Chin, Watie & Suna

Wah….kemain sibuk aku hari raya ke – 5 hr tu… Kan memula Mak Cik IR aku dtg, kendian aku dpt msg dr member lama aku lak nak dtg. Maslina aka Chin. Ni kawan semasa aku ker ja kat Isetan. Punya lama giler kami berkawan.11 tahun ko0 Yang datang hr tu Chin with Fiancee (oh..ko dh nak kawen br dtg cari aku yek!), Watie & anak2 (dtg sensorang jer, Ah Chong kerja), Suna & Family, dan kawan Watie (lupa lak namanya)

Sebenarnya Chin and the gend dtg nie bersebab. Kalu x bersebab susah ler nak dtg…hahahaha.. Chin! Ko nak kawen dh?? hahaha.. kawen gak kawan aku nie. Bercinta kemain lama ko ngan tunang dia… akhirnya sampai gak seru ko yek. Aku ni dah masuk anak 3 dh baru ko kawen.. Suna pun dah nak masuk anak ke 3.. skrg nie ngah sarat mengandung. Watie pula anak dah 2… alahai kengkawan aku nie… produktive sungguh yek..

img

Masa derang nak dtg nie, aku tgh sediakan makan malam. Ko nak tahu aku makan apa?? ha…aku makan SARDIN aja.. lama ko x pekena sardin (tu pun adik aku yg masak…hahaha) Di sebabkan dah x der lauk lain, derang makan la lauk siang tadi, sup ayam, mee goreng ngan rendang yg tinggal cikit tu.

img

perrrgggghhh…..lapor ko.. dh malam.. mau x lapar. habis licin sardin aku korang habiskan.. pedas..pedas..tp mulut x reti2 nak henti kunyah lauk aku tu.. sampai aku nyer lauk pun dh x der… x perla..dah rezeki korang walaupun sardin… habis gak yek.. hahahaha

img

memang x sangka berjumpa balik mereka bertiga.. Ingat lagi aku masa kerja kat Isetan. Masa memula Isetan KLCC tu bukak.. aku ngan Suna duk kat Bahagian Accessories, Chin duk kat Bahagian Kasut. Makan sesama, gelak sesama, mengelat pun sesama… wei..bila kita nak duk semeja lagi.. leh kenang kenangan lama kat Isetan. Sambil2 tu leh kutuk2 gmbar masa muda mudi dulu… hahaha..

Nanti2 la ku upload gambar masa aku kerja kat Isetan. Nak kene cari dulu la kat mana.. aku pun dah lupa kat mana gambar bebanyak dulu…huhuhu

img

memang berbeza masa 11 tahun dahulu ngan sekarang.. masa tu bebudak lagi.. baru 18 tahun.. masih FRESH ko.. otak pun lembab2 lagi.. memalu kucing masa tu.

sekarang, ada yang dh jadi mak org.. macam aku la tu.. Chin lak bakal jadi Isteri orang… oh.. 4hb Sept nie dia kahwen… umah dia kat BTR dekat ngan umah parents kak Red. aku rasa dekat kot.. sebab pernah nampak kawasan rumah dia mcm dekat rumah Chin jer..

img

iyer sekarang x berisi.. leh lagi maintain.. sok dh kawen, bersedia la ko yek.. nanti nak kene kendong perut la pulak.. wakakakaka…. pas tu, badan konfirm meluap2 naik.. hahahaha.. jahat tol aku nie kan..

img

sebelum nak balik… sempat kami bergambar beramai2.. sonok la berjumpa..

rasa rindu jer ngan kengkawan lama…

pada yang ingin berjumpa aku.. contact2 la aku kat sumijelly99@yahoo.com atau admin@sumijelly.com. Leh kita at gathering bersama-sama

img

Derang cakap badan aku mcm tu jer.. ye ker?? aku rasa naik adalah.. atau derang salah pandang. Dulu aku kurus jer.. memang lain ko..

dulu kerja pakai skirt, la nie dh jadi isteri org, mak orang kene la sopan santun… jaga status.. hahaha…

img

Ni la Chin yg akan bernikah dn akan memegang status sebagai Isteri orang.

“Selamat Penganti Baru” yek Chin. Akan ku terjah ke rumah mu nanti.. nantikan aku.. nanti kita posing giler2 yek…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

    • sumijelly says:

      open house?? alahai fana.. kalu nak tunggu open house, entah bila2 la..
      nak dtg, dtg jerla..umah kak sumi sentiasa terbuka pun… hehehehe

Leave a Reply