MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest

Wah ada peraduan kat Mom Blogger Planet la… October 09 theme is “Cutest Baby in STROLLER“. Siap ada tema lagik ko… kene cuba nie.. rasanya aku x pernah menang peraduan apa2 pun..tapi kalu menang alhamdulilah rezeki anak aku la yek..

Jom reramai menyertai peraduan ni. Amatlah mudah dan senang.. kalu nak keterangan lanjut sila masuk blog Mom Blogger Planet yek…

Peraduan ini berlangsung dari 1st to 15th October 2009

Leh tulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. Maka confirm2 sumijelly pilih Bahasa Malaysia kan.. Apa lagi.. meh baca entry aku berkisar peraduan ini yek..

stroller

Nama : Muhammad Zulfadhli Bin Mohd Zaire

Tarikh Lahir : 25.02.2009

Ini anak aku Muhammad Zulfadhli, korang confirm tahukan ini akan aku yang ke 3.. Yup..Tiga-tiga hero yek. Kenapa lak aku ambik gambar kat Stroller yek? emm…untuk menepati kehendak juri, kenala mengikut dan kehendak tema yek…

Kalu nak tahu, STROLLER tu di beli pada tahun 2004…ini bermakna sudah hampir 5 tahun aku menggunakan nya yek. Ini adalah hadiah kelahiran anak sulung aku Muhammad Danial pada 15.12.2004. Hadiah ini adalah pemberian dari Abang my IR ku la (my BIL).. Since aku x beli stroller lain, maka stroller inilah yang akan aku bawa kehulur-kehilir. Tapi alhamdulilah, dek kerana cermat memakai nya.. sampai sekarang ia masih kelihatan baru lagi..

Bukan x mahu membeli yang baru, tapi kalu yang lama masih elok lagi, apa salahnya aku pakai. Walaupun stroller aku x la semahal dan selawa di pasaran terkini, tapi aku bersyukur sekurang2 nya stroller ni tetap boleh ku gunakan sehingga ketiga-tiga anak aku. Dan sememangnya my BIL pasti rasa terharu kerana aku masih menggunakan stroller pemberian dia lagi. hehehe.. thanks for my BIL, kerana menghadiahkan stroller ni yek.

Nak citer arr cikit kebaikan menggunakan stroller nie, sebenarnya banyak gak kebaikan nya..antara2 nya ialah
– dapat melindungi anak dari kepanasan dan hujan
– dapat memberi keselesan si kecil untuk melelapkan mata nya
– dapat memberi si kecil menerokai alam sekeliling bila berada di dalam stroller umpama menaiki kereta yang bergerak la bila berjalan2 di shopping kompleks.

Antara yang aku suka pakai stroller nie adalah, bila aku keluar berjalan ker, membeli-belah ker, pergi ke klinik ker atau berjalan jauh dari kota..

Bila bawa stroller nie senang sikit, letak anak aku dalam stroller dan aku sorong jer. Anak aku pun selesa bila nak tidor. Kalu aku atau my IR dukung, kekadang, anak mudah terjaga. Penat tau kalu nak berjalan kendong anak. Naik lenguh tangan sampai bertukar2 tangan. kekadang aku dukung, kekadang my IR dukung.. kalu anak sorang ok lagi, tapi bila anak bertambah, maka STROLLER la penyelamat tangan aku nie..

At least, sorang jalan, sorang duduk dalam stroller. Jadi x derla aku letih nak mengendong kedua2 sekali kan. Kalu pergi ke klinik pun aku lebih selesa bawa storller. Maklumla, kat klinik kan ramai pesakit, maka nak menunggu giliran tu paham2 la.. bila dah lama, confirm anak sempat tidur, jaga, tido, jaga.. jadi bila letak kat dalam stroller, anak aku lena sikit tido dari jaga.

So…entry tuk peraduan ini aku dah wat… hopefully MBP review dan nilaikan la yek..

So pada pembaca sumijelly kat luar tu yang nak masuk peraduan ni, meh…meh.. masuk.. Kalu x der anak sendiri, leh apa masukkan anak buah ker, anak sedara ker, anak sepupu ker, tapi semestinya korang ada hubungan kekeluargaan la yek.. kalu x, tidak layak la yek.. Jadi kalu tingin nak masuk perduan ni, sila pergi ker

Where Moms Unite

MomBloggersPlanet contest page :
http://www.mombloggersplanet.com/1613/cutest-baby-photo-contest-october-09/

Untung woo kalu masuk peraduan ni, kalu menang leh dapat hadiah dari 2 penaja nie tau…

1) PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my

2) AliceWonders : http://www.alicewonders.com

So, apa lagi, meh rebut peluang yang hanya datang sekali sekala ni kan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

  1. ANN says:

    wah… wah.. wah… sumi dah posting untuk contest nih yer… ann blum lagik.. aritu br je amik pix, tengah karang ayat…
    huhuhu… good luck yer… 8)

    • sumijelly says:

      @ANN,
      cepatt la ann… nanti lambat la pulak..
      hehehe…saja jer nak posting.. ada rezeki adalah..
      congrats yek ann pasal dh di review oleh MBP hr tu..
      hehehe

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply