Exclusive Online Deals from Ogawa just for You

kalu korang tgh baca entry akuk nie…
ha…aku nak bagi tau..ni bukan penipuan yek..
ni betul2 punya promosi tau…

seperti yang korang tau…
sekarang nie OGAWA buat jualan tuk Hari Raya sehingga 50% ko..
tapi cuba korang teka apa lagi OGAWA tawarkan?
haa…..jgn x tahu..derang bagi KUPON SECARA ONLINE lagik…
dengan tawaran istimewa tuk 4 barangan terpilih sehingga potongan 70% ko….

Ogawa

nampak x 4 barang kat atas tu??
ada 4 barang yang perlu korang rebut dan beli…
antaranya Vakum, eye touch, eye tune dan digital termometer..
ialah lagi beberapa minggu lagi nak raya kan..
barang2 nie amat perlu tuk korang tau…

Continue reading →

Iskandar pula dilanda demam + selsema…

Iskandar

emmm…nampaknya makin menjadi2 lak musim penyakit yek..
hari tu Danial yang x sihat…sekarang nie si adiknya la pulak..
Jumaat lepas aku MC, pun sebab demam…
kebetulan MC, Iskandar lak demam..x htr ke TASKA
ialah..tkt anak org lain lak demam..
baik cegah dari merawatinya huhuhu…

Iskandar

demam si Iskandar nie on off on off…
dan ahad lepas naik balik demam ditambah pula batuk + selsema..
yang x tahan tu, selsema la… sian lak aku nengok..
asyik meleleh jer hingus nya..
nak pulak time bersin..perghh….
kuar cendol pekat ko.. hahaha

Klinik

ahad tu hari aku yg bawa Iskandar g klinik..
kebetulan aku pun demam balik.. dan di tambah pula selsema..
nak g klinik ambik ubat selsema jer..

Continue reading →

I Don’t Want to Rest in Pieces like Final Destination

FD 4

I Don’t Want to Rest in Pieces like Final Destination
maksudnya, aku x moh mati dalam berkecai seperti citer Final Destination…

FINAL DESTINATION ??? wah..dah nak kuar la citer nie..
dalam bentuk 3D dan 2D lagi (tp hanya pawagam terpilih jerla)
dari Episod 1 – 3 aku tengok.. antaranya
– Kemalangan melibatkan Kapal Terbang terhempas
– Kemalangan di Lebuhraya
– Kemalangan di Roller Coaster

sumer cerita tu amat menggerikan aku..
aku kalu tgk sure tutp mata, tutup telinga..
tp….tgk kat celah2 jari aku jer..

aku la

mcm nie la aku kalu aku tgk cerita2 yang menggerikan..
x kira la citer hantu ker, seram ker, ganas ker…
confirm..wat mcm nie..
nak pulak dengan adanya sound effect yg kuat…
lagi mendebarkan ko…

korang lak mcm mana??
x kan la x der perasaan bila tgk citer2 mcm tu?
eee……ngeri arr bila bayangkan cerita FINAL DESTINATION yang lalu..
mesti kali nie lagi ngeri siot..
eee….x sabar la pulak aku nak tgk citer yang terbaru nie..
harap2 kali nie lagi mengerikan……… :beurk:

Aksiden di Ramdhan pertama

Eksiden

huhuhu……aksiden?? ala…adik beradik accident la…
masa ni hari pertama poser tu..
dalam kul 5 ptg.. kat selekoh Masjid Saujana Impian
nak menuju ke Tesco Kajang..

mcm mana lak aku leh kat cini??
emm…jap tengah recall balik memori aku..
aku jadi lupa lak…
oh ya…..baru tingat..
aku g Maydin Kajang kat depan Metro Point tu la..
pas tu lalu citu..

Continue reading →

Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding)

Soalan : Assalamu’alaikum, Saya nak bertanya tentang rukhsah untuk wanita berpuasa. Sesetengah orang seolah tidak bersetuju jika wanita yang menyusukan anak berbuka puasa kerana supply susu badan (yang diperah) tidak mencukupi untuk bayi kerana letih berpuasa.

Satu lagi, apakah yang dikatakan mudarat bagi wanita menyusukan anak ini? Adakah BP rendah, tak cukup susu, letih yg teramat, menggigil dikira sebagai mudarat yang membolehkan rukhsah? Adakah benar tindakan ibu-ibu ini dari segi hukum rukhsahnya?

Terima kasih.

Jawapan oleh Abul Harith:

Wassalam & terima kasih

Mengenai rukhsah untuk wanita hamil yang menyusukan anak berbuka puasa, ianya telah pun jelas melalui hadith artikel di sini.

Ia dibenarkan andai dikhuatiri kesihatan ibu dan bayi terjejas kerana itu. Dari pengamatan saya, terdapat beberapa keadaan di mana puasa memberi kesan kepada wanita tersebut.

Pertama ialah dehidrasi. Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.

Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.

Kedua ialah si ibu pengidap diabetes. Puasa boleh menjadi risiko kepada golongan ini. Diabetes mellitus menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi (hypeglycemia) sehingga menyebabkan rasa haus yang teruk dan kehilangan air melalui kencing yang kerap. Ia akan membawa kepada dehidrasi seperti yang telah diterangkan. Maka diharuskan baginya berbuka.

Continue reading →

Kemudahan Dan Keringanan Ketika Berpuasa

1. Bagi Mereka Yang Bermusafir

Terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa dibolehkan bagi para musafir untuk memilih tidak berpuasa. Malah perlu kita ketahui bahawa rahmat Allah dan keringan ini turut disebutkan di dalam kitab yang mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: (yang ertinya): “Barangsiapa yang sakit atau dalam keadaan bermusafir maka gantilah (puasanya) pada hari yang lain sebanyak jumlah yang ditinggalkannya itu. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu sekalian dan tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Hamzah bin Amr al-Aslami pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam: “Adakah boleh aku berpuasa ketika dalam safar?” (dia adalah termasuk dalam kalangan yang banyak mengerjakan ibadah puasa) Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Puasalah jika kamu mahu dan berbukalah jika mahu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/156), Muslim (1121))

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘Anhu berkata: “Aku pernah melakukan safar bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam di bulan Ramaadhan, orang yang berpuasa tidak mencela yang berbuka dan yang berbuka tidak mencela yang puasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/163), Muslim (1118))

Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa bolehnya memilih, tidak menentukan mana yang afdhal, namun mungkin kita akan menyatakan juga bahawa yang afdhal adalah berbuka dengan berdaarkan hadis-hadis yang umum. Ini adalah seperti sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam (yang ertinya): “Sesungguhnya Allah senang jika rukhsah yang Ia berikan diambil sebagaimana Dia membenci kemaksiatan yang dilakukan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/108), Ibnu Hibban (2742) dari Ibnu Umar dengan sanad yang sahih)

Dalam satu riwayat yang lain: “Sebagaimana Dia senang ketentuan hukum-Nya dilaksanakan.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban (354), al-Bazzar (990), ath-Thabrani di dalam al-Kabir (11881) dari Ibnu Abbas dengan sanad yang sahih)

Tetapi mungkin hal ini dibatasi bagi orang yang tidak merasa berat dalam mengqadha dan menunaikannya, agar rukhshah tersebut tidak bertentangan dari maksudnya. Perkara ini telah dijelaskan sejelasnya tanpa keraguan. Dalam satu riwayat dari Abu Said al-Khudri Radhiallahu ‘anhu: “Para sahabat berpendapat bahawa barangsiapa yang merasa kuat (untuk berpuasa) maka lebih baik baginya untuk berpuasa, manakala bagi yang merasa lemah, berbuka adalah lebih baik.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (713), al-Baghawi (1763) dari Abu Said. Sanadnya sahih)

Mudah-mudahan Allah membimbing kita semua ke jalan petunjuk dan ketaqwaan serta memberikan rezeki berupa pemahaman dalam agama. Sesungguhnya puasa dalam safar jika memberatkan hamba bukanlah suatu kebajikan sedikitpun, tetapi berbuka lebih utama dan lebih disenangi Allah. Dalil yang menjelaskan persoalan ini adalah riwayat dari beberapa orang sahabat, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah bersabda (yang ertinya): “Bukanlah suatu kebajikan melakukan puasa dalam safar.” (Haids Riwayat al-Bukhari (4/161), Muslim (1110) dari Jabir radhiyallahu ‘anhu)

Peringatan

Continue reading →

Tema, Logo dan Lagu 1 Malaysia – 2009

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke -52 ini, marilah kita menyelami erti – erti Kemerdekaan melalui tema, logo dan lagu 1 Malaysia.

1) Tema hari kemerdekaan ke 52
– 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2)Logo hari kemerdekaan seperti berikut:

Logo  1 M'sia

Maksud logo:
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

3) Lagu hari kemerdekaan
– Lagu Satu Malaysia telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Berikut adalah lirik lagu tersebut.

SATU MALAYSIA
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

3) Pelancaran Bulan Kemerdekaan, Tema, Logo dan Lagu Kemerdekaan Ke-52 pada 16 Ogos 2009 di Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.

4) Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 12 Ogos 2009 di Putrajaya.

5) Perayaan Ambang Merdeka akan diadakan pada 30 Ogos 2009 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

6) Sambutan Hari Kebangsaan Ke – 52 diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

7) Majlis Penutup Perayaan Bulan Kemerdekaan peringkat kebangsaan akan diadakan pada Oktober 2009 di Sarawak.

Tema-tema Hari Kebangsaan 1970 – 2009

Tak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 52.
Oleh itu apa kata kita mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas.
Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970.
Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Ulasan cerita wayang ORPHAN…

wah….sonoknya dapat tgk wayang…
lepas dapat jemputan dari Nuffanng semalam…
aku ngan my IR g Mid Valley tgk wayang..
lama rasanya x berdua tgk wayang…
anak2 aku tinggalkan ngan mak cu nya.. hehehe
x perla nopa, next time kita g lak yek..

ni aku nak citer cikit pasal ORPHAN nie
best woo…korang nanti tgk la yek..
akan ditayangkan kat pawagam x lama lagi…
kiranya aku dh tgk dahulu dr korang la yek..
hehehe…. 🙂

orphan

orphan

kisah nie pasal anak yatim piatu bernama Esther..
Esther nie jadi anak angkat kat pasangan John ngan Kate
budak nie memang pelik cikit la…
serba serbi pelik…..dari pakaian sampai la percakapan…

Continue reading →

Lama sudah x menonton wayang bersama..

wayang

huhuhu….tgk aku… semangat waja tul nak tgk wayang…
x pernah2 aku pakai tali pinggang keledar..
ni la aku pakai.. bukan senang nak tgk aku pakai..
selalu x pernah pakai..
ni berlenggang jer.. leh la sarung..
ada si Zulfadhli…x de rmaknaya nak pakai..
kang nak menyusu lagi, nak berkelek lagi..hehehe

wayang

aku ngan my IR berdua jer malam tu..
nak nonton wayan gmana leh angkt sau family..
baik aku beli CD tgk kat umah jer..
ni la masa nak berdua..
lama gak aku tak nonton wayang..
hari tu nyaris2 nak tgk, tp klau dah bawa anak…
cam ner nak tgk..silap hari bulan dgr sore budak dr sore wayang jer..
hehehe..leh spoil ko..

wayang

sempat lagi nak berposing ko..
padahal dah terkejar2 masa nie..
kene collect tiket sebelum kul 9 mlm..
konon nak kuar awal..tp pepaham la klau dh sampai umah..
malas ko nak kuar, nak pulak hujan ..lagi malas..hehehe

Wayang

sampai gak aku kat GSC…hehehe…
macam beruk lak tetiba..
lama dh x dtg mid valley..
rasanya kali terakhir aku jejak kaki kat mid valley
tahun lepas kot masa aku ngandung anak ke-3
pas tu x der dh dtg lagi…

wayang

sampai kat GCS, mak aih..ramainya..
bukan Nuffnang jer, GSC, FlyFM dan ada lagi 1 kaunter…
x pasna la pulak..apanya..
yang penting, tiket aku mesti ada..hehehe

wayang

yeha…dapat gak tiket nya..
so…masa tuk menonton wayang..
nanti aku bagi ulasan citer Orphan nie yek..
korang tunggu tuk next entry lak..
so…pada korang yang nak tgk citer nie..
tunggu yek…akan kuar panggung nanti..