Sumijelly Weblog

Tutti Frutti – Frozen Yogurt tu sedap ker??

On June 21, 2011, in Blog, by Sumijelly

Aku tak pernah g makan Tutti Frutti ni.. walhal ada jer kat Bangi ni… dekat ngan MFC Bangi gak tau…….

Tapi setelah aku baca entry kengkawan mengenai harga Tutti Frutti ni… omak ai… baru tahu.. kene timbang2 yek??

tutti frutti

RM17.50

tutti frutti

RM 8.00

tutti frutti

RM 25.40

tutti fruti

RM 11.00

Emmm…………. mahal gak kan??

100grm – RM5.30 ??

Kalu aku ambik…… mau lebih 500 grm ko.. kang silap2 kene charge mau lebih RM20.00++.. **pengsan**

Jadi lupakan la hasrat….. takperla… tukang baca entry korang jerla…. nak beli memang tak kan kot.. unless ada orang nak banjer aku!! hahahaah

Nota kaki : emmm……. minum cendol pun best kan?? hahaha

Jom sertai Giveaway dari Miza Yusuf!

On June 21, 2011, in Blog, Kawan, Peraduan, by Sumijelly

miza yusuf

Korang nak HADIAH PERCUMA?? ala…… mcam biasala, ada GIVEAWAY dari Blog Miza Yusuf ni hah…

Kan susah pun, just copy jer banner dia pas tu ko buat entry dan LINK kan kat entry Miza Yusuf tu. Senang kan??

Jom la joint, sebab GA ni samapi 30.06.2011 jer ko….. eh.. lagi seminggu jer tinggal…..hahahaah

Aku nak 3 orang, tapi di sebabkan tak nak pilih kasih…… aku TAG kepada sumer pembaca sumijelly.com yek…

Kiranya korang leh aja joint kalu terbaca entry nie….

Ok… entry aku dah selesai, hanya perlu tinggalkan link aku kat entry Miza Yusuf jer, pas tu tunggu keputusan… perghh… ramai gila ko yang joint.. dia nak pilih 6 orang je pemenang sahaja..

Apa kata ko up lagi pemenang nya Miza oit……hehehehe (suka suki aku jer…)

Nota kaki : Sambil joint, sambil promote blog orang gak kan….hehehe

Pesta Buah-buahan Tempatan 2011

On June 21, 2011, in Blog, by Sumijelly

buah-buahan tempatan

Acara : Pesta buah-buahan Tempatan 2011
Tempat : MATIC KL, Jalan Ampang
Tarikh : 2 – 3 Julai 2011

Jadual untuk acara ini di sertakan :

2 Julai 2011 (Sabtu) – 10 pagi – 10 malam

aturcara

3 Julai 2011 (Ahad) – 10 pagi – 1 ptg

aturcara

Jemputla beramai-ramai memeriahkan acara ini. Terdapat banyak acara dan pertandingan yang di adakan.

Jom SERBU!!!!!!!

Nota kaki : Perghh…..kenyang tu kalu dpt makan buah FREE….heheeh

Trimister ke 3 dalam kehamilan

On June 20, 2011, in Blog, It's Me!!, Kehamilan, by Sumijelly

8 bulan

Ewah…… comel tak perut aku?? hik3… ni perut 32 minggu bersamaan 8 bulan bermakna aku ada lagi 6 – 8 minggu untuk melahirkan anak yang ke 4??

Sekarang kira TRIMISTER ke 3 iaitu yang terakhir dalam detik-detik kehamilan.

Sepanjang TRIMISTER ke 3, yang aku hadapi adalah :

  • Perut kerap masuk dan sering muntah di sebelah petang
  • Kerap ‘buang air kecil’ setiap malam iaitu 1-2 jam sekali
  • Tidur tak selesa walaupun mengiring ke kiri dan kekanan
  • Selera makan menjadi-jadi di mana sering makan CENDOL hampir setiap hari
  • Perut di bahagian bawah sering ‘kekejangan’ @ ‘mengeras’
  • Sering sakit pinggang walaupun hanya ‘membasuh’ pinggan mangkuk untuk beberapa minit

Berat badan aku pun semakin hari semakin naik. Adakah berat aku memang naik atau berat dalam perut aku yang naik?? hehehe…. kene tunggu pas bersalin la nak tahu berat siapa yang naik??

Ishk… tak sabar untuk menerima cahaya mata walaupun ini anak yang ke 4. Anak-anak aku sibuk tanya bila ‘baby’ nak kuar. Si Danial siap tanya bulan berapa keluar dan hampir setiap hari tanya dah masuk bulan Ogos ke belum?

Si Iskandar pun sama juga… asal teman aku g check up dia ingat baby nak kuar….hik3… Tapi hanya Zulfadhli sahaja yang tidak memahami. Mungkin masih kecil lagi, jadi dia masih dengan dunia dia sendiri.

Jadi… sabar yek kengkawan, aku masih lagi boleh bekerja dan menghadiri mana-mana ‘acara’ jika di jemput (nak bagi tahu gak tu…hahaha) setakat yang aku boleh g la… kalu tak larat, duduk rumah jer ….

Erkk… rasa macam nak buat ‘peraduan’ mencari nama anak aku.. agak-agak ada tak orang nak joint. Sebab pemenang hanya SEORANG sahaja (dah yang kuar pun satu) dan mungkin aku tawarkan WANG TUNAI jer sebagai ganjaran.

So agak-agak ada tak yang setuju dan berapakah kah nilai yang korang rasa sesuai??

Nota kaki : Meh la bagi cadangan wei!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...