Sumijelly Weblog

Jus Rio Fiesta menggunakan jus oren Brazil?

On June 22, 2011, in Blog, Produk, Promosi, by Sumijelly

jus

Rio Fiesta bukan sekadar satu lagi jenama jus oren biasa di pasaran. Ia dibuat menggunakan jus oren Brazil yang 100% tulen, dan membawa unsur-unsur pesta Brazil ke Malaysia.

Jus oren Rio Fiesta  kaya dengan vitamin A, C dan E, dan mengandungi palpa dari oren navel Brazil yang 100% tulen. Jus ini juga tidak mengandungi sebarang pengawet atau pewarna tiruan

Korang dah pernah rasa ker air Rio Fiesta?? ni aku beli kat Tesco sebab ada promosi  Beli 1 Percuma 1 dengan harga RM5.99 sahaja

Murah kan?? jadi aku rembat 4 botol sahaja…..hehehe.. nak cuba air ni best atau tidak rasa oren Brazil ni.…Ada ker yang dah pernah rasa air ni??

Nota kaki : Tu yang suka ngan TESCO sebab selalu ada promosi.

gangguan bekalan air

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS.

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

1. TARIKH/MASA GANGGUAN

8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)

SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur

Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Wilayah Hulu Selangor

Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.

Wilayah Gombak

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.

Wilayah Petaling

Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8)

Nota kaki : Sila pastikan anda menampung air secukupnya @ tidak berada di kawasan yg mengalaminya! hehehe

#1 Wordless Wednesday

On June 22, 2011, in Blog, Wordless Wednesday, by Sumijelly

Okey… sabtu lepas g ambik kad laporan anak aku kat sekolah. Tapi bukan aku ambikla… my IR yang g ambik, sebab aku kan g event Tupperware hari sabtu tu… jadi bahagi tugasan la…hahaha

So……. ini lah keputusan nya :

result

Keputusan yang dalam peringkat kene “usaha lagi”

  • BM (Pemahaman) – 68%
  • BM (Penulisan) – 54%
  • BI – 86 %
  • Matematik – 92 %
  • Sains – 72 %
  • Pendidikan Islam – 90%

Alahai…….. boleh la… aku dulu pun tak ingat berapa… agak nya lagi terukk….hehehe

result

Peratus keseluruhan nya 77 %

Tapi kedudukan dalam kelas cikgu tu tak tulis lak… aku pun tak tahu kenapa… sbab aku dengar dr my IR cakap, bulan 7 nanti ada ujian penentu kelas nanti….

Harap-harap dia naik la kelas… at least ada la pembaharuan sikit… jangan turun kelas sudah.

Tak per, kene usaha lagi tang BM tu… nampaknya anak aku lemah dalam bab menulis.….

Nota kaki : Usaha tangga kejayaan…….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...