Ibu kemaruk makan buah kedondong

Korang ada baca x paper semalam… pasal seorang ibu kemaruk makan buah kedondong sehingga melahirkan anak seberat 6.15kg!

Gulp! giler seh… 6.15kg, secara normal yek.. bukan pembedahan.. dasyat giler la… aku pun bersalin kan Iskandar seberat 3.45 kg jer… tu pun habis napas aku teran..hehehehe

Aku tempek lagi sekali berita tu dr sumber Harian Metro semalam…

Ibu kemaruk makan buah kedondong

Oleh Ridzuan Ahmad
am@hmetro.com.my

GEMBIRA...Aishah memangku anak kelimanya yang dilahirkan <br>seberat 6.15 kg, pagi kelmarin.
GEMBIRA…Aishah memangku anak kelimanya yang dilahirkan
seberat 6.15 kg, pagi kelmarin.

ALOR STAR: Ibu kepada bayi lelaki seberat 6.15 kilogram (kg) yang selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta, di Jalan Putera di sini, awal pagi kelmarin, mampu menghabiskan satu kilogram kedondong sehari sepanjang mengandung bayi berkenaan.

Suri rumah, Aishah Yasin, 35, dari Taman Sri Changlon, Jitra, dekat sini, melahirkan anak kelimanya secara normal kira-kira jam 2 pagi mencipta sejarah sebagai bayi terbesar di negeri ini selain mengatasi rekod kelahiran bayi seberat 4.65 kilogram yang dicatatkan hospital itu pada Jun lalu.

Bayi berkenaan dipercayai kedua paling berat di negara ini kerana mengikut catatan Malaysia Books of Record, bayi terberat yang pernah dilahirkan mencecah hampir sembilan kilogram kira-kira empat tahun lalu.

Sebelum ini, bayi lelaki seberat 5.32 kg yang dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) diiktiraf sebagai bayi terbesar di negeri ini.

Aishah yang ditemani suaminya Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata, sepanjang mengandungkan anak lelaki itu, dia kurang selera makan tetapi gemar makan buah kedondong dan minum susu serta teh ais.

Katanya, setiap hari dia makan hampir satu kilogram buah kedondong sehingga memaksa suaminya pergi mencari di merata tempat untuk mendapatkan buah terbabit.

“Setiap hari saya terlalu ingin makan buah kedondong dan saya mengambilnya dalam jumlah yang banyak mencecah satu kilogram sehari dan nasib baik suami memahami serta memenuhi kehendak saya ini.

“Saya memang tidak menyangka akan melahirkan anak seberat ini kerana sebelum ini iaitu ketika ujian pengesanan, bayi ini dilaporkan seberat 4.5 kg saja.

“Walaupun berasa agak letih selepas dimasukkan ke dewan pembedahan jam 10 malam, keletihan itu berbalas apabila dimaklumkan bahawa anak saya sihat dan beratnya 6.15 kg,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia bersyukur kerana melahirkan anak kelimanya itu dengan selamat tanpa perlu menerusi kaedah caesarian (pembedahan) walaupun saiznya anaknya agak besar berbanding bayi lain.

Katanya, kemampuan doktor yang menguruskan kelahiran itu mendorongnya untuk kuatkan semangat untuk melahirkan melalui kaedah normal.

“Kelima-lima anak saya mempunyai berat badan yang istimewa iaitu anak sulung seberat 3.9kg, kedua 4kg, anak ketiga empat kg dan keempat lima kg,” katanya.

Tapi tula namanya rezeki… walaupun anak2 nya yg terdahulu ada yang mencecah ke 5 kg… x sangka dia leh dpt lagi besau… emmm…. tp alhamdulilah kan.. x perlu bedah.. normal.. memang hebat wanita itu… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments

  1. oney says:

    aku sungguh serun, seram, ngilu, milu.. dan malu.

    camne la dia teran

    pueh aku gan kawan2 aku pikiaq dari semalam..

    sungguh kehairanan kami..

    ( sambil tringatkan time aku nk mlahirkan khairah ..ngilu sey! )
    .-= oney´s last blog ..kad sumi =-.

  2. yus says:

    ish.. tak payah pikir2..
    dah kata anak2 sebelum ni pun lahir besar,
    dah tentu laluan nya tu senang.
    pintu keluar besar, mudah je lah.

    ape ke hee kedondong plak boleh besar kan baby.
    saja nak wat dakyah baru.
    takde khasiatnya kedondong tuh.
    dah allah nak bagi bb besar.

    silap2 kang ramai plak yg gi cari kedondong nak bagi bb besar..
    nauzubillah.
    mmmm….

Leave a Reply to su@mamasyaza Cancel reply