Sumijelly Weblog

Kongsi Kasih Sayang dengan Kleenex!

On May 22, 2012, in Blog, Pendapat/Komen, by Sumijelly

Sapa kat rumah ada TISU?? angkat keyboard!! hik3… ala.. saya tahu, mesti kat rumah korang ada sekurang2 nya sekotak TISU kan?? ala.. x kira la tisu apa pun kegunaan tisu tu… mesti korang akan guna punya la…Lagi pun TISU la yang banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita seharian kan?

Jadi kini jenama dari Kleenex, ingin berkongsi nikmat kelembutan dengan korang semua tak kira dimana korang kat mana pun……

Korang boleh berkongsi kelembutan melalui pelbagai cara, antaranya :

1) Memesan pek Share melalui Facebook Kleenex Malaysia di Facebook

  • Jangan lupa untuk berkongsi PEK SHARE bersama orang yang korang sayangi. Masih belum terlambat untuk berkongsi dengan mereka kerana masih lagi berlangsung sehingga 31.05.2012. Cepat sebelum terlambat!

Ohya… saya dah hantar 1 pek share kepada adik saya… tapi tak tahu la dia dah dapat atau belum?? hik3

2) Dengan menyertai Kleenex Moments di Facebook

  • Korang berpeluang mengambil bahagian dalam Peraduan Kleenex Moments  yang bermula dari 24.04.2012 sehingga 10.06.2012. Ia menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM14,500 dan produk Kleenex.
  • Setiap penyertaan dalam peraduan Facebook Kleenex Moments, Kleenex akan menderma satu pek tisu kepada pertubuhan kemasyarakatan. Jadi orang yang memerlukan juga tetap dapat berkongsi kelembutan bersama kan?

3) Membeli pek istimewa di kedai-kedai berhampiran

  • Dengan hanya berharga RM12.60 per pek, korang dapat berkongsi bersama dengan yang tersayang dirumah atau di pejabat. Teradapat dalam pek edisi terhad dengan corak berilhamkan alam semula jadi dan bunga-bungaan. Pelbagai siri corak flora yang menampilkan gubahan bunga moden berwarna segar boleh dimiliki. Lebih istimewa, corak pek tersebut akan bertukar setiap empat bulan

Berkongsi la dengan berbagai cara untuk mereka. Tak kira la walaupun anda berada di mana jua. Seperti saya…

Saya berkongsi bersama anak-anak saya kelembutan dengan tisu Kleenex di rumah. Anda pula bagaimana ??

Kempen Share The Softness adalah cara Kleenex menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa mereka prihatin. Diharapkan mesej perkongsian ini tidak terhad kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, malah terhadap jiran tetangga, guru-guru dan lain-lain ahli masyarakat yang mempengaruhi kehidupan kita

Himpunan Jutaan Belia 2012

On May 21, 2012, in Blog, Events, by Sumijelly

Acara : Himpunan Jutaan Belia 2012
Tempat : Putrajaya, WP 
Tarikh : 23 – 27 Mei 2012

Sambutan Hari Belia Negara (National Youth Day) adalah untuk memberi penghormatan kepada belia negara kerana mereka telah memberi sumbangan besar kepada negara dan kerajaan. Mereka tidak harus dilihat sebagai beban tetapi bahkan mereka boleh menjadi aset berharga kepada negara kerana mereka adalah penentu ketahanan dan kekuatan sosial, politik dan ekonomi di masa hadapan.

Sebanyak 11.9 juta belia untuk dikembalikan kepada proses pembangunan negara dengan meletakkan mereka dalam arus perdana tanggungjawab nasional yang harus disokong oleh semua agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO. Mereka perlu dididik untuk didengar dan dihargai oleh pelbagai pergerakan dan program yang sangat baik.

Konsep 1 Belia 1 Malaysia telah dapat menunjukkan potensi mereka dan mereka pula sentiasa perlu dipertingkatkan. Kejayaan Hari Belia Negara 2010 adalah titik perubahan ke arah membawa darah muda kepada aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah. Penyertaan belia dalam organisasi belia terus meningkat sebagai hasil daripada peningkatan motivasi untuk Hari Belia Negara 2010 (2010 Hari Belia Negara) hendaklah dikekalkan.

[INFO] Senarai Kawasan larangan merokok

On May 17, 2012, in Blog, Panduan, by Sumijelly

dilarang merokok

SENARAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK :

  1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino
  2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
  3. Di dalam lif atau tandas awam
  4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
  5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta
  7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang
  8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan
  9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan
  10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi
  11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak
  12. Di dalam bas sekolah
  13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia
  14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
  15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
  16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
  17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
  19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
  20. Di mana- mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara

Emmm….. agak-agak ada tak yang patuh dengan setiap larangan yang di wartakan?? Ada tak???huhuhuh

[INFO] Makluman Penutupan Jalan sempena Citrawarna 2012

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...