Sumijelly Weblog

Kisah Cavenzi dan Kerusi Recliner……….

On May 7, 2012, in Blog, Peraduan, by Sumijelly

Wah… tau sangat la, mesti ramai tertunggu-tunggu entry mengenai CAVENZI…… panas!!panas!! hahahaha….. tapi kali ni lagi panas, sebab dapat kerusi nya sekali…keh3…

La..ada juga ker yang masih tak tahu cerita ni?? ishk… malas tul nak repeat banyak kali wei… apa kata korang baca jerla cerita nya sendiri yek. Nak saya tempek sekali llink nya ker?? ok.. nak ambik ni :

Ok… mesti ramai tertanya-tanya… apa kah kesudahan cerita saya dengan Cavenzi? Alhamdulilah…. setelah berbagai usaha.. akhirnya saya berajaya mendapatkan HAK saya sebagai PEMENANG.

Jadi seperti yang di janjjikan, Cavenzi menuntut saya mendapatkan hadiah tersebut pada 1-5 Mei 2012 dan saya telah pun memilih 1.5.2012 untuk menuntu hadiah tersebut. Maklum la jatuh pada hari umum, jadi baikla saya pergi ambil barang tersebut.

Saya sampai ke Cavenzi Balakong lebih kurang pada pukul 4 petang. Sebelum saya datang, saya telah pun menghubungi Pengurus di Balakong iaiut En Raymond untuk pengesahan sama ada hadiah sudah boleh di tuntut atau belum. Jadi tentu lah jawapan nya BOLEH!! Yeahhh!!!

Jadi datanglah saya bersama kereta pinjam iaitu kereta Exora milik abang ipar saya. Untung juga bila ada ahli keluarga lain memiliki kereta besar.. leh menumpang kasih…hahahaha. Jadi saya andikan kerusi itu muat untuk di masukkan kedalam Exora…kalu tak boleh muat gak… bye-bye jerla kerusi tu….hahaha

(dari kiri : En Terence, EnRaymond)

Rupanya pemenang lain ada yang sudah ambil hadiah tersebut. Oh.. tak sempat juga saya bertemu dengan pemenang lain..hehehe. Tak mengapa la.. yang penting masing2 sudah mendapat HAK masing2….

Sempat juga En Raymond bagitahu, bahawa selepas ini, segala urusan di HQ Balakong boleh rujuk pada En Terence selaku pengurus baru di cawangan tersebut. Eh… perlu ker saya tahu?? hahaha… ok.. tak per.. janjji hadiah saya sudah dapat…

Sempat juga la En Terence suruh saya berposing untuk ‘rekod’ pengambilan mereka….eee… dah la saya berpakaian selekeh hari tu.. dengan tak bersedia apa2… ishk… tau pakai baju lip lap lip lap masa datang…hahaha

Adeh……segan la pula..hahahah… patutnya ambik gambar dengan kerusi tersebut baru la gempak……. ni ambik dengan kerusi lain.. Tau-tau kawan saya TAG di FB bagitahu gambar telapun dimuatturun……hahaha

Jadi selepas segala urusan penyerahan selesai… kini tibalah masanya membawa pulang kerusi tersebut. Saya lupa pula nak ambik gambar keadaan kerusi tersebut di dalam kereta Exora…mesti korang tengah bayangkan muat atau tidak kan??

Tentu la muat…. kalu tak muat, dah tentu saya tak leh buat entry susulan untuk bagi tahu dah dapat kerusi kan??? hehehe. Alahai kerusi… gara-gara ko lah pemes sekejap Cavenzi dan Sumijelly…hik3.

Tak derla besar sangat kan? Jadi memang muat la bila di angkut dengan kereta Exora…….

Jadi kini KERUSI RECLINER tersebut sudah selamat di terima dan sudah selamat di henyak-henyak oleh anak-anak saya… semua berebut-rebut nak duduk kat kerusi ni. Sudahla bagi warna terang, jadi amat susah la saya nak menjaga nya.

Kalu la kotor kerusi ni… payah la nak cuci wei… jadi sila la tunggu berapa lama la boleh bertahan kerusi tersebut duduk di rumah saya… semoga ia akan berjasa dengan saya untuk jangka masa yang lama….hik3

Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan saya yang sudi membantu merelisasikan impian saya untuk memiliki kerusi Recliner tersebut. Dari bermulanya peraduan tersebut di mana ‘LIKE’ gambar saya kemudian menyokong saya di mana ‘MENYEBAR’ kan entry saya……. dan kini apa yang saya impikan sudah pun dapat.

Terima kasih la tak terhingga… jasa-jasa kalian di MEDIA SOSIAL memang amat berpengaruh….. dan sekurang-kurang nya kita mempunyai pengalaman untuk menempuhnya bersama-sama. Emmm…agak-agak kalu saya masuk peraduan sebegini lagi, ada tak yang sudi nak LIKE gambar saya lagi??hik3

Oh ya….. pada yang nak merasa duduk kat kerusi ni,mehla jemput datang ke rumah… datang-datang tu, sila la jangan lupa bawa buah tangan nya sekali yek…hehehehe

Begitu la kisah saya, cavenzi dan kerusi… berbagai pancaroba yang dilalui.. berkat tidak putus asa dan juga sokongan.. semuanya berjalan lancar.

TERIMA KASIH SEMUA

- T A M A T -

Selamat Pengantin Baru Helena!!

On May 6, 2012, in Blog, Kawan, by Sumijelly

Semalam hari Sabtu ada majlis perkahwinan Helena… eh.. takkan tak kenal kot?? ala.. yang rajin invite kengkawan tengok movie tu la….

Eceh..ceh… lawanya pengantin ni… ha.. kenal tak?? dah tempek gambar pun tak kenal lagi memangla…. heheheeh

Jadi saya pergi lewat sikit maklum la datang nak jumpa pengantin kan.. kalu datang awal… pengantin kompen lom sampai lagi… jadi saya sampai dalam pukul 3 ptg kot.. kalu tak silap…hehehe

Sedap makanan nya… dan ada choki-choki lagi.. suka la anak saya.. sbb dapat gula2 FREE…hahahaha

Saya dah janjji ngan adik saya berjumpa di situ saja… maklum la.. masing2 dari tempat yang berbeza kan….eh… Aus pun ada,,, dan ada la 2 orang blogger menegur saya…

Maaf la.. saya kurang ingat nama blogger tu… tapi sangat2 berterima kasih kerana sudi menegur kak sumi..hik3

Kepada Helena dan pasangan nya… kak sumi ucapkan “Selamat Pengantin Baru”dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Cepat2 timang anak yek…hehehehe

Emm…. pas ni sapa punya majlis pula?? jangan lupa ajak yek.. insya allah.. kalu dekat dan ada masa boleh la saya pergi…

Sumijelly Glamourous??

On May 4, 2012, in Blog, by Sumijelly

Hahahaha….. rileks la… jangna la mengelabah….

Asal?? Sumijelly tak leh glamer ker?? keh3….. Ni nak citer pasal baju la… Baju untuk ibu-ibu menyusu.. eh.. baju tuk ibu mengandung pun ada.. tapi dah lapeas la.. nak wat per g citer lagi kan??

Sebelum ini saya pernah beli Autumnz – Katrina Nursing Inner (Black)  melalui ONLINE. Masa tu ngah pantang.. jadi duit tu macam tak jalan2 kan.. maka saya jalankan dengna membeli belah di ONLINE…hahaha

Baju nya sangat selesa… amat mudah seperti saya menyusu badan. Banyak2 warna, warna hitam jugak kegemaran saya..hehehe

Bila beli secara online tahu-tahu la.. kene bayar duit pos lajunya RM6.00…. dah saya duk umah, mana la tahu kat mana jual.. sekarang dah tahu… boleh la beli lagi..hehehe

Hari tu masa saya g Butik Kasih Ibu kat Bandar Baru Bangi, saya belek2 baju di situ.. dan berkenan ngan baju dari Jenama AUTUMNZ ni pula….

AUTUMNZ - Glamourous 2-in-1 Maternity/NursingTop (Blk/Green) - Click Image to Close
AUTUMNZ – Glamourous 2-in-1 Maternity/NursingTop (Blk/Green)
RM59.90

Nama baju nya ialah AUTUMNZ – Glamourous 2-in-1 Maternity/NursingTop (Blk/Green)…. kain nya sangat sedapp…..dan selesa…..

Ok… memang tak leh jadi model la saya….. dan sila jangan salahkan saya juga.. ini adalah hasil tangkapan anak bujang saya si Iskandar…. konon seni sangat la tu ambik gambar senget2……..grrrr……..

Suka saya pakai baju ni.. sebab sangat mudah untuk menyusu badan,, terutama sekali bila saya menggunakan ‘sling bag baby’ tu… sambil dia menyusu saya masih boleh lagi membeli belah dengna senang hati…hahaha

Ok… sekarang nak g beli lagi baju yang ke 2…. sekali jatuh cinta pula dengna jenama Autumnz ni..hehehe

Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012

On May 4, 2012, in Events, Orang awam, by Sumijelly

Salam 1Malaysia dari Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan.

Acara : Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012
Tarikh : 4 – 6 Mei 2012
Tempat : Pantai Cahaya Negeri

Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012 adalah dibawah anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan disokong oleh Majlis Perbandaran Port Dickson serta Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung pada Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012 antaranya:-

  • Karnival Kaki Pancing Port Dickson 2012
  • P.D. International Jet Ski Challenge 2012
  • Port Dickson Night Beach Run 2012
  • Port Dickson Paintball Beach Challenge 2012
  • Karnival Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia
  • Gerai Pameran dan Jualan
  • Konsert Hiburan oleh artis-artis terkenal
  • Karnival Sukan Pantai
  • Sukaneka Keluarga
  • dan pelbagai aktiviti yang menarik

Lebih dari RM 80,000.00 hadiah berbentuk wang tunai dan saguhati beserta trofi yang ditawarkan sepanjang pesta ini berlangsung. Semua warga Malaysia adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara ini.

Sila hubungi pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat hotel/resort bagi yang ingin menginap di sekitar Port Dickson.

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...