ibu mengandung

4 jenis ubat yang amat diperlukan oleh aku

On March 8, 2011, in Blog, Kehamilan, by Sumijelly

ubat mengandung
Dalam gambarajah tersebut… hahah……gambarajah… kelakau lak rasanya aku nulis…….

Tu dalam gambar tu.. ada berapa jenis ubat murid2?? hahahaha (berangan kan nak jadi cikgu…)

Terdapat adalah 4 jenis ubat iaitu :

  • Asid Folic
  • B Complex
  • Ascorbic Asid
  • Ferromed

Ubat-ubat ni di bekalkan untuk IBU-IBU mengandung macam aku… tapi untuk bakal ibu yang ingin mengandung pun boleh dapatkan ubat ini untu persediaan jugak..

Tapi tuk bapa-bapa yang akan mengandungkan si ibu-ibu pun boleh jugak kalu nak makan… elok apa………macam Jejai @ Eyriqazz….. muahahaha **larikkkkkk**

Jadi marilah kita mengenal apa kah kebaikan apabila makan ubat-ubatan ini…

AMARAN :

**Segala maklumat ini pemilik blog hanya membuat rujukan melalui GOOGLE, jadi untuk maklumat terperinci, sila la merujuk kepada doktor yang bertauliah**

asid folic

Asid Folic

Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9 ia membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru seperti DNA.

Sumber makanan kaya asid folic ialah sayuran hijau,kacang pea dan bijiran. Terdapat juga dipasaran roti yang diperkaya dengan asid folic.

Pil ini agak meloyakan disebabkan baunya  yang agak kuat. Jika anda mempunyai masaalah ini, ambilah pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan rasai kerana anda berada dalamn fasa tidur selepas mengambil pil asid folik ini.

B complex
B Complex

 

B-Compleks ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy) selain itu ia juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar.

Sumber semulajadi vitamin B-complex ialah sayuran hijau, kekacang.

Ia juga diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah) dan penting untuk metabolisma lemak, protin dan karbohidrat

ascorbic acis
Ascorbic Acid (Vitamin C)

Diperlukan untuk pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran, mencegah skurvi atau rickets dikalangan kanak-kanak

Sumber makanan lain ialah Kobis mentah, lobak merah, jus oren, betik, lettuce, celery, bawang besar, tomato, dan kebanyakan buah-buahan citrus.

ferromed

Ferromed

Ubat ini adalah untuk menambahkan darah dalam badan kita. Ubat ini perlu lah di ambil seelok-elokya sebelum makan. Jika memakan ubat ini najis akan bertukar warna menjadi hitam.

Selain itu sumber makanan lain seperti hati, pedal dapat menambah darah semulajadi.

Jadi setiap hari aku makan ubat-ubat ini.. kekadang ada gak terlupa makan belah pagi, aku anjak ke petang.. tu pun lupa gak makan belah petang aku anjak ke malam…. jadi bila dah lupa makan waktu malam. aku tak makan la ubat tu seharian…

Kalu tahu dek misi kat klinik, mau kene bebel….hahahaha

Jadi, sekarang nie aku akan cuba ingat untuk makan.. sebab ini pun untuk baby dalam perut ni gak.. makanan tambahan dia selain apa yang aku makan..

Nota kaki : Tu belum lagi tambah ubat-ubat lain .. kalu kene penyakit lain seperti demam ker, batuk ker..hehehe

victoria bechkam idam anak perempuan

Wah….. rupanya aku nie lebih kurang kes nya ngan Victoria Bechkam la kan? Dia pun mengimpikan untuk mendapatkan seorang cahaya mata perempuan setelah memiliki 3 orang anak lelaki sama.

Aku pun ada 3 orang anak lelaki, dan mengimpikan anak perempuan gak… ceh.. nak sama ngan artis gak! hehehehe. Ok apa, aku blogger, dia artis,….hehehe.. Sumijelly sapa tak kenal? ramai kenal kot… (ewah..pasan giler aku!)

Setelah tersebarnya khabar berita tentang kehamilan aku yang di tulis oleh Eyriqazz (thanks eyriq… memeriahkan blog aku) tempoh hari, ia aku memang SAH mengandung anak ke – 4.

Tapi maklum la, ini kandungan yang ke – 4, dan lagi pun aku bukan nya tak nak bagi tahu awal-awal, kalu boleh biarlah aku buat dulu imbasan kandungan mengesahkan aku benar2 hamil. Lagi pun aku bukan pengantin baru yang baru hamil bunting pelamin hehehe…

Korang kalu joint Om Nom Nom Race anjuran Nuffnang, leh menang HTC Smartphones tau!

Umur pun dah meningkat, dan orang kata tak baik la khabarkan awal-awal jika masih baru, maklum la takut-takut tak menjadi. Susah pula hati aku nanti… tapi alhamdulilah, berkat doa rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kandungan aku sihat…… aku rasa lega sikit setelah melepasi 9 minggu.

Kiranya sekarang aku dah 2 bulan dan seperti tidak sama dengan kandungan aku yang lain, di mana kali ini aku punya mabuk dan muntah-muntah terlalu kerap hingga segala apa yang aku makan pasti akan terkeluar balik. (sian aku… makanan best pun tak leh makan dah…waaa…….)

Makan pun nasi kosong, roti, biskut dan air suam sahaja mampu ku telan. Segala benda-benda yang berminyak sumer tak leh sentuh hanya mampu ku pandang sahaja…hehehehe

Harap-harap simptom ini akan berakhir apa bila kandungan aku melepasi Trimester Pertama la hendaknya.

Jadi kengkawan, doa-doakan la semoga kesihatan aku baik , sihat selalu dan di permudahkan dalam segala urusan yek!

**untuk penghantaran hadiah, mungkin lewat sikit, maklum la bila simptom mengandung lebih kuat dr buat kerja…hehehe. harap bersabar yek**

Nota kaki : wah, pas ni  entry aku banyak pasal kisah ibu mengandung la yek? ok ker??hehehe

Photo shoot bersama ibu mengandung

On June 29, 2010, in Blog, Kawan, Pejabat, by Sumijelly

Hari Jumaat yang lepas, aku ngan rakan sekerja aku buat pengambaraan gmbr di dalam opis. Sebenarnya bukan saja2..tp untuk kenang2 an untuk ibu mengandung.

Akk satu opis aku nak bersalin dah… menunggu hari la kirannya.. awal bulan 7 kang bersalin. Jadi ambik la gmbr sebelum bersalin…

Tgk dr perut dia.. nampak besau ko.. dh rasa sarattttttt sangat…… tapi ini adalah kandungan yang ke 4 …jadi dia dah biasa dh..hehehe

Meh layan aksi aku bergmbr… ewaaaaahhhh………

kak jun

Aku yang suh bergmbr mcm nie… sbb sellau tgk org ambik gmbr mcm ni..so.. nak suh aku buat, aku x mengandung kan? jadi akk nie la jadi mangsa model aku..muahahaha

kak jun

ko tgk..berapa besar dah perut dia… heheheh

nampak cam sarat..tp lagi sebulan lagi nak bersalin… mungkin kembar air kot..hehehe

kak jun

ewah…suka nau aku memegang perut akk ni…

bulat, comel, besau…ishk2… mcm nak mengandung jer lagi…tp nanti la yek.. tunggu Zulfadhli besau dulu.. baru senang nak bawa perut..hehehe

kak  jun

konon nya nak menunjuk perut akk tu lagi besau dr perut aku la yang kempis nie..hak3

bezakan?? memang la berbeza..lain la ku tgh mengandung baru korang nampak berbeza..hahahaah

ok..itu aja gmbr yg aku letak..sebenarnya banyak shoot..tp kang tempek bebanyak, ramai lak yg berkenan nak mengandung kang…hahaha…

x pepasal..blog aku gak di persalahkan………muahahaha…….

Hari ini hari sabtu… maka entry hari nie aku kasi yang ringan2 jerla.. Just nak kongsi cerita jer. Korang kan tahu, aku kalu bab-bab FREE nie mesti suker. X kira la… susah ker senang ker, mesti aku nak gak. Benda FREE beb.. x kan nak lepaskan.

catalog

Yang aku nak cite rnie kisah aku ngan ENFA MAMA CLUB .

Aku kenal ENFA MAMA nie sejak aku mengandung anak PERTAMA dulu.. masa tu suker baca paper.. sbb nak sample FREE. Habis sumer sample aku request. Sehingga la aku rasa cam best jer jadi member ENFA MAMA nie.

Nak membeli nya..x der la.. mahal ko.. makan yg FREE jerla.. :)

Atas usaha aku men’joint’kan diri ke dalam ENFA MAMA club nie. Dapatlah aku collect POINT.

Nak collect point nie ada 2 cara.

1) Beli dan kumpul mata ganjaran

2) Perkenalkan satu org kawan yg sedang mengandung dan dapat mata ganjaran.

Korang agak la kan… aku yang mana satu?? :)

Confirm2 ygn no 2 kan… sebabnya nak beli susu pun x pernah.. jadi aku hanya tolong perkenalkan jerla..

catalog

Asal ada jer orang mengandung, aku ajak joint ENFA MAMA CLUB.. setiap sorang aku dapat lah 100 point. Jadi sehingga 30.10.09 aku dah ada 1005 point.

Ha..itu tuk tahun nie.. tahun lepas-lepas dh habis la.. dok g redem jer barang.

Catalgo

tapi tu la.. bila aku selak2 katalog penebusan hadiah nie.. x der lak tuk VOUCHER… =(

kalu ada sedap gak kan.. leh gak bershoping-shopping… :)

Maka..sebelum penghujung tahun dapat la aku redeem barang…

emm..barang apa la kali nie nak redem..?? :)

maka dengan itu… JOINT jerla memana yang dapat memberikan kita hasil yang lumayan. x kira la dari segi apa… :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...