Takziah Ayu!

Ayu

ya…kenal x sepupu ku ini…? Ayu..

Dalam entry nie rasanya banyak kali aku sebut2 nama dia.. x terkira rasanya..huhuhu…

Iya..dia lah sepupu aku paling rapat sekali.. tapi ingin ku khabarkan pada korang.. ada berita yang amat tidak sedap tuk dikhabarkan..

Sebenarnya, sepupu aku ni tengah mengandung tuk anak yang ke-3.. yup..sebelum ni 2 puteri..maka usaha untuk mendapat putera la pulak kan.. kan macam aku nie..3 hero k… (ceh..sempat lagi mencelah!)

nak di jadikan cerita..dia mengalami turun darah pada hari sabtu yang lepas… dan ahad (keesokan nya) baby dalam kandungan x dapat di selamatkan lagi..

Dia baru sahaja mengandung 4 bulan.. Tuhan itu maha kaya dan pengasih.. dari DIA kita datang..kepada DIA jua kita kembali…

Anak nya telah pergi dahulu sebelum tiba masanya.. x mengapalah.. asalkan IBUnya sihat walafiat.. semoga sepupuku tabah menghadapinya!

Aku pun nak terangkan apa masalah pada kandungan nya pun x reti… apa kata korang g tengok dalam BLOG dia.. dia ada wat satu ENTRY KHAS mengenai baby yang di beri nama Azmeer Bin Azlan.

Aku pun sehingga hari ni lum jenguk lagi sepupu aku..padahal belakang umah jer.. x berkesempatan.. dua menjak ni aku lak x berapa sihat.. maka x elok lakan g ziarah org x sihat.. manakala kita pun x sihat pulakkan..

Pada sepupu ku Ayu.. semoga ko tabah menghadapi masa akan datang. x per..mungkin ada hikmah nya di sebalik kejadian itu. kita hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan..

Al-Fatihah juga pada baby yang belum sempat menjengah ke muka bumi ini.

Rasa-rasa nak tahu keseluruhan cerita ini.. meh g baca ENTRY KHAS ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply