Sumijelly Weblog

#29 Wordless Wednesday – Mengantuk

On May 2, 2012, in Anak-anak, Blog, by Sumijelly

Bertemu Penulis Melur Jelita @ Pesta Buku

On April 30, 2012, in Blog, Events, by Sumijelly

Semalam saya sempat ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC… Eh..walaupun saya sudah lama meninggalkan PWTC, kalu bab ada acara yang menarik mesti saya akan pergi juga….

Tahun lepas (2011) ketika saya sedang mengandung anak ke -4, saya sempat bertemu dengan penulis Norhayati Ibrahim. Kini untuk tahun 2012 pula…. Alhamdulilah.. saya sempat berjumpa dengan penulis Novel Awak Suka Saya tak? iaitu Melur Jelita…

Orang nya rendah dan comel aja… besar lagi saya rupanya…eh..bukan.. tinggi lagi saya…hehehe…

Tapi dia seorang yang pemalu.. cuma untuk seketika.. jika dapat berbual dengan nya.. mesti jadi ramah..hehehe..

Dia juga memiliki blog iaitu :

Selamat bertemu yek kak Melur Jelita!!

9 bulan – Perbezaan 2009 dan 2012

On April 27, 2012, in Anak-anak, Baby, by Sumijelly

Gambar yang hampir sama, 9 bulan ketika ini usia mereka waktu gambar ini di rakam…

Zulfadhli pada tahun 2009 dan juga Huzaiman pada tahun 2012. 2 gambar yang hampir sama dan bezanya adalah… Zulfadhli dah ada gigi 2 batang ketika itu, mana kala Huzaiman masih belum tumbuh gigi….

Tapi yang nyata ketika ini, masing-masing masih lagi menyusu badan sepenuhnya.. semoga hasrat saya untuk menyusukan Huzaiman sehingga 2 tahun berjaya…

Doakan untuk saya yek!!

Jom sertai Tea Party with Trudy & Teddy!!

On April 25, 2012, in Blog, by Sumijelly

Apa?? Tea Party with Trudy & Teddy? Oh tidakk!! Haruslah sertai kan?? kan?? emmm… mana leh tak g, sebab pakaian Trudy &Treddy sumer cantik-cantik belaka.

Tak caya?? Lihat la anak bujang saya bergaya dengan baju Trudy &Treddy

Kain nya memang sangat lembut dan sedap bila di pakai. Zulfadhli tak meragam malah suka bila saya pakaikan pakaian ini.Bukan saya pemakai, malah saya selaku ibunya pun sangat suka dengan pakaian ini.

Kebanyakkan pakaian Trudy & Treddy memang sangat mengikut peredaran semsa di mana setiap reka bentuk sertawarna nya memang memenuhi citarasa pembeli. Lagi pun harga amat tidak la terlalu mahal dan boleh di beli oleh sesiapa sahaja.

Jadi saya ingin sekali menyertai acara minum petang bersama Trudy & Teddy pada 20 May 2012 ini…. saya harap dapat berpeluang ke sana!! Yeahhhh….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...