Sumijelly Weblog

Pernah minum susu Anlene??

On April 21, 2012, in Blog, by Sumijelly

Hari-hari saya tengok iklan mengenai susu Anlene ni  tiap-tiap hari…. mengenai tulang yang akan reput sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa dan usia…

Wah…. takut pula bila tengok iklan macam ni kan? Sudah la saya ni jenis yang kurang minum susu… sejak mengandung susu tepung la saya paling tak suka minum. Minum pun sekadar merasa sahaja tidak la menjadi rutin harian pun…

Kini usia saya sudah pun mencecah 30 an… di mana makin lama makin berusia la saya.. dan untuk itu saya telah pun berjaya membeli sebungkus susu anlene yang kecil..baru berharga RM20.99 sahaja…..hehehe

Saya beli perisa Coklat dan mengikut usia iaitu 19-50 tahun… huhuhu…. Kalu perisa biasa mesti saya tak lalu minum…baik la saya ambik perisa coklat dahulu..

Kini sekurang2 nya saya kene minum susu Anlene untuk menjaga tulang saya… ewah… baru la nak jaga tulang.. selama ni tak jaga..keh3….

Susu Anlene ni saya biasa bancuh dengan air sejuk sahaja… sebab baru sedap sikit nak minum… tpai memang sedap pun kan.. kalu tidak tak laku la air sample yang kat pasaraya selalu bagi tu.. mereka memang bancuh dengan air sejuk gak kan?? hehehe

So… kini saya akan cuba minum sekurang2 nya sekali sehari walaupun di syorkan 2 kali sehari.. sebab saya takut lupa nak minum. jadi dapat minum sekali sehari pun ok gak kan??

Jadi nak tahu la.. ada ker sesiapa minum susu macam ni? ialah mungkin selain anlene ker?? hehehe

Maklum Balas dari Cavenzi [Entry Susulan]

On April 19, 2012, in Blog, by Sumijelly

Ewah.. mesti ramai tertanya-tanya apa kah yang telah berlaku?? kenapa tetiba ada nama Cavenzi??

Adeh… saya malas nak ulang cerita lagi.. kalu nak tahu gak, leh la rujuk kembali entry saya yang tedahulu :

Gara-gara entry tu gak la blog saya sehari tu mencecah 2K tau.. perghhh…….. tak pernah2 terjadi sepanjang berblog…hahahahaha…

Jadi agaknya setelah tersebar luas LUAHAN saya tu sampai la ke pengetahuan Cavenzi, akhirnya barulah Cavengi memberikan saya EMEL untuk tuntutan hadiah tersebut :

Puan Norsuhaila,

Merujuk kepada komen serta pengisian blog puan, kami bagi pihak Cavenzi ingin memohon maaf seikhlas hati di atas segala kesulitan yang timbul akibat kelewatan proses hadiah yang telah dijanjikan kepada puan.

Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut, dengan sukacitanya juga kami ingin memaklumkan bahawa hadiah puan serta 2 pemenang lain kini sedang diproses semula selepas menyemak segala maklumat terdahulu bersama bukti kemenangan. Maklumat tuntutan hadiah puan adalah seperti berikut :

Tempat : Cavenzi Cawangan Balakong

Alamat :   Lot 3362, Off Jalan Balakong, Batu 11, Cheras, Selangor.

Tarikh : 1 – 4 Mei 2012 (sila tuntut dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan hadiah ditarik balik)

* Kos penghantaran akan dikenakan sekiranya puan memerlukan khidmat penghantaran terus ke rumah

 Untuk makluman puan, sejurus selepas keputusan peraduan tersebut diumumkan pada bulan Ogos 2011, pihak kami telah menguruskan tempahan hadiah berkenaan untuk penghantaran kepada cawangan Cavenzi Balakong. Bukti pesanan kepada gudang bertarikh 18 Ogos 2011 juga masih dalam simpanan kami. Namun, sepertimana lumrah manusia, pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Ini berkemungkinan terdapat beberapa salah faham di antara kakitangan kami sendiri sama ada di ibu pejabat Cavenzi, gudang ataupun kilang yang menyebabkan maklumat sebenar tidak sampai kepada pemenang. Setelah meneliti isi kandungan blog puan serta maklum balas daripada pemenang-pemenang lain, kami dapati bahawa kesemua pemenang ini tidak pernah dimaklumkan secara terus bahawa hadiah tersebut telahpun dihantar ke Cawangan Cavenzi Balakong dan sedia untuk dituntut. Sebagaimana prosedur biasa Cavenzi, disebabkan ruang yang terhad di setiap premis, barang berkenaan hanya akan disimpan untuk tempoh tertentu sebelum dihantar semula ke gudang oleh Pengurus Cawangan.

 Kami juga mengakui bahawa selepas kakitangan kami yang dahulunya mengendalikan peraduan serta menyelenggara facebook Cavenzi2u meletakkan jawatan beberapa bulan yang lalu, pihak kami secara tidak sengaja telah terlepas pandang mengenai beberapa perkara yang masih belum diambil tindakan. Sehingga April 2012, seorang kakitangan baru telah dilantik untuk mengambil alih jawatan tersebut dan sedang dalam proses mempelajari selok belok pengurusan perkhidmatan Cavenzi secara atas talian.

Walaupun pelbagai tuduhan dan kata-kata yang kurang baik dilemparkan, kami tidak pernah cuba untuk lari dari masalah dan menipu pelanggan. Dalam erti kata lain, kami juga pengguna dan kami memahami masalah puan. Oleh sebab itu, kami cuba untuk  berinteraksi dengan pelanggan melalui Cavenzi2u dengan mengambil kira komen pelanggan untuk rujukan dan cadangan di masa hadapan.

Sehubungan ini, sekali lagi kami ingin memohon maaf di atas insiden yang berlaku dan kesulitan ini amatlah kami kesali. Sekiranya masih terdapat sebarang pertanyaan ataupun aduan, sila hubungi kami di 03-90746096 (Marketing Department), 03-90742239 (Pegawai Khidmat Pelanggan) atau email ke it@cavenzi.com.

Sekian, terima kasih.

 Warmest regards,

Marketing Department
Cavenzi Design Sdn Bhd

No. 25 Jalan Kasturi3,
Plaza Kasturi Off Jalan Balakong,
Batu 11, Cheras, Selangor D.E.
Tel: 603-9074 6096   Fax: 603-9074 6095
URL:
http://www.cavenzi.com
Email: it@cavenzi.com

Pergh……. gara-gara entry tersebut, secepat kilat iaitu keesokan hari nya Cavenzi terus emel kat saya. Begitu kuat sungguh kuasa media sosial ni. Tapi kenapa perlu macam tu sekali baru cavenzi nak ambil tindakan kan??

Andai la saya masih lagi menunggu… menunggu dan menunggu sehingga la bertahun-tahun, agak2 ada tak Cavenzi akan menghantar emel kepada saya untuk menuntut hadiah tersebut? Mungkin ya atau mungkin tak ada langsung…

Jika tidak kerana saya luahkan dalam blog kemungkinan mereka tak ambil kisah malah mungkin tak ambil pusing mengenai tuntutan hadiah tersebut kot. Ialah.. kalu benar mereka ambik kisah, sepatutnya jika lewat sangat pun mungkin selepas 2-3 bulan baru lah dapat tuntut hadiah.. ni selepas 8 bulan kemudian ada entry luahan baru nak bertindak…

Dan yang lagi saya hangin.. dah la lambat, kene pula KOS PENGANGKUTAN untuk tuntut hadiah. Saya tahu memang la mana-mana T&C ada benda2 macam ni.. tapi selalunya dalam tempoh 2-3 bulan jer.. tapi di sebabkan kelewatan penyerahan hadiah tanpa apa-apa berita, sepatutnya Cavenzi memberikan Hadiah tersebut tanpa KOS…

Dan saya ada juga meluahkan perasaan tak puas hati mengenai KOS PENGANGKUTAN tersebut dan ini pula maklum balas mereka :

Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas serta perbualan telefon di antara puan dan Pegawai Khidmat Pelanggan kami, Pn. Mala pada pagi Isnin, 16 April 2012.

Sepertimana yang telah diterangkan oleh Pn. Mala, adalah dimaklumkan bahawa kami tidak dapat menawarkan khidmat penghantaran percuma kepada puan. Oleh yang demikian, sekali lagi kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang puan alami. Daripada aduan-aduan puan sebelum ini, kami akan cuba untuk menilai semula mekanisma penganjuran peraduan di Cavenzi2u dan akan memperbaiki perkhidmatan kami agar ia tidak berulang lagi di masa hadapan.

 Sekian, terima kasih.

 Warmest regards,

Marketing Department
Cavenzi Design Sdn Bhd

No. 25 Jalan Kasturi3,
Plaza Kasturi Off Jalan Balakong,
Batu 11, Cheras, Selangor D.E.
Tel: 603-9074 6096   Fax: 603-9074 6095
URL:
http://www.cavenzi.com
Email: it@cavenzi.com

Ok.. nampaknya mereka tetap tidak mahu bertolak ansur…. oh!sedihnya hati saya… huhuhu. Jadi nak tak nak saya kene la juga pergi mendapatkan HADIAH tersebut dengan membawa sebuah LORI... hahaha.. emm.. agak2 ada tak sesiapa sudi pinjamkan sebuah LORI tuk sumijelly?? hehehe

Emmm…. sekarang saya pula kene memikirkan kenderaan apa yang sesuai untuk mengangkut KERUSI tu yek?? Kalu naik kerete AVANZA muat tak?? Tapi saya macam perasan hari tu siapa yek blogger yang ada STORM.. emm.. agak2 leh pinjam tak?? hik3.. Meh kita g Balakong HQ leh posing2 ambik gambar, pas tu nanti saya leh masuk dalam blog gambar kamu yang sudi pinjamkan STORM tu..hik3

Ada sesiap yang sudi nak membantu sumijelly?? hehehe

My #toshibaultrabook contest dari Denaihati

On April 19, 2012, in Blog, Peraduan, by Sumijelly

My #toshibaultrabook lebih ringan daripada kasut tumit tinggi yang berada di pasaran!

tak caya??

Berat kan?? 1.13kg tu……….lagi berat dari Toshiba Ultra Book…hehehehe

So, pada sesiapa nak masuk peraduan yang di anjurkan Toshiba bersama Denaihati boleh la mencuba nasib.

Apa lagi jom ikut serta contest yang akan berakhir pada 11.59pm, 23/4/2012.

toshiba

The Toshiba Portégé Z830 UltrabookTM Inspired by Intel is the world’s lightest 13” UltrabookTM with the most complete set of ports. This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.

#28 Wordless Wednesday – JOHAN!

On April 18, 2012, in Anak-anak, by Sumijelly

#28  Wordless Wednesday

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...