Setahun sudah anak ku!

Anakku sudah membesar

On March 29, 2010, in Anak-anak, Baby, It's Me!!, Keluarga, by Sumijelly

Sudah lama aku x bercerita pasal si kenit nie kan?? agak2 baper lama yek???  hehehehe

Dah 1 tahun 2 bulan Zulfadhli umurnya…

Tak sangka aku..selepas jer genap 1 tahun, dia sudah pandai berjalan. tidak seperti abang2 nya..sumer genap 1 tahun 1 bulan…

img

25.02.2010 hari tu Zulfadhli dah genap 1 tahun..sebenarnya masa tu nak update pasal dia..tp malangnya x berkesempatan.

Ada jer kerja yang perlu aku selesaikan… maklum la… kat rumah bukan ada internet pun…hehehe

img

Sehari sebelum dia genap 1 tahun, aku suh ayahnya bawa dia ke kedia gunting rambut.

Nak botakkan rambutnya. Dahla rambut anak aku yg sorang ni susah nak tumbuh,…. org kata kalu botakakn cepat sikit tumbuh kan??

Betul ker mitos tu??

Jadi aku botakkan dia… susah tul nak menjaga dia semsa mencukur rambut tu..

img

Dari duduk sampai la kene berdiri si ayahnya menjaga nya…

Kejap2 resah gelisah…

dok pandang tukang gunting rambut tu dgn pandangan yang tajam…. hahahaha.. takut tukang gunting tu..

img

Pas tu…pada 25.02.2010 tu, aku g klinik bawa dia timbang dan cucuk untuk setahun.

Oh sudah meningkat 7.935 kg rupanya anak aku… alhamdulilah, sehingga sekarang masih lagi menyusu badan. Belum lagi campur dgn susu tepung…

img

Selepas timbang, kene suntik untuk setahun.

Sekejap jer nanges…kendian kembali lasak dan tidak duduk diam..

letih ko pegang…hehehehe

img

Selepas pulang dari klinik, rupa2 nya TASKA anak aku duduk tu buat hari jadi untuk yang lahir pada bulan Februari.

Jadi, dengan langkah kanan nya..apa lagi, masa tuk makan petang la.. kira selamat la ku hari tu x yah masak…hahahaha

img

Apa2 pun…anak aku sekarang makin kuat berjalan kehulur hilir..

sedang meregang ototnya supaya kuat dan sihat setiap hari… sampai naik tangga pun aku kene jaga2..

tgk la..siap posing depan pagar lagi..hehehe…

Nota kaki : seronok bila tgk anak membesar di depan mata, tp x sedar cepat sungguh masa berlalu kan?

Setahun sudah anak ku!

On February 25, 2010, in Anak-anak, Baby, Blog, Hari-hari terpilih, by Sumijelly

img

Hari ni 25.02.2010 genap la usia Zulfadhli SETAHUN!

Yer..sudah setahun rupanya… cepat sungguh masa berlalu.. sudah membesar si kecik ini yek..

img

Gamba rini ketikaberusia 9 hari.. masa ni aku dh pulan g ke rumah.. my IR yang mandi kan dia.. aku tukang jirus jer..hehehe

Ingat lagi aku ketika ia di lahirkan.. kecil jer… comel jer. dan masih kemerah-merahan lagi..

Oh ya..anak aku di lahirkan secara pemedahan, sbb di asongsang dalam kandungan.. kiranya 25.02.2009 tu, aku dtg ke Hospital Kajang menyerah diri la..hehehe

img

Gambar ni pula ketika berusia 2 bulan 14 hari..

Masa nie dia dh celik dn mula lasak… comel jer bila di bedung..tp sekejap jer..pas tu meronta2 nak bebaskan tangan..hehehe

sebaik aku menyambung cuti lagi 30 hari kerana nak bersama lebih lama ngan Zulfadhli..hehehe

img

Gambar ni ketika berusia 11 bulan…

tgk..tgk..cepatkan dia membesar.. x sangka betul..

geram aku nengok gelagat nya.. dan alhamdulilah..sehingga sekarang.. masih lagi menyusu badan.. aku harap dapat teruskan penyusuan untuk anak aku nie..

img

Semoga anak aku akan membesar…membesar dan memebsesar serta menjadi anak yang dapat membantu ibu dan ayahnya ketika dewasa kelak.

Semoga menjadi anak yang berguna dan di sayangi oleh semua org…

Ibu sentiasa mendoakan yan gterbaik untuk anak2 ibu… semoga ceria dan sihat selalu serta di panjang kan usia wahai anak aku..

img

Selamat Hari Jadi Zulfadhli yang Pertama!

p/s : Oh ya..hari ni aku bercuti, sbb bawa Zulfadhli Check Up SETAHUN. Hadiah di hari jadi adalah SUNTIKAN SETAHUN…hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...