SKINCARE

Hai kawan-kawan

Wei..lama nya x update blog.. nak update blog tapi tu la malas menaip, tak ada ke yang boleh terus taip apa kita sebut kan senang.

Dah ..dah mari la terus je update blog.. sibuk lak nak membebel kan? hahaha

Kisah SKINCARE je pun… tiber rasa nak share je… 


Tapi aku just guna brand SAFI je wei… pastu tambak la sikit serum dari AXIS-Y untuk glowing…gitueww hahaha

Jadi marila kita buat susunan penggunaan SKINCARE ni..

PENCUCI MUKA
TONER
lupa pula serum apa hahaha
ESSENCE
GLOWING SERUM
UBAT JERAWAT
MOISTURISER

maka aku pakai la ni kan… hahaha

Dah tua-tua ni baru la sibuk nak jaga muka… masa umur 30 an tak nak pakai hehehe.. tapi mujurla muka aku ni tak pakai kosmetik… beda pun tak ada wei.. jadi kira tak teruk la kan muka hehehe

Ok la tu jela nak citer… sebenarnya ada lagi tambahan dari skincare ni.. nanti le di entry baru.. baru la nampak sikit blog ni hidup….

sampai berjumpa lagi di lain episod.

Pil Perancang Loette

 Hai semua…. hari ni nak citer pasal PIL PERANCANG jenama LOETTE. 

Sebenarnya, aku ni ada masalah datang bulan yang panjang… panjang tu dalam 15 hari ko… benda ni berlaku dah lama.. dekat 7, 8 tahun kot.. tapi aku ingat tu normal.

Sebab lepas bersalin anak terakhir tahun 2011, tu terus buat BTL so ingat dia ganggu hormon. Tapi memandangkan masih muda kene la cari solution kan. 

Pernah cuba rujuk dengan pakar O&G di Hospital Kajang, buat rawatan susulan hampir 1 tahun. dibekalkan ubat kurangkan pendarahan. Untuk 2,3 blan pertama ok.. kemudian berpanjangan balik.

Akhirnya biarkan aja begitu… cuma kadang jadi stress juga sbb kene pakai pad lama kan..hehehe

Tahun 2022, kawan opis shorkan 1 pil perancang ni.. so aku pun rujuk dengan doktor panel. 

So mencari la PIL LOETTE ni di farmasi.. harganya RM33.00 beli di Farmasi AA je.

Setelah mencuba hampir 6 bulan.. alhamdulilah, period semakin elok. dulu panjang.. sekarang bawah 7 hari.. ada masa jadi 5 hari.

Sebenarnya makan pil perancang ni bukan untuk elak hamil sahaja…tapi boleh juga untuk menstabilkan period … so rasanya memang berkesan.

Cara makan ubat ni untuk pertama kali… Makan sahaja pada hari pertama berdasarkan HARI pada papan tablet tu… x kisah pun time tu tengah period ke apa… makan je sbb pertama kali kan.

Makan selama 21 hari… kemudian berhenti 7 hari tanpa makan ubat… masuk hari ke 8 makan balik dan kira sehingga 21 hari.. begitula selanjutnya.

Di sebabkan aku makan ni untuk kawal period aku.. jadi kalau terskip tu x derla risau.. tapi untuk yang makan untuk elakkan kehamilan tu kene jaga-jaga la.. kalau teringat terlupa makan.. cepat2 makan ubat du dan kira balik berapa jam terlepas makan untuk makan next pil lak.

Eh kalau nak selamat korang rujuk la kat Klinik atau Farmasi yek.. kang aku lak korang persalahkan tiba-tiba mengandung.

Tapi ubat ni memang serasi la dengan aku.. mungkin tengok lagi 6 bulan dulu macam mana.. mungkin lepas tu boleh berhenti makan dan tengok adakah period aku kembali panjang atau sebaliknya…hehehe

Drama Mendua

Lama giler tak update blog… hai apa khabar semua… harap sihat… 

Kali ni nak citer pasal drama dari Indonesia.. tiba-tiba terlayan pula citer ni … ala 15 episod je pun.. mujur sikit.. cuma tu la ending nya macam terganntung sikit… silap2 adalah sambungan hahaha

Citer ni dia tiru citer Korea tu… The Wolrd Of Married…. tapi tu la..dashyat juga pelakon ni. Jadi tak sesuai la tengok bersama keluarga… tengok dengan kawan2 jela …

Sinopsis :
Tentang kehidupan rumah tangga seorang dokter yang bernama Sekar (Adinia Wirasti) bersama Ivan (Chicco Jerikho).
Rumah tangga yang semula berjalan baik berubah menjadi mimpi buruk bagi Sekar ketika Ivan ketahuan menjalin hubungan dengan perempuan lain.

Jadi nak tahu kisah selanjutnya.. korang tengok jela sendiri… kat Disney Hotstar dah kuar…hehehe
Ok itu jela nak citer.. nanti sambung lagi… bye uollss………….

Christmas Together bersama Marriott Hotel Putrajaya

Lama tak berceloteh bersama kan… sedar x sedar lagi beberapa hari je tinggal nak menuju ke Tahun 2023. Cepat betol masa berlalu kan. Ha… untuk sepanjang bulan Disember 2022 ni, Marriot Hotel Putrajaya ada menyediakan buffet sempena Krismas dan Sambutan Tahun Baru. Jadi jika rasa nak makan2 sebelum akhir tahun ni.. boleh la memilih Marriot Hotel Putrajaya untuk nikmati bersama rakan atau keluarga.
HArga pun sangat berbaloi dengan menu-menu yang di sediakan oleh pihak Marriot Hotel Putrajaya. Jom kita tengok menu-menu yang di sediakan…..
Ohw ya… untuk malam sambutan Tahun Baru… ada juga artis akan menghiburkan korang tau… ada percikan bunga api juga nanti….
Jadi korang boleh la ke Marriot Hotel Putrajaya untuk berbuffet sambil menyambut Tahun Baru sekali… dah alang-alang tu…menginap jela sana.. hotel pun ada kan… Jadi untuk sebarang info boleh la hubungi : +603 8949 8888 ext. 1888 atau WhatsApp +6011 5685 5608.

Barang TEFAL

Sekarang SHOPEE ni jadi sahabat sejati aku. Hari2 belek shopee. Jadi marilah kita share link barang untuk TEFAL.

Tefal Comfort Wok Spatula –> https://shope.ee/3ATrXqYWJM

Tefal Comfort Slotted Turner Spatula –> https://shope.ee/6UkJW4ScPy

Tefal Bienvenue –> https://shope.ee/6A7T7XEOTQ

Pisau Tefal 

Tefal Comfort Slicing Knife with Cover –>> https://shope.ee/2VEAl0IZ1d

Jadi kalau korang nak cari barang kat SHOPEE boleh klik link yang aku bagi ni. Semoga bermanfaat.

Sunyi blog sumijelly.com

S U N Y I

Agak lama tak update blog…. entah kenapa.. makin lama makin malas pula, padahal bukan susah, tai..taip pastu post kan. nampak macam senang kan? tapi sebenarnya macam susah hahhhaah

Ni pun teringat nak post sebab 10.06.2022 ni blog kene renew hahaha.. tapi dah dekat 1 tahun tak update blog wei.. naya tul.

Nanti la ada masa aku try update yek.

This entry was posted in Blog and tagged .

Dah boleh rentas negeri? Jom bercuti

Halooo semua,

lama tak bersiaran.. seiring ngan pkp.. blog pun pkp gak wakakaka….. Macam-macam perkara dah berlaku kan. Perdana Menteri pun dah bertukar baru. Dari Tans Sri Muhyiddin Yassin kini Dato’ Sri Ismail Sabri pula…. Tahniah menjadi PM yang ke 9.

11 Oktober 2021 yang lalu, PM kita telah pun bersetuju memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rakyat juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan ke mana-mana negeri, selain bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang sudah lama berpisah dan sebagainya.

Kalau balik kampung tu… saya memang tak ada kampung la.. tapi kalau bab aktiviti pelancongan… haaa itu yang di tunggu-tunggu sekian lamanyaa….

Memandangkan jenis yang tak ada kampung, dan tak perlu nak pening kepala untuk mencari tempat percutian…. apa kata korang check it out hotel in Kuala Lumpur dulu…. ialah dah nama pun duk di lembah klang… tempat paling dekat of course la kuala lumpur kan?

Ok… jom tengok harga hotel kat kuala lumpur…

Wah… semua hotel berdekatan dengan pusat bandar… senang sikit sebab banyak mall kiri kanan.. tak perlu pening kepala. Yang penting ada kolam renang. Harga pun berpatutan juga….

Ialah kesian kat anak-anak la… setiap hari kelas online.. penat pun ia jug aka.n. Kerja sekolah tetap kene buat, kerja kat rumah untuk bantu ibibapa pun kene juga buat… jadi apa salah kita bawa anak bercuti kan?

Tapi kalau tak nak area lembah klang… boleh la jalan jauh sikit… ala jauh sikit je… macam kat Port Dickson ke. kan? Situ banyak sikit pantai… syok sikit kalau nak mandi pantai kan?

Agak lama juga saya tak pe Port Dickson. Pergi pun tak silap saya tahun 2014. Masa tu pun Huzaiman masih kecik lagi… baru 3 tahun hehehehe

Best wei g pantai… bina-bina istana.. main pasir… pasir kat pantai halus, lembut je.. best sikit tak kasar…lembut jeeee…..

Tapi pas mandi pantai tu.. ha ko.. legam la masing-masing kan.. kene panas matahari hahaha… dah pakai losyen pun tak mau nya.. tapi setakat ni kulit jadi hitam jela.. mengelupas tu kurang sikit la.. sbb pakai losyen kan..

Jadi kalau nak jauh sikit moh la kita ke PD pula, Nak syok… apa kata kita survey Lexis Port Dickson jap…

Tudia… resort atas air ko… menarik sungguh.. leh tangkap ikan terus ni..hehehe

Kalau port dickson ni menarik juga kan? malam-malam boleh makan ikan bakar ni..sedappp…tak jauh dari KL pun… dekat je kalau lalu ikut highway kan?

PD ni macam-macam ada.. Teluk Kemang, Masjid Sendayan, Rumah APi Tanjung Tuan., Pantai Tanjung Tuan…. sekitar situ juga terdapat geraI-gerai yang menjual pelbagai makanan, minuman serta cenderahati untuk pengunjung beli untuk kenangan.

Jadi macam mana korang? dah plan ke nak ke mana hujung minggu nanti? Apa salah nya kan bawa anak jalan-jalan sambil release tension kan? Anak-anak pun setiap hari mengadap kelas online kan…. ni la masanya bawa anak-anak berjalan sambil menikmati keindahan alam.

Jadi jangan lupa. untuk yang lengkap dua dos vaksin, dibenarkan merentas negeri namun sentiasalah menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat kita.

Harga terkini Mc’Donalds 2021

 Agak lama tak makan Mc’Donalds….

Tiba-tiba Mcd’Donalds bagi pamplet untuk tatapan di rumah..hahaha

Apa salahnya kita share sini untuk rujukan di masa hadapan kan?

Tengok tu, Mc’Donalds pun suh simpan risalah ni…. jadi kita simpan je sini hahahaa

Oximeter Oxygen

Hallo………..

Agak lama tak bersiaran… kali ni nak share gadget yang di perlukan di rumah….

OXIMETER OXYGEN

Oximeter adalah sebuah alat yang mampu mengenal pasti peningkatan oksigen di dalam darah manusia tanpa menimbulkan rasa sakit.

Biasanya oximeter ini di gunakan bila ada masalah penafasan yang di sebut hypoxia.

Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera. Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.

Jadi amat digalakkan membeli ‘Pulse Oximeter’ di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka & segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95%.

Jangan lupa jika beli oximeter tu, beli la sekali bekas simpan juga supaya terjaga dan mudah di bawa ke mana dan di simpan dengan baik.

Jadi jika korang nak beli.. boleh cari di shopee dengan pelbagai harga dan jenis…

Oximeter Oxygen –>> https://shp.ee/25cm8i5
Oximeter Oxygen –>> https://shp.ee/25cm8i5
Oximeter Oxygen –>> https://shp.ee/25cm8i5

Beg Oximeter –>> https://shp.ee/4gmmzfd
Beg Oximeter –>> https://shp.ee/4gmmzfd
Beg Oximeter –>> https://shp.ee/4gmmzfd

Pastikan setiap rumah memilikinya

Buffet Dinner di Marriot Putrajaya

Salam Ramadan ………..

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 3 kita berpuasa di bulan Ramadan….

Biasanya awal-awal ni ramai yang memilih untuk berbuka di rumah dan memasak…. tunggu la lagi seminggu dua ni.. mesti dah pening tak tahu nak masak apa dan nak makan apa kan?

Ok.. jangan risau… jika mencari tempat berbuka … boleh la ke Marriot Putrajaya… Putrajaya masih di kira kawasan PKPP jadi di bolehkan untuk mengadakan makan malam secara buffet tetapi mengikut SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan.

Penjarakan 1 meter, memakai pelitup muka serta memakai sarung tangan ketika mengambil makanan…dan kehadirian pengunjung mestilah mengikut saiz ruang makan.

Jadi jika kita amalkan SOP, kita dapat sekat penularan covid-19.

Di Marriot Putrajaya, terdapat pelbagai menu makanan yang di hidangkan… untuk pembuka selera boleh la mencuba…

Banyak betul buah-buahan serta kek yang manis untuk di cuba…

Namun apa yang pasti, buah kurma tetap akan menjadi makanan wajib setiap kali tibanya Ramadan kerana ia bukan sahaja enak tetapi mempunyai pelbagai khasiat.

Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Jadi makan lah sebiji dua kurma untuk mendapatkan khasiat nya…

Biasanya ada orang bila berpuasa tak boleh makan berat-berat…

Mungkin makan yang ringgan-ringgan dulu macam PASTA ke, Rojak ke, atau Pizza… sebelum mengambil makanan berat.

Jangan risau… di Marriot, NASI semestinya ada bersama lauk pauk yang menyelerakan… atau lebih di kenali 7 kawah.

7 kawah di namakan sempena memasak lauk pauk menggunakan kawah… seperti Gulai Ayam, Gulai Daging, Gulai Kambing, Gulai Udang, Gulai Ikan, Gulai Sayur.

Sedap pula di makan bersama ulam-ulaman…

Sebenarnya lebih daripada 120 ulam-ulaman tradisional terdapat di Malaysia sama ada ulam-ulaman kecil yang tumbuh melata seperti pegaga, pokok-pokok renek dan sehinggalah pokok-pokok besar seperti petai dan jering.

Sesungguhnya khasiat ulam-ulaman sememangnya mampu memberikan faedah kepada mereka yang mengamalkannya. kandungannya yang bebas dari sisa toksid yang tercemar telah memberikannya kelebihan yang tersendiri. Kandungannya yang kaya dengan pelbagai khasiat mampu memberikan 1001 faedah orang yang mengamalkannya

Untuk hidangan sup … boleh cuba pelbagai sup di sini…

Sebenarnya banyak menu makanan yang di hidangkan di Marriot Putrajaya ni… hendak di sebut kesemuan susah…semua sedap-sedap belaka 

Dari makanan laut, itali, masakan thai malah masakan dari utara pun di bawakan di Marriot Putrajaya…
Jadi pilihan untuk menjamah makanan banyak…

Yang penting, kambing golej tetap tidak dilupakan sepanjang Ramdan ini… 

Untuk mereka tang ingin mencuba pelbagai menu  makanan di Marrio Putrajay boleh la buat tempahan seperti tertea di poster…

Dengan hanya RM145.00 nett bagi dewasa dan RM72.00 nett untuk kanak-kanak, pengunjung dapat menikmati nya bermula 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021 dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam.

Jangan risau, surau ada di sediakan di ARAS 2 untuk umat Islam bersolat maghrib.

Jadi kalau dah tak tahu nak kemana boleh la menikmati BUFFET DINNER di Marriot Putrajaya.
Untuk sebarang maklumat boleh hubungi :
Hotline : 03-8949 8922/8761/8655
WhatSapp : 012-3930172
Laman web : www.putrajayamarriott.com

NO ONE LEFT BEHIND,LET’S DINE TOGETHER!