Selamat Menyambut Ramadhan 1430

Ini adalah sticky post, sempena bulan Ramadhan yang nak menjelma..kene la bagi laluan tuk ucapan sempena Bulan Ramadhan… entry terbaru, seperti biasa, scroll kat bawah yek….

Salam Ramdhan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sabtu ni umat Islam di Malaysia akan memulakan puasa di Bulan Ramdhan. Dengan itu, aku mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk tahun 1430H” dan juga ucapan “Selamat menjalankan ibadah puasa” kepada semua pengunjung sumijelly weblog ini.

Tahniah dan syukur kerana kita semua masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertemu sekali lagi pada Ramadhan kali ini. Semoga ibadah kita pada Ramadhan ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Allah yataqabbal soleh a’malana. Ramadhan Kariem…

Niat

Niat puasa itu wajib dilakukan pada tiap-tiap malam di dalam hati dan sunat dilafazkan, kerana ibadat puasa itu adalah ibadat berasingan yang masuk waktunya dengan terbit fajar shadiq dan keluar waktunya dengan terbenam matahari. Ia dikira sehari sehari. Apabila rosak satu hari puasa itu, ia tidak merosakkan puasa yang terdahulu dan yang terkemudian.

Semoga kita tabah menjalani ibadah ini, selamat berpuasa yek!….

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

  1. admin says:

    waa…….tu arr…
    kawan2 aku nunggu nak klik pun x kuar..
    kekadang bila aku bukak ada, bila org bukak x der…
    waaaa…….. kijam…

Leave a Reply to sweetdarling Cancel reply