yang sama…hik3

Kami sampai dalam pukul 1 petang, jadi tak der la ramai kan.. dah ujung bulan, duit gaji pun lom masuk.. sapa nak makan kat situ..hahahaa

Sampai-sampai harusla pesan minumannnn……. haus ko… macma la jalan kaki g sana, padahal naik kereta..hik3. Kami 5 orang sahaja… tapi ada satu jer kumbang hensem yang pergi… hehehehe “Justin Bieber” tau…jangan jelesss….

 

3 lemon ais, 1 Fresh Orange dan 1 Vanilla Oreo Milk Shakes

 Cukup la tu… sorang satu… tapi saya jenis suka ambik set… sebab jimat sikit dari ambik satu-satu..hik3

Jom tengok apa menu kami makan di situ…..

 Seafood Pasta with Marinara Sauce – RM 14.90

 

Grilled Chiken with Pesto Founde – RM 16.90

 

Grilled Lamb Chop With Black Papper Sauce – RM 16.90

 

Ingat kat situ tak ada LUNCH SET… rupa-rupanya ada…hehehe… kalu ambik Lunch Set dapat Soup dan Air sekali… jimat sikit…

Lunch Set selalunya dari pukul 12 tengahari – 3 petang… so apa lagi, saya ambik la set punya…hehehe

  Menu Lunch Set

 

 Ini adalah Soup dan juga Ice Lemon Tea untuk LUNCH SET

  Mongolian Lamb Cultet and  Garden Vegetable  – RM 17.90

 Fish and Chips – RM  17.90

Jadi dalam banyak-banyak menu, saya hanya berminat dengan Fish and Chip…… sebenarnya tak tahu nak makan apa.. bial terpandangkan harga nya.. omak aik.. telan air liur bebanyak….hahaha

Saya bukan cerewaet.. tapi bila tengok menu yang saya tak der yang minat.. tetiba blur nak makan apa…..hahahaha

Padahal rasanya dalam menu ada juga NASI.. tapi takut rasanya kurang.. jadi jalan selamat ambik jerla Fish and Chip…hahaha

Soup nya memang sangat sedaaaaaaaaaappppppp……..berlemak sungguh…. macam tak puas lak makan…. sikit sangat derang bagi… hahahaha

Rasanya lagi sedap dari soup Pizza Hut..hahaha

Jumlah Keseluruhan – RM119.70 untuk 5 orang makan.

 Kira murah la tu… Govt Tax – RM6.19, Service Charge – RM 10.32.. di bahagi 5 orang kira sorang kene bayar RM3.30…. hahahaha…

Jadi saya dah pernah lah rasa di sini.. nanti wat nyer orang tanya pernah tak makan di Padi House? Jadi saya dah boleh cakap.. pernah…..hahaha

Makanan nya sangat sedap dan banyak juga.. boleh kenyang dan memenuhkan perut ni la jugak dna berbaloi……… kalu rasa nak mencuba, boleh la pergi di situ.

Nah peta … kot-kot sesat lak kangggggg…..hehehe

Galeria PjH
Jalan P4W,
Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia

 Jadi kalu datang ke Putrajaya, dah ada tempat makanan yang boleh di cuba… jangna lupa yek singgah di Padi House…hehehe

 


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...