My Junko San…….

Entry tertunggak……. 🙂

emm….tgk tajuk pun tau…
nama Jepun kan??
cam ner yek nak citer…
aku kenal kak Junko ni tahun 1990 kot..(udah lupa la)
masa tu aku duk umah Mak Tam aku (adik mak aku la)
kat Cochrane masa tu…

masa aku sekolah rendah lagi….
aku memang duk ngan Mak Tam aku, sebab g sekolah jalan kaki jer
dekat jer bukan nya jauh…

111

Junko san ni rajin datang malaysia
rasanya dah beberapa kali kot..
cuma aku jer x berkesempatan nak jumpa dia..
kebetulan mlm tu aku free sangat..
aku ikut jer la g Mak Tam aku ke PJ

Memang lain sungguh rupanya berbanding masa aku jumpa dulu..
masa tu berisi sungguh badan dia..
sekarang masa aku jumpa nampak sangat susut berat badan..
“kenapa Junko?? susah hati ker?? hehehehe”
x perla..as long dia happy bersama keluarga nya..
oh ya…dia masih belum dikurniakan anak setelah bertahun kahwin..
mungkin x der rezeki lagi kot..

wah…kalu ibunya dah berborak…
langsung x hingat anak…
ini anak sedara kak Junko, dia datang berempat..
tapi suaminya dah pulang dahulu, sebab ada urusan kerja..
tinggal 2 anak saudara dia jer menemaninya kat PJ

nampak kan kekurusan nya..!
nanti aku godek2 balik gambar lelama aku..
x hingat la mana ku letak gambar tu..
gambar lama tu semasa dia memakai pakaian pengantin melayu..
dia teringin sekali nak bersanding ala2 melayu..
walaupun x meriah, yang penting dia nak menyarungkan pakain tradisional melayu tu la..
jangan korang x tahu.. Bahasa Malaysia dia amat bagus..
mungkin sebab selalu ulang alik ke Malaysia..

BC 1

wah..anak aku Si Danial nie..
pantannnnnggggg nampak mainan..
sumer dia main..
tapi aku tgk cam seronok jer mainan nie..
ala-ala bumper car ko..
x perlu bateri, eletrik…
gunakan tenaga badan sahaja

bumper car

kat mana yek nak cari mainan nie??
ni datang dari Hong Kong..
x kan nak g hong kong cari benda nie semata2?
Pasaraya Hiong Kong leh la kalu nak g..
huhuhu….

sapa tau kat mana beli??
leh bagi tau x??
cadang nak beli 3..
almaklum la..anak lelaki 3 orang..
kene beli sorang satu……. :love:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

  1. admin says:

    yer arr..anak 3 org..
    ko hingat anak aku nie suker ker kongsi2..
    mau berebut ko…
    better sedia sebelum terjadi…
    hahahahaha……. 🙂

Leave a Reply to nkara Cancel reply