Sumijelly Weblog

Akhirnya, Muhammad Huzaiman nama diberi………

On August 9, 2011, in Anak-anak, Baby, by Sumijelly

huzaiman

Muhammad Huzaiman b Mohd Zaire akhirnya nama diberi kepada puteraku yang ke 4….

Makna nama tersebut adalah : Nama sahabat nabi Muhammad SAW.

Agak susah juga nak memilih nama anak-anak ni.. maklum la.. setelah kesemuanya lahir lelaki… bila kaluar yang ke 4 pun lelaki, aku hanya dapat mencari nama setelah kelahiran. memang tak der sediakan langsung nama nya semasa aku mengandungkan anak aku ni…hehehe…

Nampak sangat dah tak der ilham nak letak nama anak ko… hik3… tula.. asyik bersalin lelaki jer… sampai nama anak pun susah nak cari.. dah nama best3 sumer orang dah kebas…hehehe

So.. sila la panggil puteraku yang ke 4 ni Muhammad Huzaiman yek.. Pas ni kalu ada gak yang sibuk tanya apa nama anak aku… aku sekeh gak kang…..hehehe

Nota kaki :  Tu wajah masa hari ke 3 di Hospital tau…

Rindu sumijelly ker??

On August 9, 2011, in Blog, by Sumijelly

Hai sumer… maaf la… sepanjang aku berpantang.. memang betul2 aku kene pantang…muahahaha………

Maklum la.. umah 2 tingkat.. maka komputer dan beruk band kat tingkat atas.. aku lom mampu beli lap top…jadi aku berpantang la dari naik ke tingkat atas… my IR tak kasi wooo……….

Ialah.. aku kan bedah ko… gila ko nak suh aku turun naik tangga… tu bukan senaman dah..tu macam kira nak bunuh diri jer…. hahahaha…

Maka…. duduk la aku dendiam di tingkat bawah menjalani pantang.. hanya bertemankan FB melalui HP yang tak berapa canggih tu …hehehe

kaki

Motif aku letak gambar kaki berstokin?? nak bagi tahu aku dalam pantang la….muahahaha

okla… nanti sambung lagi yek……..

Pilih la Susu yang mengandungi IMMUNOFORCE!

On August 6, 2011, in Blog, Nuffnang, by Sumijelly

*Ini Adalah Sticky Post, Entry baru Scroll ke bawah yek*

Nak mencari susu yang sesuai untuk pembesaran anak dalah perkara yang begitu mencabar untuk para ibu bapa. Macam aku gak la… mesti belek setiap balang susu untuk memastikan segala keperluan tuk anak aku itu mencukupi atau tidak dengan minum susu.

Ingat tak entry minum susu untuk membesar dengan sihat dan kuat!tu? Aku rasa susu yang menepati citarasa semua orang adalah Mamil Gold!Kan susu tu dah di buat kajian dan penyelidikan dari pakar sains yang diiktiraf oleh doctor dan saintis daripada 33 buah Negara takkan tak mencukupi lagi tu?? Hehehe

Lagi pun dalam susu MAMIL GOLD ni kan ada campuran oligosakarida yang dipatenkan atau immunoforce yang boleh membantu menjaga kesihatan usus anak-anak kita. Kiranya kita tak perlu la risau sistem penghadaman mereka kan? Mesti berjalan lancar kalu minum susu ni….

Eh korang tahu tak… sejak kuar bermacam-macam berita mengenai susu ni kan, sekarang ni MAMIL GOLD telah pun mempertingkatkan lagi susu formula mereka iaitu tidak mengandungi sukrosa dan ini sekaligus telah menjadikannya ia pilihan ibu bapa lain untuk memastikan ia lebih sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar!

mamil gold pek baru

Lawa pulak pek baru susu MAMIL GOLD nikan??….suka lak aku nengoknya… Tapi yang penting bukan sahaja pek nya di perbaharui malah immunoforce juga dipertingkatkan lagi dengan mengandungi tahap DHA paling tinggi untuk setiap hidangan.

Dan untuk pengetahuan korang, IMMUNOFORCE hanya boleh didapati di Mamil Gold SAHAJA untuk menyokong sistem immunisasi kanak-kanak. Ada beberapa kajian yang telah membuktikan sistem imunisasi ini merupakan salah satu kriteria yang amat dititikberatkan oleh para ibu dalam pemilihan susu bagi membantu tumbesaran anak-anak, malah lebih penting daripada keperluan perkembangan minda. Ini kerana tanpa sistem imunisasi yang kuat, keperluan otak bolehlah dikompromasi kerana hanya kanak-kanak yang sihat sahaja yang mampu belajar dengan lebih cepat.

Maklum la kanak-kanak khususnya mudah menerima jangkitan kerana secara asasnya pertahanan tubuh mereka tidakla begitu kuat, nak pula semasa mereka bermain di luar rumah dimana terdapat banya bakteria dan mereka mudah dapat jangkitan secara tak langsung kan? Tapi tak semua bakteria tu tak baik untuk mereka…jadi makanan terbaik untuk memelihara bakteria baik ialah pemakanan sihat.Maklum la… nak suruh anak2 makan makanan selain buah-buahan, sayur-sayuran amat susah, jadi susu juga adalah antara makanan yang baik untuk memperkukuhkan pertahanan badan mereka kan?Jadi, pilih la susu yang dapat dengan memberikan pemakanan lengkap dan seimbang ketika mereka sedang membesar.Aku juga kene minum susu jugak kan?? Sapa kata susu Mamil ni hanya untuk kanak-kanak jer, untuk ibu-ibu mengandung ada gak yek… iaitu Mamil Mama dan sekarang dah ada perisa coklat lagi!Sesuai untuk macam aku yang mengandung dan menyusukan anak juga tau! Sebab susu Mamil Mama juga mengandungi lebih rendah kandungan lemak dan tinggi kandungan kalsium serta asid folik. Boleh la lepas bersalin aku minum susu Mamil Mama ni lagi….

Jadi perkembangan otak untuk anak-anak bermulanya dari dalam perut ibu… maka pilih la yang terbaik untuk diri kita dan juga anak yang bakal dilahirkan!

Nota kaki : Aku lagi suka perisa coklat dari perisa biasa… hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...