Ye…hari Jumaat yang lepas, aku beraya kat Melaka…hehehe..beraya ker?? bukan …aku telah balik kampung…emm…kerana mengorbankan lembu sempena Hari Raya Aidiladha 1430H ini.
My Ir telah membeli 1 ekor lembu dan telah meletakan 7 orang penama termasuk ibu, ayah dan adik lelakinya. Rezeki Ir aku lebih, dia buat sekali tuk parents nya… Sempena Hari Jadi my MIL gak la lebeh kurang.. x bagi hadiah, korban lembu amat berhaga jugak kan? π
Pulang la aku anak beranak ke Melaka..
Kalu korang pasan, anak2 aku ulang2 baju tu jer kan?? hahaha.. aku memang jenis x membeli baju banyak2 yek.. maka baju tu jerla korang tgk ulang2.. termasuk gak baju aku suami isteri…hehehe π
Ini adalah kali ke 2- dua beradik ni tgk lembu di sembelih… masa pertama kali kat Pandan Indah.. emm..masa tu si Iskandar baru jer 7-8 bulan kot..aku pun dah lupa.. Mak aku wat Korban masa tu, tahun 2007 la..
Masa 1st time tgk…dia x teruja..maklumla x faham lagi apa itu korban.. bila kali initgk, dia nampak teruja sikit.. melihat lembu di tambak, di sembelih dan di lapah..
Si Iskandar akan ikut segala perbuatan abang dia.. kalu abang dia kat itu, dia pun itu, abang dia kat ini dia pun ini.. kesudahannya, dia x faham lagi la apa itu KORBAN..hahaha
Ni la lembu yang akan di korbankan…
Kalu lembu tu nak di korbankan kita x leh cakap “kesian lembu tu” sebab kita akan sembelih dan makan daging nya..
Jadi kita mesti kata…”nyum…nyum…sedap sungguh lembu itu..” hehehe…Β suker2 jer aku tukar ayat kan?? hehehe
Masa nak tumbangkan lembu nie.. mak aih.. ramai sungguh yg membantu..
Kuat juga tenaga seekor lembu yek..habis berbirat tangan org yg memegang tali tu…
eh…tetiba lak lupa nama tali tu.. apa yek kita sebut tali tu.. x kan nak sebut tali guni kot?? huhuhu
Yer..akhirnya..TUMBANG jua seekor lembu yg kuat menyembah bumi.. dah nak kene korban, kene la tumbang..kalau x susah la tukang sembelih nak menyembelih..
Tu pun sorang pegang tali kaki, tali mulut, tali kepala.. ishk..ishk..banyak tul tali yek nak guna…
Yer..secara LIVE aku nengok lembu di sembelih setelah 2 tahun x melihat… emm… melimpah luar darah lembu tu..
memancut2 kan?? anak aku pun tengok…biar dia x takut darah… sok besau turn dia lak nak pegang lembu tu nanti…huhuh
Pas dah tumbang.. acara melapah pulak..
ramai yg turun padang. membantu melapah..kebanyakan pak sedara my IR la..
Dah kampung IR aku..pak2 sedara dia la tolong kan.. aku?? tolong menyibuk membawa camera ke hulur hilir…
My Ir bantu la sikit.. tp kejap jer.. maklum la org bandar mana leh pegang pisau lelama.. π
pegang pen sign cek leh la…hahahaha
last sekali FIL aku nagn BIL aku yg sambung kerja my IR aku… beriya jer my IR.. tapi kekejapan jer…
Bila tengok lembu di tumbang, di sembelih dan di lapah.. terasa kemeriahan hari raya aidiladha.. walaupun x semeriah seperti memasak beramai2.. tapi sekurang2 nya.. pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap Allah s.w.t dengan menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selamat makan daging korban yek!
wahh gambar gambar yang menarik..
@rabun,
terima kasih rabun@qirana kerana sudi singgah