Nur Kasih

Petikan dari M-Star – Fizz Fairus Beri Amaran Kepada Fasha

BERANG tidak mahu dikaitkan dengan agenda peribadi Fasha Sanda, pelakon lelaki drama Nur Kasih, Fizz Fairus memberi amaran kepada pelakon wanita itu supaya tidak mengaitkannya dengan sebarang cerita yang bukan-bukan melibatkan Tiz Zaqyah.

“Semasa berita ini tersebar, saya ada mesej pada Fasha melalui Blackberry Massengeruntuk bertanyakan kenapa dia perlu libatkan saya dalam hal ini. Fasha balas yang dia ada mendengar perkara tersebut daripada orang lain.

“Saya ingatkan dia agar jangan kaitkan lagi nama saya dalam agenda peribadinya itu,” katanya yang ditemui pada Majlis Doa Selamat Filem Nur Kasih di sini.

Fizz (gambar) masih membawakan watak yang sama untuk filem Nur Kasih.

Dia berkata demikian ketika ditanya tentang namanya yang dikaitkan dalam kenyataan kontroversi Fasha baru-baru ini yang kononnya dia dikatakan turut diganggu oleh Tizz sehingga menimbulkan kemarahan kekasihnya Almy Nadia.

Barisan artis yang bakal menjayakan filem Nur Kasih.

Fizz yang menafikannya menganggap perkara tersebut sebagai publisiti murahan kepada filem Nur Kasih.

“Kami dah macam adik-beradik tiada istilah maksud kacau, mungkin ada dia telefon saya tapi atas hal lain dan bukan sebab untuk mengoda saya.

“Saya tidak faham apa motif untuk dia bagi kenyataan begitu. Kami tak mahu ambil tahu perkara tersebut dan menganggapnya sebagai publisiti murahan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Fizz memberitahu dia tidak mahu perkara ini terus mengaitkan namanya sehingga disalah anggap oleh masyarakat.

“Saya tak mahu perkara ini dibesar-besarkan dan kaitkan nama saya. Saya tidak mahu masyarakat salah anggap tentang saya dan Tizz,” tegasnya.

Penggambaran filem berkenaan bermula 20 Jun lalu akan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Jordan dan Kuala Selangor dan dijangka ditayangkan pada akhir tahun hadapan.

Dalam masa yang sama, dia juga terbabit dengan sebuah telemovie bersama Rosyam Nor berjudul Bicara Dari Tuhan yang dijadualkan ditayangkan pada Aidilfitri tahun ini.

—————————————————————————————————————————————————————————–

Petikan dari Harian Metro-‘Tiz ajak saya keluar’

pix_middle

KUALA LUMPUR: “Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.

“Saya berpendapat tidak wajar selain menghormati perhubungan dengan Fasha,” kata Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai berhubung kenyataan Tiz yang menafikan dakwaan pernah menghubunginya sebelum ini.

Pelakon drama bersiri popular Nur Kasih itu sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu menerusi beberapa laporan akhbar selepas dikecam sebagai perampas kekasih orang.

Malah, Tiz sekali lagi menafikan perkara itu dalam laporan muka depan Harian Metro, semalam.

Kronologi ‘perang dingin’ itu bermula apabila aktres terkenal yang juga kekasih Jejai iaitu Fasha Sandha menulis dalam laman twitter iaitu @FashaSandha1, kononnya ada seorang pelakon cuba merampas kekasihnya dengan menghubunginya pada awal pagi.

Meskipun tiada nama dipetik, berdasarkan gambaran yang diberi serta lenggok bahasa digunakan Fasha, bintang Berlari Ke Langit dan Cicakman itu seakan merujuk kepada Tiz Zaqyah.

Jejai yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu kerana tidak mahu isu seperti itu menjadi lebih besar sehingga mendatangkan masalah kepada mana-mana pihak.

“Jujurnya, saya hanya mengenali Tiz sebagai seorang rakan kerja Fasha yang pernah keluar bersama sebelum ini. Malah, Fasha sendiri yang mengenalkan dia kepada saya.

“Justeru, mustahil untuk saya keluar berdua dengannya atau menerima pelawaan ketika dia hubungi saya itu terutamanya tanpa Fasha sekali.

“Saya harap tiada lagi sebarang kenyataan yang tidak benar diberikan oleh mana-mana pihak mengenai isu ini,” katanya.

Tiz yang juga dramatis berusia 21 tahun dalam kenyataannya semalam, menyebut kononnya dakwaan dilemparkan Fasha itu mengarut dan tidak benar.

Sementara itu, Fasha ketika dihubungi terkejut dengan artikel itu selain menyifatkannya tidak patut dikeluarkan.

“Saya tidak mahu lagi mengulas perkara ini. Malah, pada kenyataan sebelum ini, saya sudah menyatakan perkara ini perlu dihentikan untuk kebaikan semua pihak.

“Bagaimanapun, saya amat terkejut dengan kenyataan Tiz dalam laporan muka hadapan Harian Metro yang kononnya saya mengarut. Saya harap Tiz akan lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan,” katanya.

Nota kaki : Adess…memacam la skrg… kerana JEJAI… artis bergaduh…muahahaha

Aku benci kau!!!!!!!

On May 5, 2010, in Blog, Media Hiburan, Orang awam, Pendapat/Komen, by Sumijelly

Aku benci kau!

Benci!
Benci!

Kenapa ada ko di kalangan masyarakat hah??

X sedar ker?? ko tu duda, ada anak, pas tu leh lak nak bercinta ngan bini orang
Wei…sedar la sikit…… jaga anak2 ko tu………
jgn cibuk nak bercinta jer………!! Benci!! Benci!!

Oppss…….over la pulak..tetiba la pulak aku cakap mcm tu … iyerla.mana nak hangin…… kalu korang pun mesti hangin punya.

Dulu sibuk nak kawen, dah kawen ada anak bercerai la pulak.. konon x leh lupa cinta pertama. Pas tu GF dh kawen pun duk kaco lagi… tolong la..

Yg pompuan tu pun x sedar.. dah ada laki, anak, hidup selesa, ada umah, ada kereta..apa lagi ko nak cari??

Menggatal!!!!!

ko nak tahu siapa??  meh..meh..aku kasi tunjuk…..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

adam

Ni Si Dani ngan Maya….

Eee………..geram aku………

Maya pun satu… dah ada sumer, nak gak kat Dani tu asal??

Esok dah bercerai, pas tu kalu dia kawen la ngan Dani tu.. aku JAMIN x akan sebahgia dgn Adam…

Fuhh…….fuhh…… x bercerai la derang nanti…. harap2 Maya sedar la pas ni……

hari nie nak tahu sambungan nya nie… x sabar nak tahu…..

adam

hohohoho………aku dah terover emosi tul la……..

ni gara2 ADAMAYa la nie……. tiap2 hari kul 6.30 ptg kene duk dpn TV..

adesss…………….x leh tahan tul…dulu citer Bella, Spa Q, Nur kasih skrg Adamaya lak….

makin la aku malas nak masak sbb takut termiss citer nie….hahahaha

Nota kaki : semoga my IR memahami kehendak penonton mcm aku yg nak tgk kesudahan Adamaya….hahahaha

Sakit tol hati ni, tolong bagi ubat

On November 22, 2009, in Blog, by Sumijelly

kenapala aku rasa mcm nak marah jer kat TV3 nie?? aku rasa cam nak giler dh.. dr tadi aku try nak log in TV3 x dapat2… tension aku ………….. :choler:

Sebab dia lah aku dh jadi ketagih tau….x pepasal aku kene tgk balik episod awal hingga kini.. ialah…kat opis, kat blog sumer citer pasal nur kasih.

Ingat aku nak masuk TV3 tu sesaja ker?? kalu x kerana NUR KASIH x koser aku nak g jengah TV3.. tapi lama giler gak aku x masuk, sejak opis aku pernah block website tu..

bella

Korang ingat xkisah BELLA tu…haaa….pasal BELLA aku masuk la.. siap register lagik…masa tu tgh kemaruk citer Bella. Ala yg pelakon dia Elly Mazlien ngan Azhar Sulaiman tu.. ingat x?? bestkan citer tu??

Tapi…hari nie, ketika ini aku cuba memasuki website TV3…x dapat2.. dh siap reset password.. pun still x dapat tgk…

nur kasih

Tolong la..sapa2 ada DRAMA NUR KASIH tu dari episod 1 hingga terkini… meh email kat aku…

Email secepat mungkin..sebb aku tgh benggang ngan TV3 yg memberikan aku salah kat salah kata laluan..dn dah berkali2 ak duk htr emel suh check…

email tau…ni tgh kemaruk NUR KASIH, kang kempunan lak nak tgk… hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...