Struktur episod
Setiap episod mematuhi struktur yang serupa, dengan sedikit beza dari segi jalan cerita dan bentuk muzik.
Sebaik bermulanya setiap episod, penonton dapat mendengar murid-murid sekolah yang tidak kelihatan, mengucap jumpa lagi kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah setelah selesainya pelajaran untuk hari ini. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan membuat bunyi berdering telefon tin. Selalunya, bilik darjah dihias dengan karya seni murid-murid dan benda-benda lain yang berkaitan dengan cerita, haiwan atau lokasi tertentu bagi episod berkenaan. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan. Sehingga detik ini, haiwan-haiwan ini berbuat macam haiwan sahaja tanpa mengujar sepatah kata pun. Selepas bunyi berdering, maka Wonder Pets melengkapkan diri (Linny bertopi kuning; Ming-Ming bertopi keledar juruterbang; Tuck pula bertopi kelasi Perancis dan berkasut kalis air biru di kaki belakangnya) lalu bergegas menjawab telefon (Linny menjunam melalui lubang yang tersembunyi di bawah mangkuknya lalu mendarat di atas kuda mainan; Ming-Ming membuka pintu rahsia pendawaian sangkarnya lalu terbang keluar; Tuck terjun ke dalam air tangkinya lalu keluar dari singki) sambil menyanyi rangkap pembukaan berikut:
Versi Bahasa Melayu | Versi Bahasa Inggeris |
---|---|
|
|
Wonder Pets menjawab telefon lalu mendapati seekor haiwan berada dalam kesusahan di suatu tempat. Linny menjelaskan keadaannya kepada dua rakannya. Setelah mereka semua faham, mereka menyanyi: | |
|
|
Mereka bertiga lompat ke dalam sekotak cebisan kain dan lompat keluar, memakai bermacam-macam pakaian yang selalunya berkaitan dengan kawasan atau haiwan yang akan dikunjungi mereka. Mereka berjenaka sejenak lalu masuk balik ke dalam kotak dan keluar dengan mantel Wonder Pets mereka. | |
|
|
Mereka mendirikan sebuah kapal layar mainan bernama “Flyboat” dari bahan-bahan di bilik darjah: frisbee sebagai badan, penutup marker sebagai ekzos roket, sebiji guli, roda-roda, sebatang tiang, dan sehelai kertas sebagai layarnya. Sambil mengerjakan kapal, mereka menyanyi: | |
|
|
Biasanya, Wonder Pets menghadapi suatu rintangan kecil sebelum meninggalkan bilik darjah. Penyelesaiannya selalunya serupa dengan tindakan yang perlu diambil mereka untuk menyelamatkan haiwan dalam bahaya tersebut. Kemudian mereka lekas ke tempat kejadian sambil menyanyi: | |
|
|
Ketika menyelamatkan haiwan terlibat, Wonder Pets selalu gagal dalam cubaan terawal. Lambat-laun bahayanya makin genting, menyebabkan Ming-Ming menyanyi, “Ini serius!” (bahasa Inggeris: “This is se-wious!”) Tiba-tiba, Wonder Pets akhirnya ingat bagaimana mereka menyelesaikan masalah di bilik darjah dan menyedari bahawa usaha penyelamatan sama caranya. Maka mereka perlu bekerjasama untuk menjayakan usaha mereka. Mereka mengulangi lagu awal tadi: | |
|
|
Setelah haiwan itu diselamatkan, tibanya si induk atau saudara mara untuk mengucap terima kasih kepada Wonder Pets kerana menyelamatkan anaknya. Wonder Pets menyambut kejayaan mereka dengan memakan daun saderi, ada kalanya induk itu menambah sedikit sajian tempatan, ataupun wira-wira itu meminta sajian tempatan juga. Kemudian mereka kembali ke bilik darjah, sambil menyanyi: | |
|
|
Senyap-senyap mereka kembali di sangkar masing-masing sehingga episod seterusnya. Flyboat pula berkecai dengan lancarnya. Linny sentiasa haiwan terakhir yang masuk ke dalam sangkar, dan tertanggalnya mantel dan topinya juha. Rentak muzik yang berkenaan dengan usaha penyelamatan mereka didendangkan, sementara Linny mengunyah daun saderi dalam sangkarnya sambil mengedip-ngedip matanya sampai penghujung rancangan. |